10 perkara simple yang kita selalu lupa (1) ~

Posted by adzlyna86 On 13 December 2009 Comments


1) Give everything TIME
Fitrah manusia, sifat tergesa-gesa dan semua nak cepat. Kadang-kadang kita terlalu cepat meletakkan 'time bound' kita dalam apa jua yang kita lakukan. Hasilnya kita cuma akan menyalahkan orang lain disebabkan kadang-kadang sikap kita yang sebenarnya tidak memberi MASA kepada sesuatu perkara. Yang betul-betul kena yakin, sooner or later ~ semuanya dari ALLAH. Yakin dengan keajaiban kuasa ALLAH.
p/s : masa pun harta ALLAH bagi kat kita : kena bahagi dengan baik dan pastinya kena hargai sebaiknya!


2) Remember every kind act ; forget every unkind one
Tercampak nila setitik, jadi biru baju putih dibuatnya. Mari kita kira bagaimana perhitungan kita dengan kawan-kawan kita, ibu bapa kita bahkan orang disekeliling kita. Adakah kebaikan lebih lekat dalam ingatan kita? Atau keburukan yang tersusun didepan mata kita? Saya yakin, tidak rugi jika kita lupakan "the unkind things" about the others. Namun, yang paling utama dalam bab hitung kira ini ~ moga perhitungan kita di buku kanan lebih banyak dari perhitungan di buku kiri kita.
p/s : saya tak minat mengira. saya tak reti berkira-kira.











3) If you can be a tree, be the best bush on the hillside

Pokok dan semak, sudah tentu ada diskriminasi definisi pada kedua-dua istilah ini. Kalau tak boleh jadi pokok, jadilah semak yang terbaik dipinggir bukit. Setiap yang ada disekeliling kita telahpun duduk ditempat yang terbaik aturan Allah...tapi dengan syarat utama. Duduknya ditempat yang di izinkan Allah bukan tempat yang dimurkai Allah. Saya lebih senang melihat pakcik kurang upaya yang berusaha setiap hari menjual kerepek di LRT Masjid Jamek daripada melihat orang berkereta besar yang mungkin tidak pernah mengeluarkan setitik peluh dalam mendapatkan wang untuk hidup.


4) Think of problems as oppurtunities in disguise
Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kemampuannya. Masalah dilihat sebagai rahmat, menguji keimanan dan ketahanan diri. Peluang untuk menambah pahala dengan kesabaran serta tidak berkeluh kesah.






5) Be slow to FROWN & fast to SMILE

Benda paling susah nak buat. Lambat bermasam muka, dan cepat tersenyum. Reaksi yang paling pantas dilakukan ialah memek muka tidak puas hati. Tapi, senyuman juga satu usaha kita menyebarkan aura positif kepada orang sekeliling kita. Berbaloi rasanya menunjukkan senyuman dengan makcik-makcik yang kita jumpa walaupun tidak dikenali. Bukankah tanda kecil akhir zaman antaranya umat Islam hanya mengucapkan salam kepada orang yang dikenali sahaja? Bukankah senyuman itu mukadimah salam?

(TO BE CONTINUE..)


"Saya menulis "thingsweforget" ini dalam versi melayu kerana saya merasakan saya seringkali terlupa untuk melakukan perkara-perkara kecil yang berkaitan hak kita terhadap manusia lain. i'm not a perfectionist but i'am trying my best to treat others well"


ANDA BAGAIMANA?



Tinta Saya,

READ MORE

THE ARRIVAL : BEBASKAN MINDA ANDA SEKARANG!

Posted by adzlyna86 On 17 November 2009 Comments
Menghabiskan Siri The Arrival sebanyak 50 episod ternyata sesuatu yang berbaloi. Hasil kerja anak muda Achernahr dan Noreagaaa dengan kerjasama Hashemfilm sememangnya satu hasil kerja yang "superb".

Adunan penceritaan sejarah dan analisis isu yang penuh dengan ajakan ke arah kesedaran membuatkan saya mampu bertahan sehingga episod ke 50. "MASTERPIECE" ini sudah tentu dihasilkan dengan kajian dan buah fikir yang cukup kritikal.

Mungkin ramai yang telah menonton siri dokumentari ini kerana telah diterbitkan pada tahun 2008 lagi, namun saya ingin mencoret beberapa intipati yang saya rasakan penting untuk diketahui bersama.

The ARRIVAL ini bermatlamat untuk menyedarkan kita tentang hal ehwal DAJAL. Anda pernah mendengar perkataan FREEMASON,ILUMINATI,NEW WORLD ORDER dsb? jika anda ingin mengenali lebih lanjut perkaitan mereka dengan DAJAL ; The ARRIVAL ini mesti anda hadamkan.

MENGUASAI DUNIA DENGAN MENGUASAI MINDA KITA!


Perhatikan TANDA-TANDA ini pada diri ANDA :
1) STARBUCKS,MC DONALD,KFC,PIZZA HUT merupakan pilihan makanan dan minuman anda. Anda merasakan dengan melanggani semua jenama ini kita memenuhi trend dan style zaman terkini dan ini adalah kemajuan industri makanan yang perlu kita raikan.


2) Pilihan MUZIK anda. Rihanna-Beyonce-Jayz-Black Eyed Peas-Madonna-Linkin Park.
Dan jika orang mengatakan semua muzik ini ialah muzik lagho dan hanya melalaikan. anda akan mengatakan "ISH..KOLOTNYA dan ALIMNYA..alaa..Muzik je pun"


Manakala lagu-lagu yang membawa kepada mengingati ALLAH dan zikir-zikir,selawat merupakan "the second choices" dan kuantitinya sangat sedikit di dalam laptop ataupun MP3 anda. Jauh sekali genre lagu ini terpilih menjadi Juara Carta Era mahupun Hot FM. Al Quran pula, dimana di hati anda?


3) Pemikiran anda tentang orang berpegang dengan agama ataupun sering di label "ORANG ALIM-ALIM" ; yang mengajak ke arah apa yang di suruh agama dan melarang apa yang ditegah agama bagaimana persepsi anda terhadap mereka?
-Kolot?
-Golongan pembangkang?
-tidak sesuai dengan zaman?
-tunggu la nanti sampai seru aku berubah lah..
-Ish..ustaz-ustaz memang mcm ni,semua tak boleh..suka hati kami la. Kubur masing-masing


Dan anda tidak merasa apa-apa yang salah jika tiada kehidupan beragama, Solat entah ke mana, Berpasangan tanpa nikah, jauh dari sunnah-sunnah Nabi, perasaan untuk berjihad di jalan Allah semakin luntur. Adakah anda pernah atau sedang berada dalam tahap ini?




Cukup 3 SIMPTOM ini ada di dalam diri kita, kita PERLU sedar. Ini bukanlah FITRAH diri kita yang sebenar. Yang diciptakan oleh ALLAH untuk menjadi hamba kepada ALLAH dan berada di jalan yang ALLAH tetapkan kepada kita. DIRI kita, MINDA kita, JIWA kita telah dikuasai oleh anasir selain sistem ISLAM. ini yang dimaksudkan dalam siri ini. Bagaimana sistem dajal ini menguasai dunia kini dan telah lama bertapak, malah semakin kukuh di dalam diri setiap umat ISLAM di dunia sekarang. 


ELEMEN CINTA DUNIA (al wahan) yang disebut dalam hadith nabi itu menjadi matlamat golongan ini. Menjadikan DUNIA ini begitu indah dipandangan kita dan menjauhkan kita dari mengingati akhirat.


