“Bohsia adalah cerita remaja. Jangan lihat pada judulnya tetapi pada keseluruhan cerita filem ini. Kalau kita melihat dari sudut negatif, memanglah semuanya dianggap negatif saja. Ia paparkan apa isu yang ada sekarang. Ia realiti yang berlaku sekarang”-Shamsul Yusof
Saya tidak melihat genre filem sebegini masih releven untuk ditayangkan di kala kita masih tercari-cari solusi terbaik untuk mengubati gejala sosial remaja yang semakin tenat hari ini. 3 tahun kebelakangan ini sudah terlalu banyak filem rosak akhlak yang telah ditayangkan dengan hasil kutipan yang dibangga-banggakan pembuat filem yang mencapai juta-juta. Dari filem KL Menjerit 1,remp-it, anak halal,KL-Drift,Castello,Haru-Biru,Impak Maksima,dan KAMI the movie semua ini dikatakan salah satu cara membanteras gejala sosial melalui filem. Dan ternyata masih GAGAL.
MENGAPA MASIH GAGAL?Sudah terang tidak perlu bersuluh,membuat filem genre rosak akhlak untuk mengajar masyarakat untuk menjadi baik adalah tidak berkesan.
Begin with the end in mind. Pepatah ini sangat bertepatan apabila membicarakan tentang matlamat sebuah filem diterbitkan. Jika filem-filem ini diniatkan dan bermatlamat tulus semata-mata untuk mengajar masyarakat tentang nilai dan norma yang baik sudah pasti ianya tidak akan gagal. Saya tidak melihat mana-mana lagi filem yang jujur. Dalam setiap filem genre rosak akhlak pastinya ada unsur-unsur pelaris yang sangat menjejaskan niat sebenar sesebuah filem. Adegan LUCAH, PANAS,REMPIT,MENCARUT diadun sama untuk menjadikan filem ini terhangat dipasaran. Di sini titik tolak saya melihat bahawa tiada lagi filem yang jujur yang berjaya dihasilkan pembuat filem di Malaysia. Nilai komersial dan materialisme masih menjadi kepentingan utama penerbit filem! Jika begini,sampai bila akan berjaya?
FILEM KITA WAJAH KITABila lagi kita mahu menonjolkan wajah BAIK masyarakat kita yang boleh diteladani dan mampu mengajar masyarakat? Sedarkah kita bahawa disebalik kebobrokan akhlak dan kecelaruan sahsiah remaja kini, masih ada nilai-nilai baik yang cukup kuat yang perlu diwajahkan dalam filem buat tatapan masyarakat yang barangkali sudah lupa sebenarnya kita masih memiliki nilai baik ini. Nilai-nilai budaya yang baik masih ada dalam masyarakat kini antaranya masih ada lagi remaja yang berhempas pulas belajar dalam keadaan diri serba kedhoifan dan akhirnya cemerlang juga seperti adik nurmadihah. Masih ada lagi kisah keluarga yang amat susah kehidupannya namun keadaan keluarga masih bahagia dan anak-anaknya berjaya. Masih ada lagi sudut kehidupan di kampus yang mana mahasiswa kampus berjaya dan bersahsiah baik bukannya seperti kehidupan kampus yang digambarkan dalam Drama Dunia Baru serta masih ada lagi kisah guru yang betul-betul ikhlas berkorban untuk mendidik anak-bangsa kini. Semua ini nilai-nilai baik yang saya fikirkan perlu untuk ditonjolkan dan dijadikan core values dalam sesebuah filem di Malaysia kini!
Para pembuat filem Malaysia mungkin perlu berguru dengan Majid Majidi :C
hildren From Heaven atau Riri Reza :
Laskar Pelangi ataupun berguru dengan pembuat drama O
ne Litre Of Tears (Japan Drama). Sekadar menyebut beberapa filem dan drama luar yang betul-betul mampu mengajar nilai yang baik kepada masyarakat. Walaupun tanpa ada elemen pelaris filem yang tidak sepatutnya, filem ini juga mampu memecah panggung. Menjadi fenomena.
ZAMAN PENCERAHAN INDUSTRI FILEM HARUS BERMULA!Memetik teori pembelajaran sosial daripada Albert Bandura. Apabila eksperimen
Bobo Doll di lakukan kepada kanak-kanak. Ternyata kanak-kanak yang melihat secara langsung apa jua bentuk tingkah laku di depan mata atau ditelevisyen lebih cepat meniru dan terpengaruh. Teori ini juga menyatakan Individu dalam proses interaksi sentiasa bergerak balas kepada rangsangan alam sekitarnya dan saling membuat pentafsiran tertentu serta menukarkan persepsinya kepada suatu tingkahlaku.
Jadi untuk apa perlu menambahkan lagi kecelaruan sahsiah remaja yang sememangnya sudah terpengaruh dengan budaya negatif? Adalah tidak releven lagi untuk memasakkan lagi otak dan minda mereka dengan budaya-budaya negatif melalui filem.
Sudah tiba masanya bermulanya zaman pencerahan industri perfileman. Ianya perlu dimulakan dengan mewajahkan nilai yang baik melalui filem kita. Masyarakat,remaja kini perlu ditunjukkan secara jelas tentang
"what should we be" dalam acuan agama dan budaya yang sebenarnya!
10.10 am
rumahku syurgaku