Tribute to SMAKKIAN 99-03

Posted by adzlyna86 On 29 April 2009 Comments
Mengingat kembali genap 5 tahun telah meninggalkan bumi SMAKK (sek.men.keb.agama KK) di mana perjalanan hidup sebagai remaja,pelajar bermula disitu. Anak Jati Smakk keluaran tahun 1999-2003. Kini,aku pun tidak pasti apa perkabaran bumi Smakk yang menghijau di atas bukit itu..

Belum pernah lagi di adakan gathering alumni smakk (bakal di adakan ; Oktober 2009) besar-besaran yang mengumpulkan produk-produk kelahiran sekolah menengah keb.agama kota kinabalu ini. Bagaimana agaknya hasilnya? Sudah pasti 'berwarna-warni' dan 'beraneka jenis' hasilnya.

Kerisauan yang tumbuh sejak dulu lagi,semakin bertambah masa demi masa..apabila melihat bagaimana hal ehwal kawan-kawan seperjuangan di smakk dulu. Komuniti Friendster dan Facebook menjadi penghubung utama melihat khabar kawan-kawan yang berselerak satu Malaysia.

Saya menulis di sini bukanlah di atas rasa yang paling baik. Menulis untuk meluahkan sesuatu yang terpendam dan memberitahu semua.

Saya cukup tersentak bila melihat seorang demi seorang puteri smakk merangkap kawan sesekolah AGAMA dahulu telah tiada tudung dikepalanya. Ada yang kejap ada,kejap hilang. Belum lagi mengira gambar-gambar berpasangan bak 'pengantin yang sudah kahwin'...

Tidak tahu bagaimana mahu melafazkan dengan kata-kata...yang terlafaz cuma bait-bait sajak yang serba-serbi ini..



Pesanan Buat Diri Sendiri & Teman-teman Tersayang...

Smakk mencipta seribu satu kenangan terindah kita bersama,
Pahit-Manis-Suka-Duka Semuanya ada,
Masih ingatkah kalian dengan ustaz shahrunnizam?
Yang dari jauh bunyi honnya telah ditakuti..
Masih Ingatkah kalian dengan guru-guru disiplin kita?
yang sering mendenda kita..
Jika Tidak Berstokin
Jika Kedapatan Escape Surau
Jika Kedapatan Merokok
Jika Tangan Baju Kurung berlipat-lipat
Sungguh semua ini mengajar kita...
MASIHKAH KALIAN INGAT?

Surau SMAKK yang kini telah bertukar wajah
Dulunya..di situ gedung ilmu kita
Ustaz Afif
Ustaz Fauzi
Ustaz Hilmi
Ustaz Fadzili
Ustazah Andi
Ustaz Hafizi
dan ramai lagi..
Pendidik kita mencurahkan ilmu tanpa jemu
Demi memberi bekalan buat kita
Untuk menjadi Muslim Yang Baik di masa depan...

KINI,
di manakah kita berada?
Di Universiti..
Di Kolej...
Sudah Berkahwin..
Di mana-mana jua pun..
Masih ingatkah kita dengan SEMUA ITU?

Sungguh..
masa
zaman
merubah kita dengan izin Allah

Namun kita sama-sama
beringat..
Kehidupan di dunia sementara
Yang Luas dan kekal cuma di akhirat...

Dunia bukan diciptakan untuk hidup bersuka ria
sekadar belajar-berkerja-berkahwin...
Namun,Dunia ini adalah ladang akhirat...
Tempat kita membuktikan bahawa
Kita Hidup sebagai Muslim yang sebenar
yang berusaha mengikut segala perintah Allah
Menjauhi larangannya..
Sungguh masa kita tidak lama di dunia ini...