Episod 3 : Penguasaan Minda






KEHIDUPAN MASYARAKAT DAN PEMIMPIN YANG SEMAKIN KORUP


Dalam siri ini kita akan menyedari satu dunia mengalami satu persamaan pola tindakan dan kebiasaan : Berlumba menguasai sumber, meminta-minta penguasaan, mencintai korupsi dan benci kepada agama dan Tuhan. Kesemua elemen ini sudah jelas terpamer dalam pola kehidupan masyarakat sekeliling kita. 


Pemilik negara pula sentiasa bercakap tentang perbezaan dan perkara-perkara yang memisahkan rakyat. Dalam aspek agama, kaum, dan jurang ekonomi. Sedangkan dalam masa yang sama mereka bersenang lenang pergi ke bank dan membolot semua kekayaan negara. Rakyat kelas sederhana dan kelas rendah juga  yang "lemas" dalam isu-isu berkaitan perbezaan. 


Diperkatakan juga mengenai HIPNOSIS MASSA : demi untuk mengekalkan kuasa-dan mengisi tembolok-tembolok mereka , mereka sedaya upaya mencegah masyarakat dari berfikiran KRITIKAL dan memiskinkan rakyat dengan maklumat yang dikawal. APA yang SEBENARnya berlaku dengan APA yang DIBERITAkan mempunyai jurang perbezaan yang sangat luas.


Saya percaya anda juga akan meyakini apa yang saya perolehi selepas menonton siri ini. Hampir 90% yang diperkatakan tentang REALITI KITA hari ini hampir tepat! 


Ini adalah episod kegemaran saya daripada 50 siri :



Hujung tulisan saya, harapan saya pada diri yang juga selama ini juga kadang-kadang terleka dalam keindahan DUNIA yang dicipta mereka dan pada ANDA yang mungkin berada dalam keadaan yang sama.


"Bertindak sewajarnya untuk membebaskan MINDA dan DIRI anda daripada semua ini. Kembali kepada sistem yang menjamin kesejahteraan kita di dunia dan akhirat...Kembali kepada ISLAM sebagai cara HIDUP yang sebenar."
Pesanan Nabi SAW untuk mengelak fitnah dajjal ialah menghafal 10 Ayat pertama dan 10 Ayat terakhir surah Al Kahfi. Namun, tidak hairan lah jika KITA TIDAK TERSELAMAT (na'uzubillah min dzalik) dan merasa tempiasnya  pengaruh dajjal ini dek kerana jauhnya kita dari AL QURAN ; apatah lagi surah Al Kahfi yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW. Jauh dari bibir kita, dari hati kita, dari pengamalan kita seharian...


memetik kata-kata Prof Hasan Hasbullah :



Ketika bangsa ini sedang berbalah tentang "menghalang amal jariah, menentang persiapan menjelang akhirat" nun di lingkaran geografi lain bangsa-bangsa lain sedang bersiap mencari jalan menempuhinya...




“Aku tinggalkan kamu dua perkara yang selama-lamanya kamu tidak akan sesat selagi mana kalian berpegang teguh kepadanya iaitu Al-Qur’an dan As-Sunnah”.
-hadith Rasulullah-




Sekian, WaAllahu'alam...




Tinta Saya,

READ MORE

i've got something from AK5124!

Posted by adzlyna86 On 01 October 2009 Comments
AK5124
29A 
21 : 25 PM 
16 Sept 2009  

Tahun ini saya berpeluang untuk berhariraya dikampung halaman. Dan ada sebab saya menulis tentang pengalaman balik saya berhari raya pada kali ini. i've got something different from AK5124.


Mencari-cari tempat duduk 25 A,ternyata ada jiran yang telah sedia ada duduk selang satu seatku. Seorang uncle chinese dalam lingkungan umur 40-an. Aku mengambil tempat dan menyelesakan diri untuk memulakan perjalanan flight selama 2 jam 30 minit menuju KK. Dalam hati kecil, mesti boring juga kali ni,dah lah balik seorang,takda kawan untuk menghilangkan mengantuk di mata.  


Ternyata anggapan aku meleset,ternyata jiran di sebelah,selang satu kerusi dari aku. Uncle ini mula menegur ku dan memulakan perbualan. Bermula la sesi taaruf. Dalam Bahasa Inggeris pula tu..huhu.aku pun mengikut rentak sumbang. Ber'speaking' English versi Manglish (melayu-english). Berhasil juga rasanya, sebab uncle masih rancak meneruskan cerita dalam bahasa Inggeris juga. Sekali-sekala memang ke laut juga la grammer aku.  


Seronok bercerita dengan uncle ini, jika sebelum ini masa 2 jam 30 minit di dalam flight di isi dengan : Separuh masa adalah untuk melelapkan mata. Suku masa membaca hingga terlelap. Suku masa buka laptop sampai bateri habis-ini rutin biasa di dalam flight. Berbeza kali ini, sungguh tidak terasa perjalanan ini.


Uncle ini berkerja sebagai engineer dan terlibat dalam projek-projek berkaitan pengangkutan dan yang sejenis dengannya. Sekitar perbualan kami adalah berkaitan pengangkutan di Malaysia dan beberapa hal-hal berbangkit lain. 


Saya ingin berkongsi beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh uncle sepanjang perbualan kami; 


1) Mengapa sistem pengangkutan di Malaysia tidak mesra pengguna? dari aspek pengguna perlu turun naik berulang kali untuk bertukar-tukar tren jika hendak ke destinasi berbeza. dari LRT PUTRA-LRT STAR-MONOREL-KTM..mengapa tidak disatukan sahaja kesemua dalam satu terminal. Walau berbeza aliran. Namun duduknya di satu tempat. Negara lain mampu membuat sistem pengangkutan yang sistematik seperti ini. Mengapa tidak di negara kita?


2) Dari segi usaha kerajaan membebankan beban rakyat, Uncle memberi contoh pelaksanaan di Beijing. Ya memang tol ada di kenakan di Beijing sama seperti Malaysia. Namun,Kerajaan Beijing berusaha menjaga kenaikan tambang kenderaan awam di sana. Tambang semurah 50 sen ada di sana. Bandingkan dengan negara kita yang terchenta..?Tindak balas berantai yang berlaku :  Minyak Naik > Tol tidak turun-turun harganya > Tambang Kenderaan awam pun naik !  


3) "Adik saya ialah seorang graduan kedoktoran yang sangat rajin belajar dan always be the top student in University. Dia tidak mendapat apa2 biasiswa sepanjang pengajian. Yang mengecewakan, rakan-rakan yang mendapat biasiswa bersuka ria dan menggunakan duit biasiswa untuk kepentingan diri sahaja". Mengapa terjadi begini,rakyat yang dapat biasiswa adalah gol.yang tidak bersungguh-sungguh belajar? Seharusnya pengagihan biasiswa ialah kepada siapa yang layak,bukan sepenuhnya mengikut komposisi kaum..dan kita seharusnya lebih menghargai apa yang kita perolehi.


4) Seringkali setiap kali membuat kesimpulan dalam semua isu,akhir ayat uncle ialah "this is because of the bad leadership". Berkali-kali uncle menegaskan tagline ini ~ bad leadership. Fikir-fikirkan, sungguh Tak tumbuh tak melata, tak sungguh UNCLE tak kata.


Saya meyakini intipati hadis Nabi, "Hikmah itu barang yang hilang bagi setiap orang yang beriman, barang siapa yang menjumpainya maka dia berhak ke atasnya". Di mana-mana kita boleh mendapati hikmah yang amat berguna. Dan saya berterima kasih kepada 'uncle' ini kerana perkongsian bernilai ini. 


