i've got something from AK5124!

Posted by adzlyna86 On 01 October 2009 Comments
AK5124
29A 
21 : 25 PM 
16 Sept 2009  

Tahun ini saya berpeluang untuk berhariraya dikampung halaman. Dan ada sebab saya menulis tentang pengalaman balik saya berhari raya pada kali ini. i've got something different from AK5124.


Mencari-cari tempat duduk 25 A,ternyata ada jiran yang telah sedia ada duduk selang satu seatku. Seorang uncle chinese dalam lingkungan umur 40-an. Aku mengambil tempat dan menyelesakan diri untuk memulakan perjalanan flight selama 2 jam 30 minit menuju KK. Dalam hati kecil, mesti boring juga kali ni,dah lah balik seorang,takda kawan untuk menghilangkan mengantuk di mata.  


Ternyata anggapan aku meleset,ternyata jiran di sebelah,selang satu kerusi dari aku. Uncle ini mula menegur ku dan memulakan perbualan. Bermula la sesi taaruf. Dalam Bahasa Inggeris pula tu..huhu.aku pun mengikut rentak sumbang. Ber'speaking' English versi Manglish (melayu-english). Berhasil juga rasanya, sebab uncle masih rancak meneruskan cerita dalam bahasa Inggeris juga. Sekali-sekala memang ke laut juga la grammer aku.  


Seronok bercerita dengan uncle ini, jika sebelum ini masa 2 jam 30 minit di dalam flight di isi dengan : Separuh masa adalah untuk melelapkan mata. Suku masa membaca hingga terlelap. Suku masa buka laptop sampai bateri habis-ini rutin biasa di dalam flight. Berbeza kali ini, sungguh tidak terasa perjalanan ini.


Uncle ini berkerja sebagai engineer dan terlibat dalam projek-projek berkaitan pengangkutan dan yang sejenis dengannya. Sekitar perbualan kami adalah berkaitan pengangkutan di Malaysia dan beberapa hal-hal berbangkit lain. 


Saya ingin berkongsi beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh uncle sepanjang perbualan kami; 


1) Mengapa sistem pengangkutan di Malaysia tidak mesra pengguna? dari aspek pengguna perlu turun naik berulang kali untuk bertukar-tukar tren jika hendak ke destinasi berbeza. dari LRT PUTRA-LRT STAR-MONOREL-KTM..mengapa tidak disatukan sahaja kesemua dalam satu terminal. Walau berbeza aliran. Namun duduknya di satu tempat. Negara lain mampu membuat sistem pengangkutan yang sistematik seperti ini. Mengapa tidak di negara kita?


2) Dari segi usaha kerajaan membebankan beban rakyat, Uncle memberi contoh pelaksanaan di Beijing. Ya memang tol ada di kenakan di Beijing sama seperti Malaysia. Namun,Kerajaan Beijing berusaha menjaga kenaikan tambang kenderaan awam di sana. Tambang semurah 50 sen ada di sana. Bandingkan dengan negara kita yang terchenta..?Tindak balas berantai yang berlaku :  Minyak Naik > Tol tidak turun-turun harganya > Tambang Kenderaan awam pun naik !  


3) "Adik saya ialah seorang graduan kedoktoran yang sangat rajin belajar dan always be the top student in University. Dia tidak mendapat apa2 biasiswa sepanjang pengajian. Yang mengecewakan, rakan-rakan yang mendapat biasiswa bersuka ria dan menggunakan duit biasiswa untuk kepentingan diri sahaja". Mengapa terjadi begini,rakyat yang dapat biasiswa adalah gol.yang tidak bersungguh-sungguh belajar? Seharusnya pengagihan biasiswa ialah kepada siapa yang layak,bukan sepenuhnya mengikut komposisi kaum..dan kita seharusnya lebih menghargai apa yang kita perolehi.


4) Seringkali setiap kali membuat kesimpulan dalam semua isu,akhir ayat uncle ialah "this is because of the bad leadership". Berkali-kali uncle menegaskan tagline ini ~ bad leadership. Fikir-fikirkan, sungguh Tak tumbuh tak melata, tak sungguh UNCLE tak kata.


Saya meyakini intipati hadis Nabi, "Hikmah itu barang yang hilang bagi setiap orang yang beriman, barang siapa yang menjumpainya maka dia berhak ke atasnya". Di mana-mana kita boleh mendapati hikmah yang amat berguna. Dan saya berterima kasih kepada 'uncle' ini kerana perkongsian bernilai ini. 


Setiap saat dalam kehidupan kita ada nilainya...setiap insan disekeliling kita juga ada gunanya...cuma tinggal kita sahaja untuk menghargainya dan memanfaatkannya sebaik mungkin. 


WaAllahua'lam.
READ MORE
Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's