Entah,Saat ini..
Detik ini..Masa ini..
Nafas Kita bakal berhenti!

adanya kita kini..
dengan masa yang masih berbaki..
gunakan ia untuk memperbaiki..
Allah tidak pernah melupakan kita walau sesaat..
Hanya Allah sebaik-baik tempat kita kembali
dan memohon segalanya..
Moga hidup kita berakhir dengan iman
kepada Allah dan sebaik-baik penghabisan..Amiiin..
"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”-An Nahl : 96
tribute to all smakkian 99-03 ;
Nana,reny,amyzah,nad,ckyn,a-an,juana,faye,patiyah,mila,azwilah,ferrawana, alyt,nisa,rani,masnani,nonong,farihah,fahmi,sulamin,xibo,rizal,kerol,pejul, hisham,hafiz,ari,fendi,beckham and others..nda larat mau tulis semua.. =)

READ MORE

Filem Bohsia : FILEM kita WAJAH kita?

Posted by adzlyna86 On 26 April 2009 Comments
“Bohsia adalah cerita remaja. Jangan lihat pada judulnya tetapi pada keseluruhan cerita filem ini. Kalau kita melihat dari sudut negatif, memanglah semuanya dianggap negatif saja. Ia paparkan apa isu yang ada sekarang. Ia realiti yang berlaku sekarang”-Shamsul Yusof

Saya tidak melihat genre filem sebegini masih releven untuk ditayangkan di kala kita masih tercari-cari solusi terbaik untuk mengubati gejala sosial remaja yang semakin tenat hari ini. 3 tahun kebelakangan ini sudah terlalu banyak filem rosak akhlak yang telah ditayangkan dengan hasil kutipan yang dibangga-banggakan pembuat filem yang mencapai juta-juta. Dari filem KL Menjerit 1,remp-it, anak halal,KL-Drift,Castello,Haru-Biru,Impak Maksima,dan KAMI the movie semua ini dikatakan salah satu cara membanteras gejala sosial melalui filem. Dan ternyata masih GAGAL.

MENGAPA MASIH GAGAL?
Sudah terang tidak perlu bersuluh,membuat filem genre rosak akhlak untuk mengajar masyarakat untuk menjadi baik adalah tidak berkesan. Begin with the end in mind. Pepatah ini sangat bertepatan apabila membicarakan tentang matlamat sebuah filem diterbitkan. Jika filem-filem ini diniatkan dan bermatlamat tulus semata-mata untuk mengajar masyarakat tentang nilai dan norma yang baik sudah pasti ianya tidak akan gagal. Saya tidak melihat mana-mana lagi filem yang jujur. Dalam setiap filem genre rosak akhlak pastinya ada unsur-unsur pelaris yang sangat menjejaskan niat sebenar sesebuah filem. Adegan LUCAH, PANAS,REMPIT,MENCARUT diadun sama untuk menjadikan filem ini terhangat dipasaran. Di sini titik tolak saya melihat bahawa tiada lagi filem yang jujur yang berjaya dihasilkan pembuat filem di Malaysia. Nilai komersial dan materialisme masih menjadi kepentingan utama penerbit filem! Jika begini,sampai bila akan berjaya?

FILEM KITA WAJAH KITA
Bila lagi kita mahu menonjolkan wajah BAIK masyarakat kita yang boleh diteladani dan mampu mengajar masyarakat? Sedarkah kita bahawa disebalik kebobrokan akhlak dan kecelaruan sahsiah remaja kini, masih ada nilai-nilai baik yang cukup kuat yang perlu diwajahkan dalam filem buat tatapan masyarakat yang barangkali sudah lupa sebenarnya kita masih memiliki nilai baik ini. Nilai-nilai budaya yang baik masih ada dalam masyarakat kini antaranya masih ada lagi remaja yang berhempas pulas belajar dalam keadaan diri serba kedhoifan dan akhirnya cemerlang juga seperti adik nurmadihah. Masih ada lagi kisah keluarga yang amat susah kehidupannya namun keadaan keluarga masih bahagia dan anak-anaknya berjaya. Masih ada lagi sudut kehidupan di kampus yang mana mahasiswa kampus berjaya dan bersahsiah baik bukannya seperti kehidupan kampus yang digambarkan dalam Drama Dunia Baru serta masih ada lagi kisah guru yang betul-betul ikhlas berkorban untuk mendidik anak-bangsa kini. Semua ini nilai-nilai baik yang saya fikirkan perlu untuk ditonjolkan dan dijadikan core values dalam sesebuah filem di Malaysia kini!