Setiap saat dalam kehidupan kita ada nilainya...setiap insan disekeliling kita juga ada gunanya...cuma tinggal kita sahaja untuk menghargainya dan memanfaatkannya sebaik mungkin. 


WaAllahua'lam.
READ MORE

Seronok Menjadi Mahasiswa!

Posted by adzlyna86 On 13 September 2009 Comments
Buat kali pertama saya menghadiri penuh sebuah konvensyen mahasiswa. Dari awal ke habis duduk setia mendengar lontaran2 idea & curahan ilmu dari para panel dan pembentang. KONVENSYEN TRANSFORMASI MALAYSIA anjuran SMM memberikan saya ruang dan cabaran untuk lebih matang dalam berfikir. Seronok minda apabila mendengar lontaran-lontaran idea panel dan hadirin. Mahasiswa kini masih ada bisanya, mungkin belum dimanfaatkan sepenuhnya. Saya mendengar Idea Transformasi Malaysia ini semasa ia masih mentah lagi. Belum diproses. Dan kini ianya telah menjadi gagasan deklarasi mahasiswa yang dibahaskan sepanjang konvensyen kali ini. 

Saya bukanlah pelontar atau jurucakap yang hebat. Pentas bukanlah medan saya. Tidak banyak yang dapat dilontar cuma mencoret-coret di atas kertas dan sembang2 dengan rakan sebelah. Kelebihan saya bukan di situ.

Saya bersetuju dengan kenyataan salah seorang pembahas. Mutu perbahasan mahasiswa kali ini masih ditahap yang belum memuaskan. Tidak ramai yang mampu menghayati tuntutan untuk mahasiswa jadi lebih bertaring dimedan ialah dengan menjadi 'gila'. Chegu Bard dan Prof Mohammad Abu Bakar ; dua orang tokoh yang melontarkan idea ini. Nak jadi hebat, kena bertindak secara 'gila'. Gila di sini bermaksud melampaui kebiasaan dan bertindak diluar batasan yang kita rasakan ada membendung kita. Disini letaknya nilai "KEMAHASISWAAN" yang sebenarnya. 

Dan kegilaan ini seharusnya dipandu oleh intelek dan daya fikir mahasiswa yang matang dalam menganalisis segala permasalahan yang mendatang. Jika membaca belum tersenarai sebagai hobi anda, jangan bicara soal merealisasikan transformasi ini.

saya positif apabila melihat kesungguhan para aktivis mahasiswa membahaskan sesuatu demi kepentingan masyarakat dan rakyat. Zaman mahasiswa sangat singkat. Dan zaman mahasiswa ini amat bermakna dan seronok apabila kita mampu memberi sesuatu kepada masyarakat hatta dalam sumbangan yang dirasakan kecil seperti memberi salam kepada orang dijalanan. 

Saya menerima orang yang banyak idea dan kadang-kadang kelihatan retorik dalam melontarkan idea. Saya juga menghargai orang yang tidak banyak cakap tapi kerjanya tip-top.

Saya merasakan nikmat apabila mampu sedikit sebanyak memikirkan dan mengambil tahu tentang hal ehwal negara dan sekeliling. Jika anda belum merasainya,jangan membazir masa. Jom fikir tentang ummah. 

-Bicara Pasca TRANS 09-
11.30 mlm.Rumahku Syurgaku
READ MORE

Bukan Mudah Mengurus Manusia

Posted by adzlyna86 On 12 August 2009 Comments


Jika kita bertemu dengan 100 manusia,kita akan berjumpa dengan 100 wajah. Jika kita berurusan dengan 100 manusia kita akan masak dengan 1001 sikap manusia yang masing-masing berbeza. Dan jika kita hidup dengan cukup 10 orang manusia,kita akan masak dengan infiniti koleksi karenah-sikap-pemikiran manusia yang akan mengajar kita erti hidup sebenar. Jika kita tahu untuk memanfaatkannya.

Terbaca sebuah buku : PEOPLE POWER ; Reading People for Result. Ada beberapa poin yang perlu kita fahami dalam kita memahami nilai manusia. Antaranya ; PERTAMA-kita tahu bahawa tidak semestinya semua orang berpegang kepada satu nilai yang sama,namun kita masih melayan dan menganggap orang lain adalah berpegang kepada nilai yang sama seperti kita. KEDUA-Kita menganggap dunia ini dipenuhi oleh orang seperti kita. KETIGA –Apabila berkerja dengan orang lain, kita akan sedar nilai akan dipengaruhi oleh dua kuasa besar. Iaitu logik dan emosi. Apabila logik menjadi dasar-penjelasan bersebab dan penerangan akan menjadi kuasa perubahan yang besar. Namun,apabila emosi menjadi dasar, desakan perubahan berhasil melalui saluran perasaan contohnya kemarahan,kekecewaan.

Beberapa prinsip yang perlu kita amalkan ;
1) The most successful among us to get in touch,learn to understand their motivators,and seek to read,understand and accept others
2) Compatibility is not an accident. It takes work an understanding of people, a willingness to adjust the needs and behavioral styles to others. If you want to take the time and make the effort, the benefit are astounding!

Dalam Islam sendiri telah lama mengajar kita seni berhubung dan berurusan dengan manusia. Antara yang terbaik ialah di atas prinsip “SETINGGI-TINGGI TAHAP UKHWAH IALAH MEMENTINGKAN SAHABAT LEBIH DARI DIRI SENDIRI DAN SERENDAH-RENDAH TAHAP UKHWAH IALAH BERLAPANG DADA”. Benda ada didepan mata,namun cukup susah untuk direalitikan.

Konklusi ringkasnya,saya berpegang kepada satu prinsip. Treat Others WELL,then You will get the BEST. Walaupun kadang-kadang realitinya tidak berlaku begitu,layanan dibalas dengan ketidakpedulian. Tapi disini letaknya aplikasi prinsip "hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya". HAVE FUN WITH OTHERS.
READ MORE

Titipan KHAS buat YB MPMUM!

Posted by adzlyna86 On 08 August 2009 Comments
Menggalas sebuah amanah kepimpinan tertinggi diperingkat mahasiswa bukannya mudah. Apatah lagi jika amanah ini disambung dari kesinambungan kepimpinan yang agak kurang berkesan sebelum ini. Memang senang orang bercakap,MPMUM tak buat kerja,MPMUM dok senang je duduk sekreteriat,bla..bla..etc.Bercakap itu mudah,modalnya air liur. Yang membuat kerja memerlukan lebih dari mengeluarkan air liur untuk bercakap.

Saya tidak mengatakan MPMUM kali ini THE PERFECT ONE,jauh sekali. Cuma saya mengagumi sahabat-sahabat yang berada di MPMUM yang dahulunya saya kenali sebagai orang biasa sahaja...kini saya melihat perubahan yang ketara dalam diri mereka. Kepimpinan & Kesungguhan mereka menunaikan amanah yang diberi.Maryam..Fadzil..Aizat..
Zila..Hafiz..Fitrah sekadar menyebut beberapa nama.

