Seronok Menjadi Mahasiswa!

Posted by adzlyna86 On 13 September 2009 Comments
Buat kali pertama saya menghadiri penuh sebuah konvensyen mahasiswa. Dari awal ke habis duduk setia mendengar lontaran2 idea & curahan ilmu dari para panel dan pembentang. KONVENSYEN TRANSFORMASI MALAYSIA anjuran SMM memberikan saya ruang dan cabaran untuk lebih matang dalam berfikir. Seronok minda apabila mendengar lontaran-lontaran idea panel dan hadirin. Mahasiswa kini masih ada bisanya, mungkin belum dimanfaatkan sepenuhnya. Saya mendengar Idea Transformasi Malaysia ini semasa ia masih mentah lagi. Belum diproses. Dan kini ianya telah menjadi gagasan deklarasi mahasiswa yang dibahaskan sepanjang konvensyen kali ini. 

Saya bukanlah pelontar atau jurucakap yang hebat. Pentas bukanlah medan saya. Tidak banyak yang dapat dilontar cuma mencoret-coret di atas kertas dan sembang2 dengan rakan sebelah. Kelebihan saya bukan di situ.

Saya bersetuju dengan kenyataan salah seorang pembahas. Mutu perbahasan mahasiswa kali ini masih ditahap yang belum memuaskan. Tidak ramai yang mampu menghayati tuntutan untuk mahasiswa jadi lebih bertaring dimedan ialah dengan menjadi 'gila'. Chegu Bard dan Prof Mohammad Abu Bakar ; dua orang tokoh yang melontarkan idea ini. Nak jadi hebat, kena bertindak secara 'gila'. Gila di sini bermaksud melampaui kebiasaan dan bertindak diluar batasan yang kita rasakan ada membendung kita. Disini letaknya nilai "KEMAHASISWAAN" yang sebenarnya. 

Dan kegilaan ini seharusnya dipandu oleh intelek dan daya fikir mahasiswa yang matang dalam menganalisis segala permasalahan yang mendatang. Jika membaca belum tersenarai sebagai hobi anda, jangan bicara soal merealisasikan transformasi ini.

saya positif apabila melihat kesungguhan para aktivis mahasiswa membahaskan sesuatu demi kepentingan masyarakat dan rakyat. Zaman mahasiswa sangat singkat. Dan zaman mahasiswa ini amat bermakna dan seronok apabila kita mampu memberi sesuatu kepada masyarakat hatta dalam sumbangan yang dirasakan kecil seperti memberi salam kepada orang dijalanan. 

Saya menerima orang yang banyak idea dan kadang-kadang kelihatan retorik dalam melontarkan idea. Saya juga menghargai orang yang tidak banyak cakap tapi kerjanya tip-top.

Saya merasakan nikmat apabila mampu sedikit sebanyak memikirkan dan mengambil tahu tentang hal ehwal negara dan sekeliling. Jika anda belum merasainya,jangan membazir masa. Jom fikir tentang ummah. 

-Bicara Pasca TRANS 09-
11.30 mlm.Rumahku Syurgaku
READ MORE
Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's