i've got something from AK5124!

Posted by adzlyna86 On 01 October 2009 Comments
AK5124
29A 
21 : 25 PM 
16 Sept 2009  

Tahun ini saya berpeluang untuk berhariraya dikampung halaman. Dan ada sebab saya menulis tentang pengalaman balik saya berhari raya pada kali ini. i've got something different from AK5124.


Mencari-cari tempat duduk 25 A,ternyata ada jiran yang telah sedia ada duduk selang satu seatku. Seorang uncle chinese dalam lingkungan umur 40-an. Aku mengambil tempat dan menyelesakan diri untuk memulakan perjalanan flight selama 2 jam 30 minit menuju KK. Dalam hati kecil, mesti boring juga kali ni,dah lah balik seorang,takda kawan untuk menghilangkan mengantuk di mata.  


Ternyata anggapan aku meleset,ternyata jiran di sebelah,selang satu kerusi dari aku. Uncle ini mula menegur ku dan memulakan perbualan. Bermula la sesi taaruf. Dalam Bahasa Inggeris pula tu..huhu.aku pun mengikut rentak sumbang. Ber'speaking' English versi Manglish (melayu-english). Berhasil juga rasanya, sebab uncle masih rancak meneruskan cerita dalam bahasa Inggeris juga. Sekali-sekala memang ke laut juga la grammer aku.  


Seronok bercerita dengan uncle ini, jika sebelum ini masa 2 jam 30 minit di dalam flight di isi dengan : Separuh masa adalah untuk melelapkan mata. Suku masa membaca hingga terlelap. Suku masa buka laptop sampai bateri habis-ini rutin biasa di dalam flight. Berbeza kali ini, sungguh tidak terasa perjalanan ini.


Uncle ini berkerja sebagai engineer dan terlibat dalam projek-projek berkaitan pengangkutan dan yang sejenis dengannya. Sekitar perbualan kami adalah berkaitan pengangkutan di Malaysia dan beberapa hal-hal berbangkit lain. 


Saya ingin berkongsi beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh uncle sepanjang perbualan kami; 


1) Mengapa sistem pengangkutan di Malaysia tidak mesra pengguna? dari aspek pengguna perlu turun naik berulang kali untuk bertukar-tukar tren jika hendak ke destinasi berbeza. dari LRT PUTRA-LRT STAR-MONOREL-KTM..mengapa tidak disatukan sahaja kesemua dalam satu terminal. Walau berbeza aliran. Namun duduknya di satu tempat. Negara lain mampu membuat sistem pengangkutan yang sistematik seperti ini. Mengapa tidak di negara kita?


2) Dari segi usaha kerajaan membebankan beban rakyat, Uncle memberi contoh pelaksanaan di Beijing. Ya memang tol ada di kenakan di Beijing sama seperti Malaysia. Namun,Kerajaan Beijing berusaha menjaga kenaikan tambang kenderaan awam di sana. Tambang semurah 50 sen ada di sana. Bandingkan dengan negara kita yang terchenta..?Tindak balas berantai yang berlaku :  Minyak Naik > Tol tidak turun-turun harganya > Tambang Kenderaan awam pun naik !  


3) "Adik saya ialah seorang graduan kedoktoran yang sangat rajin belajar dan always be the top student in University. Dia tidak mendapat apa2 biasiswa sepanjang pengajian. Yang mengecewakan, rakan-rakan yang mendapat biasiswa bersuka ria dan menggunakan duit biasiswa untuk kepentingan diri sahaja". Mengapa terjadi begini,rakyat yang dapat biasiswa adalah gol.yang tidak bersungguh-sungguh belajar? Seharusnya pengagihan biasiswa ialah kepada siapa yang layak,bukan sepenuhnya mengikut komposisi kaum..dan kita seharusnya lebih menghargai apa yang kita perolehi.


4) Seringkali setiap kali membuat kesimpulan dalam semua isu,akhir ayat uncle ialah "this is because of the bad leadership". Berkali-kali uncle menegaskan tagline ini ~ bad leadership. Fikir-fikirkan, sungguh Tak tumbuh tak melata, tak sungguh UNCLE tak kata.


Saya meyakini intipati hadis Nabi, "Hikmah itu barang yang hilang bagi setiap orang yang beriman, barang siapa yang menjumpainya maka dia berhak ke atasnya". Di mana-mana kita boleh mendapati hikmah yang amat berguna. Dan saya berterima kasih kepada 'uncle' ini kerana perkongsian bernilai ini. 


Setiap saat dalam kehidupan kita ada nilainya...setiap insan disekeliling kita juga ada gunanya...cuma tinggal kita sahaja untuk menghargainya dan memanfaatkannya sebaik mungkin. 


WaAllahua'lam.
READ MORE

Seronok Menjadi Mahasiswa!