Bermula dengan tarikh PRK yang dilambatkan,setahun menunggu piliharaya di adakan. dan penantian itu sungguh berbaloi apabila laungan TAKBIR buat pertama kalinya bergema di DTC,UM setelah 5 tahun kontang dari jeritan bermakna itu!


sungguh,YB-YB ini tidak mengharapkan kemewahan mahupun kesenangan pun. Dengan keadaan kebanyakan mereka tidak diberi kemudahan untuk menetap dikolej kediaman hatta Exco Kolej Kediaman dan luar kampus :Fadzil Jamal pun tidak dapat menetap dikolej. Dan mereka jauh sekali dihamparkan dengan pelbagai kemudahan seperti yang dinikmati oleh mpmum (baca:mpmum aspirasi a.k.a gerak) sebelum ini.

Walaupun mungkin bermula agak lambat dan ada kelemahan di sana-sini. Namun,saya tetap menghargai usaha perubahan yang dilakukan oleh pihak MPMUM (baca:Pro-m) pada kali ini.

Ziarah Luar Kampus siri 1
Jika sebelum ini,saya selaku penduduk luar kampus,belum pernah merasa ziarah yang dilakukan mpmum (baca:aspirasi a.k.a gerak) sebelum ini. namun,permulaan semester ini MPMUM 08/09 telah pun berinsiatif untuk turun ke penginapan luar kampus di Vista Kerinchi,Flat PKNS,Perumahan Pantai Permai,Blok Angkasa,Kondo Rakyat dan sekitar PJ.
dengan berbekalkan sedikit cenderahati dari HEP disertakan dengan seplastik gula yang ditaja hasil kutipan duit YB-YB MPMUM PRO-M sendiri. Ziarah yang singkat ini dirasakan cukup bermakna. Matlamatnya cuma ; menunaikan hak pelajar luar kampus yang selama ini kurang dipeduli dan mengumpul permasalahan yang dihadapi oleh mereka.

Fadzil Jamal tekun mendengar aduan mahasiswa luar kampus


FESKUM 2009
saya terlibat secara tidak langsung dengan FESKUM kali ini, membantu apa yang patut dan
menolong apa yang perlu. Namun, warga FESKUM yang diketuai oleh Saudara Syazwan amat bersemangat untuk memastikan FESKUM kali ini membawa satu PERUBAHAN yang dinanti-nantikan semua.

Sinar perubahan itu mula terserlah sinarnya, apabila Yang Amat Mulia Raja Nazrin sendiri yang mencemar duli turun ke majlis perasmian FESKUM membisikkan kepada NC ~"This is the best FESKUM ever!"

mungkin cukup ringkas,tapi memberikan kredit cukup besar kepada Jawatankuasa Pelaksana FESKUM pada kali ini.

TITIPAN SEMANGAT BUAT SEMUA SAHABAT-SAHABAT MPMUM

Perjuangan ini bukan mudah, masing-masing pasti akan bertemu rencah ujian tersendiri namun saya suka berkongsi kata-kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat : Letakkan dunia di bawah dagu, akhirat di depan mata. Sesungguhnya yang utama sekali ialah kemanisan iman dan kecintaan pada perjuangan Islam,yang Allah telah campakkan dalam hati kita dan kesenangan dunia bukanlah apa-apa.

memetik kata-kata lain pula..
Leaders aren't born they are made. And they are made just like anything else, through hard work. And that's the price we'll have to pay to achieve that goal, or any goal ~vince lombardi

Hanya ini yang mampu saya titipkan buat kalian..Sekian Wassalam!
READ MORE

ISA : akta zalim tiada kompromi

Posted by adzlyna86 On 02 August 2009 Comments
saya merasa begitu jengkel mendengar propaganda media yang mewaja
hkan demo ISA baru-baru ini dengan perhimpunan memusnahkan harta benda negara (1) tidak cukup dengan itu, alasan lapuk yang masih digunakan ~ menyusahkan rakyat (2).

Berbanding dengan AUKU, ISA merupakan akta zalim yang telah lama dibantah oleh rakyat. Berderet forum,perbincangan,memorandum,kempen telahpun dianjurkan untuk mendesak akta ini dimansuhkan. Dan kemuncaknya ialah Demo ISA-1 Ogos 2009.

Jika BERSIH tahun lalu,Bandaraya KL berwarna kuning...kali ini,dilimpahi oleh lautan manusia berwarna merah. Dan kali ini pihak berkuasa lebih bersedia. Bersedia untuk melepaskan tembakan wator canon berkali-kali tanpa kasihan belas, membuang gas pemedih mata tidak mengira tempat.

"Pertarungan yang kita lihat, bukanlah suatu yang baru,
Ia adalah pelampauan, tetapi dengan nama-nama yang baru.
Pertarungan di antara beberapa kumpulan yang saling bercakaran,
Tetapi apabila untuk menentang agama, mereka bersatu"
-Islam Tidak Tertegak Dengan Kata

saya bersetuju forum dan debat terbuka tentang ISA di adakan. Saya sangat bersetuju.
Panel : 1)kalangan menteri atau lebih aula NAJIB sendiri 2)Mangsa ISA : saari sungib/Teresa Kok/ 3)Ahli akademik/Ahli hak asasi manusia/Mufti

satu kisah terdekat dengan kita,tahun lalu 2008. Kisah yang cukup menyayat hati akibat kezaliman ISA : 7 tahun dalam ISA, Shahrial sedih menatap wajah anak yang sudah tidak bernyawa.

Jika benar mereka ini berbahaya untuk keselamatan negara, dan mudarat cukup besar ISLAM tidak pernah menggariskan penghukuman tanpa bicara dan penyeksaan semasa tahanan. Kepada yang masih merasakan ISA releven dan perlu diteruskan.Sila FIKIR-FIKIRkan jika anda yang berada dalam lokap hanyir kamunting!

READ MORE

BAJU dan TUDUNG baru!

Posted by adzlyna86 On Comments
Blog ini telah lama dipendam. Mencari masa dan ruang untuk bermula semula. Jika dulu, sememangnya merasakan tidak begitu penting ruang maya ini. Hanya sekadar tempat mencoret dan mem'posting' apa yang sempat. Apabila masa berlalu, terlalu banyak persepsi-pandangan-cetusan yang hanya terbuku diminda. Tambahan dihambat komitmen dan kerja buat yang tidak putus-putus...Blog hanya tinggal tapak. Tidak berisi.

Dan kali ini nekad juga untuk sama-sama berpencak dimedan maya ini. Medan dakwah yang perlukan partisipasi ahli gerakan untuk berpencak mendepani massa.

Justeru, Blog ini di berikan BAJU dan TUDUNG baru.

http://adzlyna86.blogspot.com
think wider-Do what you can, with what you have, where you are~Theodore Roosevelt

saya bukanlah tukang blog yang hebat. Namun saya akan cuba yang terbaik yang semampunya untuk terus mencanai minda mencetus idea...
READ MORE

Tribute to SMAKKIAN 99-03

Posted by adzlyna86 On 29 April 2009 Comments
Mengingat kembali genap 5 tahun telah meninggalkan bumi SMAKK (sek.men.keb.agama KK) di mana perjalanan hidup sebagai remaja,pelajar bermula disitu. Anak Jati Smakk keluaran tahun 1999-2003. Kini,aku pun tidak pasti apa perkabaran bumi Smakk yang menghijau di atas bukit itu..

Belum pernah lagi di adakan gathering alumni smakk (bakal di adakan ; Oktober 2009) besar-besaran yang mengumpulkan produk-produk kelahiran sekolah menengah keb.agama kota kinabalu ini. Bagaimana agaknya hasilnya? Sudah pasti 'berwarna-warni' dan 'beraneka jenis' hasilnya.

