Menghabiskan Siri The Arrival sebanyak 50 episod ternyata sesuatu yang berbaloi. Hasil kerja anak muda
Achernahr dan
Noreagaaa dengan kerjasama Hashemfilm sememangnya satu hasil kerja yang "superb".
Adunan penceritaan sejarah dan analisis isu yang penuh dengan ajakan ke arah kesedaran membuatkan saya mampu bertahan sehingga episod ke 50. "MASTERPIECE" ini sudah tentu dihasilkan dengan kajian dan buah fikir yang cukup kritikal.
Mungkin ramai yang telah menonton siri dokumentari ini kerana telah diterbitkan pada tahun 2008 lagi, namun saya ingin mencoret beberapa intipati yang saya rasakan penting untuk diketahui bersama.
The ARRIVAL ini bermatlamat untuk menyedarkan kita tentang hal ehwal DAJAL. Anda pernah mendengar perkataan FREEMASON,ILUMINATI,NEW WORLD ORDER dsb? jika anda ingin mengenali lebih lanjut perkaitan mereka dengan DAJAL ; The ARRIVAL ini mesti anda hadamkan.
MENGUASAI DUNIA DENGAN MENGUASAI MINDA KITA!
Perhatikan TANDA-TANDA ini pada diri ANDA :
1) STARBUCKS,MC DONALD,KFC,PIZZA HUT merupakan pilihan makanan dan minuman anda. Anda merasakan dengan melanggani semua jenama ini kita memenuhi trend dan style zaman terkini dan ini adalah kemajuan industri makanan yang perlu kita raikan.
2) Pilihan MUZIK anda. Rihanna-Beyonce-Jayz-Black Eyed Peas-Madonna-Linkin Park.
Dan jika orang mengatakan semua muzik ini ialah muzik lagho dan hanya melalaikan. anda akan mengatakan "ISH..KOLOTNYA dan ALIMNYA..alaa..Muzik je pun"
Manakala lagu-lagu yang membawa kepada mengingati ALLAH dan zikir-zikir,selawat merupakan "the second choices" dan kuantitinya sangat sedikit di dalam laptop ataupun MP3 anda. Jauh sekali genre lagu ini terpilih menjadi Juara Carta Era mahupun Hot FM. Al Quran pula, dimana di hati anda?
3) Pemikiran anda tentang orang berpegang dengan agama ataupun sering di label "ORANG ALIM-ALIM" ; yang mengajak ke arah apa yang di suruh agama dan melarang apa yang ditegah agama bagaimana persepsi anda terhadap mereka?
-Kolot?
-Golongan pembangkang?
-tidak sesuai dengan zaman?
-tunggu la nanti sampai seru aku berubah lah..
-Ish..ustaz-ustaz memang mcm ni,semua tak boleh..suka hati kami la. Kubur masing-masing
Dan anda tidak merasa apa-apa yang salah jika tiada kehidupan beragama, Solat entah ke mana, Berpasangan tanpa nikah, jauh dari sunnah-sunnah Nabi, perasaan untuk berjihad di jalan Allah semakin luntur. Adakah anda pernah atau sedang berada dalam tahap ini?
Cukup 3 SIMPTOM ini ada di dalam diri kita, kita PERLU sedar. Ini bukanlah FITRAH diri kita yang sebenar. Yang diciptakan oleh ALLAH untuk menjadi hamba kepada ALLAH dan berada di jalan yang ALLAH tetapkan kepada kita. DIRI kita, MINDA kita, JIWA kita telah dikuasai oleh anasir selain sistem ISLAM. ini yang dimaksudkan dalam siri ini. Bagaimana sistem dajal ini menguasai dunia kini dan telah lama bertapak, malah semakin kukuh di dalam diri setiap umat ISLAM di dunia sekarang.
ELEMEN CINTA DUNIA (al wahan) yang disebut dalam hadith nabi itu menjadi matlamat golongan ini. Menjadikan DUNIA ini begitu indah dipandangan kita dan menjauhkan kita dari mengingati akhirat.
Episod 3 : Penguasaan Minda
KEHIDUPAN MASYARAKAT DAN PEMIMPIN YANG SEMAKIN KORUP
Dalam siri ini kita akan menyedari satu dunia mengalami satu persamaan pola tindakan dan kebiasaan : Berlumba menguasai sumber, meminta-minta penguasaan, mencintai korupsi dan benci kepada agama dan Tuhan. Kesemua elemen ini sudah jelas terpamer dalam pola kehidupan masyarakat sekeliling kita.
Pemilik negara pula sentiasa bercakap tentang perbezaan dan perkara-perkara yang memisahkan rakyat. Dalam aspek agama, kaum, dan jurang ekonomi. Sedangkan dalam masa yang sama mereka bersenang lenang pergi ke bank dan membolot semua kekayaan negara. Rakyat kelas sederhana dan kelas rendah juga yang "lemas" dalam isu-isu berkaitan perbezaan.
Diperkatakan juga mengenai HIPNOSIS MASSA : demi untuk mengekalkan kuasa-dan mengisi tembolok-tembolok mereka , mereka sedaya upaya mencegah masyarakat dari berfikiran KRITIKAL dan memiskinkan rakyat dengan maklumat yang dikawal. APA yang SEBENARnya berlaku dengan APA yang DIBERITAkan mempunyai jurang perbezaan yang sangat luas.
Saya percaya anda juga akan meyakini apa yang saya perolehi selepas menonton siri ini. Hampir 90% yang diperkatakan tentang REALITI KITA hari ini hampir tepat!
Ini adalah episod kegemaran saya daripada 50 siri :
Hujung tulisan saya, harapan saya pada diri yang juga selama ini juga kadang-kadang terleka dalam keindahan DUNIA yang dicipta mereka dan pada ANDA yang mungkin berada dalam keadaan yang sama.
"Bertindak sewajarnya untuk membebaskan MINDA dan DIRI anda daripada semua ini. Kembali kepada sistem yang menjamin kesejahteraan kita di dunia dan akhirat...Kembali kepada ISLAM sebagai cara HIDUP yang sebenar."
Pesanan Nabi SAW untuk mengelak fitnah dajjal ialah menghafal 10 Ayat pertama dan 10 Ayat terakhir surah Al Kahfi. Namun, tidak hairan lah jika KITA TIDAK TERSELAMAT (na'uzubillah min dzalik) dan merasa tempiasnya pengaruh dajjal ini dek kerana jauhnya kita dari AL QURAN ; apatah lagi surah Al Kahfi yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW. Jauh dari bibir kita, dari hati kita, dari pengamalan kita seharian...
memetik kata-kata Prof Hasan Hasbullah :
Ketika bangsa ini sedang berbalah tentang "menghalang amal jariah, menentang persiapan menjelang akhirat" nun di lingkaran geografi lain bangsa-bangsa lain sedang bersiap mencari jalan menempuhinya...
“Aku tinggalkan kamu dua perkara yang selama-lamanya kamu tidak akan sesat selagi mana kalian berpegang teguh kepadanya iaitu Al-Qur’an dan As-Sunnah”.
-hadith Rasulullah-
Sekian, WaAllahu'alam...
Tinta Saya,