Para pembuat filem Malaysia mungkin perlu berguru dengan Majid Majidi :Children From Heaven atau Riri Reza : Laskar Pelangi ataupun berguru dengan pembuat drama One Litre Of Tears (Japan Drama). Sekadar menyebut beberapa filem dan drama luar yang betul-betul mampu mengajar nilai yang baik kepada masyarakat. Walaupun tanpa ada elemen pelaris filem yang tidak sepatutnya, filem ini juga mampu memecah panggung. Menjadi fenomena.

ZAMAN PENCERAHAN INDUSTRI FILEM HARUS BERMULA!
Memetik teori pembelajaran sosial daripada Albert Bandura. Apabila eksperimen Bobo Doll di lakukan kepada kanak-kanak. Ternyata kanak-kanak yang melihat secara langsung apa jua bentuk tingkah laku di depan mata atau ditelevisyen lebih cepat meniru dan terpengaruh. Teori ini juga menyatakan Individu dalam proses interaksi sentiasa bergerak balas kepada rangsangan alam sekitarnya dan saling membuat pentafsiran tertentu serta menukarkan persepsinya kepada suatu tingkahlaku.

Jadi untuk apa perlu menambahkan lagi kecelaruan sahsiah remaja yang sememangnya sudah terpengaruh dengan budaya negatif? Adalah tidak releven lagi untuk memasakkan lagi otak dan minda mereka dengan budaya-budaya negatif melalui filem.

Sudah tiba masanya bermulanya zaman pencerahan industri perfileman. Ianya perlu dimulakan dengan mewajahkan nilai yang baik melalui filem kita. Masyarakat,remaja kini perlu ditunjukkan secara jelas tentang "what should we be" dalam acuan agama dan budaya yang sebenarnya!

10.10 am
rumahku syurgaku
READ MORE

it's really TEACH ME a LOT : Laskar Pelangi

Posted by adzlyna86 On 19 April 2009 Comments
Di saat mood sendiri berperang dalam tuntutan menghadap nota dan buku. Sempat juga aku mencuri masa untuk menonton filem laskar pelangi selama sejam lebih. Hasil promosi tini yang bersungguh-sungguh menyatakan dan mempromosi "kak..tengokla kak ; laskar pelangi,best kami tengok kemarin..kalau sedih sedih betul.kalau lucu lucu betul..".Thanks tini.Memang Berbaloi. ada dua filem yang memang teringin mau tengok sebenarnya : laskar pelangi dan slumdog millionaire,dan kini ; satu dah tertunai.

Filem Kita Wajah Kita
saya tidak tahu bila lagi aktivis-aktivis filem malaysia mampu menghasilkan filem SEBEGINI :
"sebegini" yang saya maksudkan ialah :
1)fokus kepada pendidikan nilai dan akhlak
2)mempunyai jalan penceritaan yang tulus ; tidak bercampur baur dengan sebarang elemen pelaris filem seperti adegan rempit-pergaulan bebas-aksi panas dll
3)bersifat moral-oreinted dan bukan popularist/material-oreinted
4)melambangkan nilai dan moral yang BAIK dalam FILEM kerana melalui filem lah salah satu medium paling sesuai untuk mendidik masyarakat. Orang lebih ingat apa yang ditengok dan lebih mudah untuk dicontohi.

saya percaya filem kita adalah wajah kita. Kebanyakan filem terkini yang dihasilkan memang melambangkan wajah KITA. Rempit-Anak Halal-Gubra-Mualaf-Sepi-Diva Popular-Anak Mami, sekadar menyebut beberapa filem. Celaru memang celaru. Melalui filem,kita dapat melihat budaya-budaya dan dogma-dogma negatif dalam masyarakat ditonjolkan atas alasan meng'ajar' masyarakat.