Kerisauan yang tumbuh sejak dulu lagi,semakin bertambah masa demi masa..apabila melihat bagaimana hal ehwal kawan-kawan seperjuangan di smakk dulu. Komuniti Friendster dan Facebook menjadi penghubung utama melihat khabar kawan-kawan yang berselerak satu Malaysia.

Saya menulis di sini bukanlah di atas rasa yang paling baik. Menulis untuk meluahkan sesuatu yang terpendam dan memberitahu semua.

Saya cukup tersentak bila melihat seorang demi seorang puteri smakk merangkap kawan sesekolah AGAMA dahulu telah tiada tudung dikepalanya. Ada yang kejap ada,kejap hilang. Belum lagi mengira gambar-gambar berpasangan bak 'pengantin yang sudah kahwin'...

Tidak tahu bagaimana mahu melafazkan dengan kata-kata...yang terlafaz cuma bait-bait sajak yang serba-serbi ini..



Pesanan Buat Diri Sendiri & Teman-teman Tersayang...

Smakk mencipta seribu satu kenangan terindah kita bersama,
Pahit-Manis-Suka-Duka Semuanya ada,
Masih ingatkah kalian dengan ustaz shahrunnizam?
Yang dari jauh bunyi honnya telah ditakuti..
Masih Ingatkah kalian dengan guru-guru disiplin kita?
yang sering mendenda kita..
Jika Tidak Berstokin
Jika Kedapatan Escape Surau
Jika Kedapatan Merokok
Jika Tangan Baju Kurung berlipat-lipat
Sungguh semua ini mengajar kita...
MASIHKAH KALIAN INGAT?

Surau SMAKK yang kini telah bertukar wajah
Dulunya..di situ gedung ilmu kita
Ustaz Afif
Ustaz Fauzi
Ustaz Hilmi
Ustaz Fadzili
Ustazah Andi
Ustaz Hafizi
dan ramai lagi..
Pendidik kita mencurahkan ilmu tanpa jemu
Demi memberi bekalan buat kita
Untuk menjadi Muslim Yang Baik di masa depan...

KINI,
di manakah kita berada?
Di Universiti..
Di Kolej...
Sudah Berkahwin..
Di mana-mana jua pun..
Masih ingatkah kita dengan SEMUA ITU?

Sungguh..
masa
zaman
merubah kita dengan izin Allah

Namun kita sama-sama
beringat..
Kehidupan di dunia sementara
Yang Luas dan kekal cuma di akhirat...

Dunia bukan diciptakan untuk hidup bersuka ria
sekadar belajar-berkerja-berkahwin...
Namun,Dunia ini adalah ladang akhirat...
Tempat kita membuktikan bahawa
Kita Hidup sebagai Muslim yang sebenar
yang berusaha mengikut segala perintah Allah
Menjauhi larangannya..
Sungguh masa kita tidak lama di dunia ini...

Entah,Saat ini..
Detik ini..Masa ini..
Nafas Kita bakal berhenti!

adanya kita kini..
dengan masa yang masih berbaki..
gunakan ia untuk memperbaiki..
Allah tidak pernah melupakan kita walau sesaat..
Hanya Allah sebaik-baik tempat kita kembali
dan memohon segalanya..
Moga hidup kita berakhir dengan iman
kepada Allah dan sebaik-baik penghabisan..Amiiin..
"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”-An Nahl : 96
tribute to all smakkian 99-03 ;
Nana,reny,amyzah,nad,ckyn,a-an,juana,faye,patiyah,mila,azwilah,ferrawana, alyt,nisa,rani,masnani,nonong,farihah,fahmi,sulamin,xibo,rizal,kerol,pejul, hisham,hafiz,ari,fendi,beckham and others..nda larat mau tulis semua.. =)

READ MORE

Filem Bohsia : FILEM kita WAJAH kita?

Posted by adzlyna86 On 26 April 2009 Comments
“Bohsia adalah cerita remaja. Jangan lihat pada judulnya tetapi pada keseluruhan cerita filem ini. Kalau kita melihat dari sudut negatif, memanglah semuanya dianggap negatif saja. Ia paparkan apa isu yang ada sekarang. Ia realiti yang berlaku sekarang”-Shamsul Yusof

Saya tidak melihat genre filem sebegini masih releven untuk ditayangkan di kala kita masih tercari-cari solusi terbaik untuk mengubati gejala sosial remaja yang semakin tenat hari ini. 3 tahun kebelakangan ini sudah terlalu banyak filem rosak akhlak yang telah ditayangkan dengan hasil kutipan yang dibangga-banggakan pembuat filem yang mencapai juta-juta. Dari filem KL Menjerit 1,remp-it, anak halal,KL-Drift,Castello,Haru-Biru,Impak Maksima,dan KAMI the movie semua ini dikatakan salah satu cara membanteras gejala sosial melalui filem. Dan ternyata masih GAGAL.

MENGAPA MASIH GAGAL?
Sudah terang tidak perlu bersuluh,membuat filem genre rosak akhlak untuk mengajar masyarakat untuk menjadi baik adalah tidak berkesan. Begin with the end in mind. Pepatah ini sangat bertepatan apabila membicarakan tentang matlamat sebuah filem diterbitkan. Jika filem-filem ini diniatkan dan bermatlamat tulus semata-mata untuk mengajar masyarakat tentang nilai dan norma yang baik sudah pasti ianya tidak akan gagal. Saya tidak melihat mana-mana lagi filem yang jujur. Dalam setiap filem genre rosak akhlak pastinya ada unsur-unsur pelaris yang sangat menjejaskan niat sebenar sesebuah filem. Adegan LUCAH, PANAS,REMPIT,MENCARUT diadun sama untuk menjadikan filem ini terhangat dipasaran. Di sini titik tolak saya melihat bahawa tiada lagi filem yang jujur yang berjaya dihasilkan pembuat filem di Malaysia. Nilai komersial dan materialisme masih menjadi kepentingan utama penerbit filem! Jika begini,sampai bila akan berjaya?

FILEM KITA WAJAH KITA
Bila lagi kita mahu menonjolkan wajah BAIK masyarakat kita yang boleh diteladani dan mampu mengajar masyarakat? Sedarkah kita bahawa disebalik kebobrokan akhlak dan kecelaruan sahsiah remaja kini, masih ada nilai-nilai baik yang cukup kuat yang perlu diwajahkan dalam filem buat tatapan masyarakat yang barangkali sudah lupa sebenarnya kita masih memiliki nilai baik ini. Nilai-nilai budaya yang baik masih ada dalam masyarakat kini antaranya masih ada lagi remaja yang berhempas pulas belajar dalam keadaan diri serba kedhoifan dan akhirnya cemerlang juga seperti adik nurmadihah. Masih ada lagi kisah keluarga yang amat susah kehidupannya namun keadaan keluarga masih bahagia dan anak-anaknya berjaya. Masih ada lagi sudut kehidupan di kampus yang mana mahasiswa kampus berjaya dan bersahsiah baik bukannya seperti kehidupan kampus yang digambarkan dalam Drama Dunia Baru serta masih ada lagi kisah guru yang betul-betul ikhlas berkorban untuk mendidik anak-bangsa kini. Semua ini nilai-nilai baik yang saya fikirkan perlu untuk ditonjolkan dan dijadikan core values dalam sesebuah filem di Malaysia kini!

