it's really TEACH ME a LOT : Laskar Pelangi

Posted by adzlyna86 On 19 April 2009 Comments
Di saat mood sendiri berperang dalam tuntutan menghadap nota dan buku. Sempat juga aku mencuri masa untuk menonton filem laskar pelangi selama sejam lebih. Hasil promosi tini yang bersungguh-sungguh menyatakan dan mempromosi "kak..tengokla kak ; laskar pelangi,best kami tengok kemarin..kalau sedih sedih betul.kalau lucu lucu betul..".Thanks tini.Memang Berbaloi. ada dua filem yang memang teringin mau tengok sebenarnya : laskar pelangi dan slumdog millionaire,dan kini ; satu dah tertunai.

Filem Kita Wajah Kita
saya tidak tahu bila lagi aktivis-aktivis filem malaysia mampu menghasilkan filem SEBEGINI :
"sebegini" yang saya maksudkan ialah :
1)fokus kepada pendidikan nilai dan akhlak
2)mempunyai jalan penceritaan yang tulus ; tidak bercampur baur dengan sebarang elemen pelaris filem seperti adegan rempit-pergaulan bebas-aksi panas dll
3)bersifat moral-oreinted dan bukan popularist/material-oreinted
4)melambangkan nilai dan moral yang BAIK dalam FILEM kerana melalui filem lah salah satu medium paling sesuai untuk mendidik masyarakat. Orang lebih ingat apa yang ditengok dan lebih mudah untuk dicontohi.

saya percaya filem kita adalah wajah kita. Kebanyakan filem terkini yang dihasilkan memang melambangkan wajah KITA. Rempit-Anak Halal-Gubra-Mualaf-Sepi-Diva Popular-Anak Mami, sekadar menyebut beberapa filem. Celaru memang celaru. Melalui filem,kita dapat melihat budaya-budaya dan dogma-dogma negatif dalam masyarakat ditonjolkan atas alasan meng'ajar' masyarakat.

Bila lagi mahu menampilkan wajah baik kita di dalam filem? Antara filem yang saya impikan untuk difilemkan ~ kisah nurmadihah yang dapat 20A walaupun hidup susah, filem tentang kehidupan mahasiswa yang bergelumang dengan aktiviti dakwah dan berjaya menjadi seseorang (boleh compete dengan filem 'Dunia Baru' cerita tentang kehidupan kampus yang ntah apa-apa).
Jika mahu memenuhi minat filem cintan-cintun pula ; barangkali filem ayat-ayat cinta versi malaysia? wah,impian yang mungkin mustahil sekarang,tapi saya berharapan besar filem genre sebegini mampu dihasilkan. Menggambarkan wajah BAIK kita. Filem kita wajah kita.

Kata-Kata Penuh Makna ~ Laskar pelangi
Kagum dengan pembentukan skrip yang berfokus dan ada NILAI jelas yang mahu ditonjolkan.
contohnya:

dalam babak pelajar 10 orang itu mahu pergi berjumpa dukun meminta pertolongan ; dengan pantas sahara berkata : "apa kamu tidak ingat pelajaran akidah yang kita belajar setiap hari selasa?aku tidak mahu pergi.ini SYIRIK."

Pak Harfan juga menyatakan ini apabila ditanya tentang apa pentingnya sekolahnya untuk dipertahankan ;
"sekolah ini adalah sekolah di mana pendidikan agama pendidikan budi pekerti bukan sekadar kurikulum. Kecerdasan bukan dilihat sekadar nilai-nilai dan angka. tetapi dari hati.."

dan tagline utama dalam filem ini ialah kata pak harfan "hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya"

LINTANG - his spirit never dies
di saat semua berduka dan terumbang ambing selepas kematian pak harfan. Dia yang begitu bersemangat untuk membangkitkan semangat kawan-kawannya sampai dia yang menjadi guru sementara menggantikan bu mus.

setiap hari ke sekolah dia berbasikal dari rumah yang jauh dan akan berdepan dengan buaya yang tinggal dilubuk. sehingga di waktu-waktu akhir menghadapi pertandingan kuiz pun yang menghalangnya adalah buaya itu, namun dia memang tidak kenal perkataan PUTUS ASA.

part yang membuatkan airmata menitis jua,adalah saat-saat di mana lintang meninggalkan sekolah kerana bapanya yang telah meninggal dan dia terpaksa menanggung beban menjaga dan menjaga 3 lagi adiknya yang masih kecil. Pelajar genius didikan alam ini mengorbankan masa depan disekolah untuk menjaga adik-adiknya.

namun,di sini terbukti kayu ukur KEJAYAAN adalah bukan pada kejayaan di alam persekolahan semata-mata. Akademik bukan kayu ukur utama. LINTANG tetap berjaya dengan caranya sendiri,dalam hidupnya sebagai nelayan dan yang paling penting LINTANG berjaya mendidik anaknya menjadi lebih baik darinya.

kejar pelangimu sehingga ke hujung dunia..jangan pernah menyerah -Lintang

sungguh.filem ini banyak memberi erti yang baru dalam kamus nilai di dalam diri sendiri..
it's really teach me a lot.wassalam.

12.43 am
rumahku syurgaku


Laskar Pelangi - Nidji







Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's