Di satu konvensyen tindakan muslimat muda anjuran GAMIS bulan lalu,saya begitu terkesan dengan forum bersama YB mumtaz nawi yang membicarakan cabaran yang didepani oleh muslimat dalam dunia realiti..
konklusi yang terkesan dihati saya...
Kesibukan hidup hari ini adalah cerminan bagaimana kita akan menguruskan kesibukan hidup kita 5 tahun akan datang.Jika hari ini,kehidupan-akademik-pengurusan diri kita tidak kita urus dengan baik dengan ALASAN sibuk dengan gerak kerja Islam. Percaya lah..kita tidak akan jadi pengurus kehidupan yang baik di masa depan.yang pada masa itu,pastinya tanggungjawab yang digalas tentunya lebih berat dari sekarang. mana tidaknya..kini kita hanya mengurus diri sendiri. Masa akan datang?Kerjaya..keluarga..anak-anak?
Betul.Tidak mudah untuk mengurus hidup dengan baik. Mengurus perasaan,perjalanan rutin harian,mengurus rohani,mengatur kewangan,menjaga akademik,
menjalankan amanah. ini hanyalah sebahagian kecil dari apa yang kita perlu kuasai dalam menjalani kehidupan kini.
Lontaran yang menarik dr YB mumtaz,
kalau anda mahu jadi pemimpin yang hebat di masa depan. biasakan diri untuk MENCUCI TANDAS!
kalau anda mahukan anak yang soleh satu hari nanti..anda kena menjadi anak yang soleh sekarang!
kalau anda mahu jadi ibu bapa yang hebat,anda kena treat/layan ibu bapa anda sebaik mungkin dari sekarang!
saya mahu mengulas poin yang pertama,untuk jadi pemimpin yang baik. Biasakan diri mencuci tandas. nampak mudah,dan macam tiada kepentingan. tapi inilah yang perlu dibiasakan-melatih merendahkan ego diri sendiri dan bentuk kerja yang melatih diri kita utk sentiasa melihat ke bawah jika rezeki kita akan berada di atas suatu masa nanti..
saya masih jauh untuk merealisasikan ketiga-tiga input yang diperolehi ini,namun harapan besar saya.saya mahu melakukan yang terbaik HARI ini untuk menempah jalan hidup yang TERBAIK di masa depan.tidak banyak impian besar saya,cukup saya mahu terus-terusan diberi kekuata untuk berkerja di jalan ini dengan tulang 4 kerat saya dan menjadi anak yang TERBAIK untuk ibu bapa saya..paling terutama menjadi insan yang bermakna disisi ALLAH.