Para pembuat filem Malaysia mungkin perlu berguru dengan Majid Majidi :Children From Heaven atau Riri Reza : Laskar Pelangi ataupun berguru dengan pembuat drama One Litre Of Tears (Japan Drama). Sekadar menyebut beberapa filem dan drama luar yang betul-betul mampu mengajar nilai yang baik kepada masyarakat. Walaupun tanpa ada elemen pelaris filem yang tidak sepatutnya, filem ini juga mampu memecah panggung. Menjadi fenomena.

ZAMAN PENCERAHAN INDUSTRI FILEM HARUS BERMULA!
Memetik teori pembelajaran sosial daripada Albert Bandura. Apabila eksperimen Bobo Doll di lakukan kepada kanak-kanak. Ternyata kanak-kanak yang melihat secara langsung apa jua bentuk tingkah laku di depan mata atau ditelevisyen lebih cepat meniru dan terpengaruh. Teori ini juga menyatakan Individu dalam proses interaksi sentiasa bergerak balas kepada rangsangan alam sekitarnya dan saling membuat pentafsiran tertentu serta menukarkan persepsinya kepada suatu tingkahlaku.

Jadi untuk apa perlu menambahkan lagi kecelaruan sahsiah remaja yang sememangnya sudah terpengaruh dengan budaya negatif? Adalah tidak releven lagi untuk memasakkan lagi otak dan minda mereka dengan budaya-budaya negatif melalui filem.

Sudah tiba masanya bermulanya zaman pencerahan industri perfileman. Ianya perlu dimulakan dengan mewajahkan nilai yang baik melalui filem kita. Masyarakat,remaja kini perlu ditunjukkan secara jelas tentang "what should we be" dalam acuan agama dan budaya yang sebenarnya!

10.10 am
rumahku syurgaku
READ MORE

it's really TEACH ME a LOT : Laskar Pelangi

Posted by adzlyna86 On 19 April 2009 Comments
Di saat mood sendiri berperang dalam tuntutan menghadap nota dan buku. Sempat juga aku mencuri masa untuk menonton filem laskar pelangi selama sejam lebih. Hasil promosi tini yang bersungguh-sungguh menyatakan dan mempromosi "kak..tengokla kak ; laskar pelangi,best kami tengok kemarin..kalau sedih sedih betul.kalau lucu lucu betul..".Thanks tini.Memang Berbaloi. ada dua filem yang memang teringin mau tengok sebenarnya : laskar pelangi dan slumdog millionaire,dan kini ; satu dah tertunai.

Filem Kita Wajah Kita
saya tidak tahu bila lagi aktivis-aktivis filem malaysia mampu menghasilkan filem SEBEGINI :
"sebegini" yang saya maksudkan ialah :
1)fokus kepada pendidikan nilai dan akhlak
2)mempunyai jalan penceritaan yang tulus ; tidak bercampur baur dengan sebarang elemen pelaris filem seperti adegan rempit-pergaulan bebas-aksi panas dll
3)bersifat moral-oreinted dan bukan popularist/material-oreinted
4)melambangkan nilai dan moral yang BAIK dalam FILEM kerana melalui filem lah salah satu medium paling sesuai untuk mendidik masyarakat. Orang lebih ingat apa yang ditengok dan lebih mudah untuk dicontohi.

saya percaya filem kita adalah wajah kita. Kebanyakan filem terkini yang dihasilkan memang melambangkan wajah KITA. Rempit-Anak Halal-Gubra-Mualaf-Sepi-Diva Popular-Anak Mami, sekadar menyebut beberapa filem. Celaru memang celaru. Melalui filem,kita dapat melihat budaya-budaya dan dogma-dogma negatif dalam masyarakat ditonjolkan atas alasan meng'ajar' masyarakat.

Bila lagi mahu menampilkan wajah baik kita di dalam filem? Antara filem yang saya impikan untuk difilemkan ~ kisah nurmadihah yang dapat 20A walaupun hidup susah, filem tentang kehidupan mahasiswa yang bergelumang dengan aktiviti dakwah dan berjaya menjadi seseorang (boleh compete dengan filem 'Dunia Baru' cerita tentang kehidupan kampus yang ntah apa-apa).
Jika mahu memenuhi minat filem cintan-cintun pula ; barangkali filem ayat-ayat cinta versi malaysia? wah,impian yang mungkin mustahil sekarang,tapi saya berharapan besar filem genre sebegini mampu dihasilkan. Menggambarkan wajah BAIK kita. Filem kita wajah kita.

Kata-Kata Penuh Makna ~ Laskar pelangi
Kagum dengan pembentukan skrip yang berfokus dan ada NILAI jelas yang mahu ditonjolkan.
contohnya:

dalam babak pelajar 10 orang itu mahu pergi berjumpa dukun meminta pertolongan ; dengan pantas sahara berkata : "apa kamu tidak ingat pelajaran akidah yang kita belajar setiap hari selasa?aku tidak mahu pergi.ini SYIRIK."

Pak Harfan juga menyatakan ini apabila ditanya tentang apa pentingnya sekolahnya untuk dipertahankan ;
"sekolah ini adalah sekolah di mana pendidikan agama pendidikan budi pekerti bukan sekadar kurikulum. Kecerdasan bukan dilihat sekadar nilai-nilai dan angka. tetapi dari hati.."

dan tagline utama dalam filem ini ialah kata pak harfan "hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya"

LINTANG - his spirit never dies
di saat semua berduka dan terumbang ambing selepas kematian pak harfan. Dia yang begitu bersemangat untuk membangkitkan semangat kawan-kawannya sampai dia yang menjadi guru sementara menggantikan bu mus.

setiap hari ke sekolah dia berbasikal dari rumah yang jauh dan akan berdepan dengan buaya yang tinggal dilubuk. sehingga di waktu-waktu akhir menghadapi pertandingan kuiz pun yang menghalangnya adalah buaya itu, namun dia memang tidak kenal perkataan PUTUS ASA.

part yang membuatkan airmata menitis jua,adalah saat-saat di mana lintang meninggalkan sekolah kerana bapanya yang telah meninggal dan dia terpaksa menanggung beban menjaga dan menjaga 3 lagi adiknya yang masih kecil. Pelajar genius didikan alam ini mengorbankan masa depan disekolah untuk menjaga adik-adiknya.

namun,di sini terbukti kayu ukur KEJAYAAN adalah bukan pada kejayaan di alam persekolahan semata-mata. Akademik bukan kayu ukur utama. LINTANG tetap berjaya dengan caranya sendiri,dalam hidupnya sebagai nelayan dan yang paling penting LINTANG berjaya mendidik anaknya menjadi lebih baik darinya.

kejar pelangimu sehingga ke hujung dunia..jangan pernah menyerah -Lintang

sungguh.filem ini banyak memberi erti yang baru dalam kamus nilai di dalam diri sendiri..
it's really teach me a lot.wassalam.

12.43 am
rumahku syurgaku


Laskar Pelangi - Nidji







READ MORE

Suntikan Semangat !

Posted by adzlyna86 On 05 April 2009 Comments
STEP BY STEP AZLINAH!

When my existence seems to dissapear,
I will look the PLACE where I can do my best ,
I can
From now on i'll deliberate slowly...
i Won't be impatient
i Won't be greedy
i Won't give up
Becoz Everyone takes thing Step By Step...
(Aya : One Litre Of Tears)
READ MORE

Berkerja hari ini DEMI hari ESOK!

Posted by adzlyna86 On 30 March 2009 Comments
Di satu konvensyen tindakan muslimat muda anjuran GAMIS bulan lalu,saya begitu terkesan dengan forum bersama YB mumtaz nawi yang membicarakan cabaran yang didepani oleh muslimat dalam dunia realiti..

konklusi yang terkesan dihati saya...
Kesibukan hidup hari ini adalah cerminan bagaimana kita akan menguruskan kesibukan hidup kita 5 tahun akan datang.