Bila lagi mahu menampilkan wajah baik kita di dalam filem? Antara filem yang saya impikan untuk difilemkan ~ kisah nurmadihah yang dapat 20A walaupun hidup susah, filem tentang kehidupan mahasiswa yang bergelumang dengan aktiviti dakwah dan berjaya menjadi seseorang (boleh compete dengan filem 'Dunia Baru' cerita tentang kehidupan kampus yang ntah apa-apa).
Jika mahu memenuhi minat filem cintan-cintun pula ; barangkali filem ayat-ayat cinta versi malaysia? wah,impian yang mungkin mustahil sekarang,tapi saya berharapan besar filem genre sebegini mampu dihasilkan. Menggambarkan wajah BAIK kita. Filem kita wajah kita.

Kata-Kata Penuh Makna ~ Laskar pelangi
Kagum dengan pembentukan skrip yang berfokus dan ada NILAI jelas yang mahu ditonjolkan.
contohnya:

dalam babak pelajar 10 orang itu mahu pergi berjumpa dukun meminta pertolongan ; dengan pantas sahara berkata : "apa kamu tidak ingat pelajaran akidah yang kita belajar setiap hari selasa?aku tidak mahu pergi.ini SYIRIK."

Pak Harfan juga menyatakan ini apabila ditanya tentang apa pentingnya sekolahnya untuk dipertahankan ;
"sekolah ini adalah sekolah di mana pendidikan agama pendidikan budi pekerti bukan sekadar kurikulum. Kecerdasan bukan dilihat sekadar nilai-nilai dan angka. tetapi dari hati.."

dan tagline utama dalam filem ini ialah kata pak harfan "hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya"

LINTANG - his spirit never dies
di saat semua berduka dan terumbang ambing selepas kematian pak harfan. Dia yang begitu bersemangat untuk membangkitkan semangat kawan-kawannya sampai dia yang menjadi guru sementara menggantikan bu mus.

setiap hari ke sekolah dia berbasikal dari rumah yang jauh dan akan berdepan dengan buaya yang tinggal dilubuk. sehingga di waktu-waktu akhir menghadapi pertandingan kuiz pun yang menghalangnya adalah buaya itu, namun dia memang tidak kenal perkataan PUTUS ASA.

part yang membuatkan airmata menitis jua,adalah saat-saat di mana lintang meninggalkan sekolah kerana bapanya yang telah meninggal dan dia terpaksa menanggung beban menjaga dan menjaga 3 lagi adiknya yang masih kecil. Pelajar genius didikan alam ini mengorbankan masa depan disekolah untuk menjaga adik-adiknya.

namun,di sini terbukti kayu ukur KEJAYAAN adalah bukan pada kejayaan di alam persekolahan semata-mata. Akademik bukan kayu ukur utama. LINTANG tetap berjaya dengan caranya sendiri,dalam hidupnya sebagai nelayan dan yang paling penting LINTANG berjaya mendidik anaknya menjadi lebih baik darinya.

kejar pelangimu sehingga ke hujung dunia..jangan pernah menyerah -Lintang

sungguh.filem ini banyak memberi erti yang baru dalam kamus nilai di dalam diri sendiri..
it's really teach me a lot.wassalam.

12.43 am
rumahku syurgaku


Laskar Pelangi - Nidji







READ MORE

Suntikan Semangat !

Posted by adzlyna86 On 05 April 2009 Comments
STEP BY STEP AZLINAH!

When my existence seems to dissapear,
I will look the PLACE where I can do my best ,
I can
From now on i'll deliberate slowly...
i Won't be impatient
i Won't be greedy
i Won't give up
Becoz Everyone takes thing Step By Step...
(Aya : One Litre Of Tears)
READ MORE
Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's