Jika hari ini,kehidupan-akademik-pengurusan diri kita tidak kita urus dengan baik dengan ALASAN sibuk dengan gerak kerja Islam. Percaya lah..kita tidak akan jadi pengurus kehidupan yang baik di masa depan.yang pada masa itu,pastinya tanggungjawab yang digalas tentunya lebih berat dari sekarang. mana tidaknya..kini kita hanya mengurus diri sendiri. Masa akan datang?Kerjaya..keluarga..anak-anak?

Betul.Tidak mudah untuk mengurus hidup dengan baik. Mengurus perasaan,perjalanan rutin harian,mengurus rohani,mengatur kewangan,menjaga akademik,
menjalankan amanah
. ini hanyalah sebahagian kecil dari apa yang kita perlu kuasai dalam menjalani kehidupan kini.

Lontaran yang menarik dr YB mumtaz,

kalau anda mahu jadi pemimpin yang hebat di masa depan. biasakan diri untuk MENCUCI TANDAS!

kalau anda mahukan anak yang soleh satu hari nanti..anda kena menjadi anak yang soleh sekarang!

kalau anda mahu jadi ibu bapa yang hebat,anda kena treat/layan ibu bapa anda sebaik mungkin dari sekarang!

saya mahu mengulas poin yang pertama,untuk jadi pemimpin yang baik. Biasakan diri mencuci tandas. nampak mudah,dan macam tiada kepentingan. tapi inilah yang perlu dibiasakan-melatih merendahkan ego diri sendiri dan bentuk kerja yang melatih diri kita utk sentiasa melihat ke bawah jika rezeki kita akan berada di atas suatu masa nanti..

saya masih jauh untuk merealisasikan ketiga-tiga input yang diperolehi ini,namun harapan besar saya.saya mahu melakukan yang terbaik HARI ini untuk menempah jalan hidup yang TERBAIK di masa depan.tidak banyak impian besar saya,cukup saya mahu terus-terusan diberi kekuata untuk berkerja di jalan ini dengan tulang 4 kerat saya dan menjadi anak yang TERBAIK untuk ibu bapa saya..paling terutama menjadi insan yang bermakna disisi ALLAH.
READ MORE

PETISYEN tentang PENGGUNAAN NAMA ALLAH-2996 tandatangan sudah dikumpulkan!

Posted by adzlyna86 On 17 March 2009 Comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Ulasan buku yang dijanjikan tidak dapat dilangsaikan dalam masa terdekat. Namun saya ingin berkongsi input yang diperolehi tentang ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH dalam penerbitan agama Kristian.

YANG MENGEJUTKAN SAYA...ADA PETISYEN ONLINE!
dalam ruang masa saya melihat dan meneliti pandangan melalui maya. saya tersinggah dalam satu web komuniti negeri tercinta : http://www.sabahforum.com. dan mengejutkan saya bahawa penforum-pemforum dari pelbagai suku kaum disabah..dan ada yang islam dan kristian telah lama membincangkan isu ini. Dari tahun 2008 lagi ! LINK dan KINI..isu ini dibangkitkan semula diFORUM ini LINK

Hari ini juga telah diwujudkan PETITION ONLINE http://www.petitiononline.com/sabahan/petition.html untuk menuntut pertimbangan semula penggunaan nama ALLAH untuk agama mereka. sehinggga masa ini sebanyak 2996 signature telah dikumpulkan dari pelbagai jenis orang.setakat jam 6.00 petang : 18 MAC 2009.

Di satu pihak iaitu para ilmuwan dan agamawan masing-masing mengutarakan pendirian masing-masing tentang isu ini. Di satu pihak pula,segolongan masyarakat berforum membincangkan isu ini mengikut kefahaman mereka sehingga menghasilkan tuntutan petisyen supaya mempertimbangkan semula larangan menggunakan nama Allah dalam agama mereka.

DI MANA TITIK PERTEMUAN yang boleh menyelesaikan persoalan ini?

alhamdulillah saya berkesempatan mengikuti diskusi ilmiah tentang isu ini,saya amat menantikan saat-saat ini,di kala minda disesakkan dengan pelbagai assumption dan pendapat sendiri..namun ini masanya,buat diri mengukuhkan dengan hujah dan dalil yang sebenar dari Al Quran dan Hadith.

pada 17 MAC 2009 bertempat disurau APIUM,diskusi ini diadakan. Ahli panelnya adalah Dr Fauzi Hamat (Pensyarah Jabatan Akidah & Pemikiran Islam UM) dan Prof.Rosdi (Pensyarah Fakulti Bahasa & Linguistik UM).

walaupun wujudnya pandangan yang membolehkan (1) (2) dan tidak kurang yang tidak membenarkan (1) (2) (3).

beberapa isi penting yang saya rasakan perlu dikongsi bersama melalui forum ini untuk membuka minda kita untuk berfikir solusi terbaik kepada ISU ini. Saya tidak menafikan setiap pendirian pihak di atas ada asasnya,namun masih ada ruang buat kita membina kefahaman dan pendirian tersendiri tentang isu ini.Sebagai UMAT ISLAM kita perlu jelas.

1) Lafaz ALLAH dari aspek bahasanya bukanlah musytarik lafzi (lafaz yang boleh mempunyai pelbagai makna). Contoh lafaz musytarik dalam BAHASA ARAB ialah : Musytari (yang membawa dua erti ; planet musytari dan pembeli dan ALLAH bukan musytarik lafzi yang membawa maksud pelbagai. ALLAH adalah TUHAN YANG MAHA ESA - tiada dua ataupun 3.
Membenarkan ALLAH digunakan oleh agama KRISTIAN bermakna membenarkan mereka mengertikan ALLAH mengikut konsep agama mereka (trinity)

2) berdasarkan surah Al IKHLAS :

-ayat pertama : katakanlah ALLAH itu SATU.
Penganut agama Kristian tidak layak menggunakan nama ALLAH,sebab mereka tidak mempercayai TUHAN itu SATU. Kalimah inilah yang dipertahankan oleh BILAL bin RABAH semasa diseksa di awal keislamannya : ahad...ahad...ahad.. . apakah dikira betul jika KRISTIAN yang terang2 mempertigakan TUHAN boleh menggunakan nama ALLAH sewenang-wenangnya.

-begitu juga dengan ayat 2-4 : secara jelas menyatakan ALLAH adalah suci dari sebarang penyelewangan seperti TIDAK BERANAK dan TIDAK DIPERANAKKAN dan dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan Dia.

-Secara JELASNYA ; agama kristian tidak boleh menggunakan nama ALLAH selagi mana mereka masih mengimani konsep trinity dalam agama mereka.

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA.

Ini merupakan beberapa point yang saya ingin kongsikan bersama. Yang saya rasakan belum pernah diutarakan sebelum ini.

buat pertama kalinya saya melihat dari satu segi disebalik pelbagai kelemahan perlembagaan dan akta Malaysia-perlembagaan ini masih ada 'sense' membela ISLAM sebagai agama rasmi negara kita.

yang menyedihkan kita,di kala orang bukan Islam mempersoalkan isu-isu berkaitan ISLAM.
Umat ISLAM masih tidak bersatu. Ramai yang jauh dari mengamalkan ajaran ISLAM yang sebenar...AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR?apatah lagi. Dalam keadaan ini,kita tidak mempunyai kekuatan yang ampuh untuk mempertahankan agama ISLAM mahupun untuk memberi teladan (dakwah) yang sebenarnya kepada orang bukan ISLAM...

"Hampir tiba masanya kamu akan diserbu oleh bangsa-bangsa lain (musuh-musuh kamu), sebagaimana orang-orang lapar mengadap hidangan di dalam jamuan”. Sahabat bertanya, “apakah semua itu berlaku disebabkan oleh jumlah kami yang sedikit?”. Rasulullah S.A.W menjawab, “bahkan ketika itu jumlah kamu amat ramai, tetapi ramainya kamu tidak lebih dari seumpama buih di permukaan banjir. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa gerun mereka terhadap dirimu, dan dimasukkan ke hatimu penyakit AL-WAHAN”. Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah al-wahan itu ? “Jawab Rasulullah SAW “ialah cinta dunia dan takut menghadapi maut. ”
(Hadis riwayat Abu Daud daripada Sauban)

sekadar lontaran dari diri yang masih belajar...
WaAllahu'alam.
READ MORE

Kemalangan Langgar JANIN?

Posted by adzlyna86 On 15 March 2009 Comments
Bungkusan plastik dilanggar pacuan empat roda

SEREMBAN: Seorang kontraktor menggigil apabila melihat sebuah bungkusan plastik biru di tengah jalan raya yang dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Taman Marida, petang semalam, rupa-rupanya berisi janin manusia.

Akibat pelanggaran kira-kira jam 5 petang itu, sebahagian besar janin yang cukup sifat itu berkecai dan hanya tinggal bahagian perut ke bawah, manakala kedua-dua belah tangan terputus.

berita selengkapnya : Bharian





2:57 am
Rumahku Syurgaku
sempat membelek akhbar online pada malam ini,sungguh terkejut dan sangat tidak disangka-sangka. tidak hairan jika kemalangan melanggar manusia atau kucing mahupun ayam...kini, janin pula boleh menjadi mangsa kemalangan!JANIN yang sudah cukup sifat!

kepada ibu-bapa kepada BAYI yang telah dibuang ini..pertanyaan buat kalian?
TEGA betul anda membuang bayi merata2..macam membuang sampah sisa makanan!
tidak kah anda teringat bagaimana ibu anda telah melahirkan anda dgn susah payah. ANDA bertuah kerana tidak dicampakkan ke jalan raya juga...please do the right thing for yourself.
TREAT urself & others as a HUMAN!
WHAT you GIVE you WILL get back!

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Ar Ruum:41)


Tangan yang menaip lebih berat bebannya dari ANDA yang membaca-nzlaa86-
READ MORE

Ulasan Buku QURANIC LAW OF ATTRACTION

Posted by adzlyna86 On 12 March 2009 Comments
 
...dalam pembacaan... 
nantikan ulasan buku dari saya

“Luar Biasa! Buku ini sanggup menggabungkan gagasan buku The Secret dan Law of Attraction dengan Al-Quran.”—Faris Khoirul Anam, Wartawan majalah Islam Sabili, alumnus Universitas al-Ahgaff Yaman.

“Miliki dan baca buku ini! Anda pasti akan mendapatkan mutiara yang selama ini Anda cari.”—Agus Riyanto, Motivator muda, penulis buku Born To Be A Champion.

“Sangat perlu dibaca oleh semua orang yang menginginkan terwujudnya kenikmatan dan keindahan hidup di dunia fana ini.”—Husen Maq D, Mechanical engineer, oil & Gas Company
READ MORE

BEGIN WITH THE END IN MIND : Mahasiswa & dakwah di negeri

Posted by adzlyna86 On 09 March 2009 Comments
Saya banyak belajar daripada muktamar marsis kali ini. Antara yang muhim ialah : pengertian CABARAN dan MASALAH. Dalam sesi pembentangan laporan, saya berulang-ulang menyatakan bahawa masalah ini..sekian-sekian…etc. Saya di tegur di dalam sesi soal jawab. Kenapa tidak menggunakan istilah CABARAN dan bukannya MASALAH dalam mengutarakan sesuatu permasalahan?

Saya tersentak. Betul juga. Terima kasih Akh Masdar.


Muktamar kali ini begitu memuhasabah diri, dalam keadaan negeri tercinta memerlukan curahan dakwah dan ilmu ; ada beberapa CABARAN pokok yang masih membelenggu generasi borneo yang menuntut di semenanjung dan bakal pulang ke negeri ini. satu yang sempat saya cetuskan dalam artikel kali ini.
CABARAN Kefahaman yang kurang tentang matlamat akhir menuntut ilmu.
Kefahaman mendahului amal. Jika kita tidak memahami apa matlamat akhir sesuatu kerja buat kita,ia akan menjadi sia-sia. Bak kata stephen covey : begin with the end in mind. Sehingga sekarang masih menjadi dilema dan krisis bagi mahasiswa/i sabah Sarawak yang menuntut ilmu ; tidak kisah sama ada ilmu agama atau pun ilmu selain agama. Namun, secara jelasnya beban adalah lebih berat kepada yang menuntut ilmu agama ; bidang Syariah-Usuluddin-Pendidikan Islam dll. Tiada perangkaan atau perkiraan yang jelas pernah dilakukan. Namun,kayu ukur yang saya gunakan adalah berdasarkan realiti di kampus saya sendiri. Dari akademi pengajian Islam UM. Saban tahun sekitar tahun 2002 hingga 2007, jumlah mahasiswa/i sabah yang bergraduasi dalam bidang pendidikan Islam adalah dalam 20-30 orang setahun. Ramai bukan?

Namun masalah yang berlaku, kesan daripada produk-produk didikan agama di medan kampus ini belum dilihat memberi kesan kepada dakwah di Sabah itu sendiri. Sememangnya ada senior-senior yang berkecimpung dengan kerja dakwah di sabah apabila balik ke negeri. Namun yang pastinya peratusannya masih rendah!

Melihat kepada ayat Al Quraan yang di tujukan khusus kepada golongan menuntut ilmu :
“ Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya ( ke medan peperangan).Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya , supaya mereka itu dapat menjaga dirinya ”.(At Taubah : 122)

Apa yang saya ingin tekankan ialah matlamat akhir menuntut ilmu yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT dalam ayat ini iaitu : untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya!

Ramai mana daripada kita yang mengambil matlamat ini sebagai tujuan akhir dalam menuntut ilmu di IPTA/S?tidak kisah sama ada belajar dalam bidang pengajian islam,kejuruteraan, perubatan mahupun kejururawatan. Tanggung jawab mengajak orang melakukan kebaikan adalah tugas asasi sebagai seorang islam yang beriman!

Sedarkah kita,di negeri Sabah tercinta...berapa ramai anak-anak kecil yang masih tidak tahu mengaji?Berapa ramai keluarga yang masuk Islam tapi keluar Islam semula kerana tidak tahu pun apa nikmatnya menjadi seorang Islam?berapa ramai orang yang islam namun minum arak macam minum air 100 plus?

Cetusan ini ingin memberi ingat kepada diri sendiri dan kepada semua. PEKA dengan keadaan negeri kita kini. SEDAR bahawa kita ; penuntut ilmu – amat diperlukan di negeri kita sendiri. TAHU – bahawa kita perlu bersedia dari sekarang dan menyiapkan diri dengan kit-kombat yang lengkap untuk menyumbang dan membuat kerja dakwah di negeri. Apapun, Its never too late to start it. Better Late Than Never!
READ MORE
Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's