Posted by adzlyna86 On 13 September 2009 Comments
Buat kali pertama saya menghadiri penuh sebuah konvensyen mahasiswa. Dari awal ke habis duduk setia mendengar lontaran2 idea & curahan ilmu dari para panel dan pembentang. KONVENSYEN TRANSFORMASI MALAYSIA anjuran SMM memberikan saya ruang dan cabaran untuk lebih matang dalam berfikir. Seronok minda apabila mendengar lontaran-lontaran idea panel dan hadirin. Mahasiswa kini masih ada bisanya, mungkin belum dimanfaatkan sepenuhnya. Saya mendengar Idea Transformasi Malaysia ini semasa ia masih mentah lagi. Belum diproses. Dan kini ianya telah menjadi gagasan deklarasi mahasiswa yang dibahaskan sepanjang konvensyen kali ini. 

Saya bukanlah pelontar atau jurucakap yang hebat. Pentas bukanlah medan saya. Tidak banyak yang dapat dilontar cuma mencoret-coret di atas kertas dan sembang2 dengan rakan sebelah. Kelebihan saya bukan di situ.

Saya bersetuju dengan kenyataan salah seorang pembahas. Mutu perbahasan mahasiswa kali ini masih ditahap yang belum memuaskan. Tidak ramai yang mampu menghayati tuntutan untuk mahasiswa jadi lebih bertaring dimedan ialah dengan menjadi 'gila'. Chegu Bard dan Prof Mohammad Abu Bakar ; dua orang tokoh yang melontarkan idea ini. Nak jadi hebat, kena bertindak secara 'gila'. Gila di sini bermaksud melampaui kebiasaan dan bertindak diluar batasan yang kita rasakan ada membendung kita. Disini letaknya nilai "KEMAHASISWAAN" yang sebenarnya. 

Dan kegilaan ini seharusnya dipandu oleh intelek dan daya fikir mahasiswa yang matang dalam menganalisis segala permasalahan yang mendatang. Jika membaca belum tersenarai sebagai hobi anda, jangan bicara soal merealisasikan transformasi ini.

saya positif apabila melihat kesungguhan para aktivis mahasiswa membahaskan sesuatu demi kepentingan masyarakat dan rakyat. Zaman mahasiswa sangat singkat. Dan zaman mahasiswa ini amat bermakna dan seronok apabila kita mampu memberi sesuatu kepada masyarakat hatta dalam sumbangan yang dirasakan kecil seperti memberi salam kepada orang dijalanan. 

Saya menerima orang yang banyak idea dan kadang-kadang kelihatan retorik dalam melontarkan idea. Saya juga menghargai orang yang tidak banyak cakap tapi kerjanya tip-top.

Saya merasakan nikmat apabila mampu sedikit sebanyak memikirkan dan mengambil tahu tentang hal ehwal negara dan sekeliling. Jika anda belum merasainya,jangan membazir masa. Jom fikir tentang ummah. 

-Bicara Pasca TRANS 09-
11.30 mlm.Rumahku Syurgaku
READ MORE

Bukan Mudah Mengurus Manusia

Posted by adzlyna86 On 12 August 2009 Comments


Jika kita bertemu dengan 100 manusia,kita akan berjumpa dengan 100 wajah. Jika kita berurusan dengan 100 manusia kita akan masak dengan 1001 sikap manusia yang masing-masing berbeza. Dan jika kita hidup dengan cukup 10 orang manusia,kita akan masak dengan infiniti koleksi karenah-sikap-pemikiran manusia yang akan mengajar kita erti hidup sebenar. Jika kita tahu untuk memanfaatkannya.

Terbaca sebuah buku : PEOPLE POWER ; Reading People for Result. Ada beberapa poin yang perlu kita fahami dalam kita memahami nilai manusia. Antaranya ; PERTAMA-kita tahu bahawa tidak semestinya semua orang berpegang kepada satu nilai yang sama,namun kita masih melayan dan menganggap orang lain adalah berpegang kepada nilai yang sama seperti kita. KEDUA-Kita menganggap dunia ini dipenuhi oleh orang seperti kita. KETIGA –Apabila berkerja dengan orang lain, kita akan sedar nilai akan dipengaruhi oleh dua kuasa besar. Iaitu logik dan emosi. Apabila logik menjadi dasar-penjelasan bersebab dan penerangan akan menjadi kuasa perubahan yang besar. Namun,apabila emosi menjadi dasar, desakan perubahan berhasil melalui saluran perasaan contohnya kemarahan,kekecewaan.

Beberapa prinsip yang perlu kita amalkan ;
1) The most successful among us to get in touch,learn to understand their motivators,and seek to read,understand and accept others
2) Compatibility is not an accident. It takes work an understanding of people, a willingness to adjust the needs and behavioral styles to others. If you want to take the time and make the effort, the benefit are astounding!

Dalam Islam sendiri telah lama mengajar kita seni berhubung dan berurusan dengan manusia. Antara yang terbaik ialah di atas prinsip “SETINGGI-TINGGI TAHAP UKHWAH IALAH MEMENTINGKAN SAHABAT LEBIH DARI DIRI SENDIRI DAN SERENDAH-RENDAH TAHAP UKHWAH IALAH BERLAPANG DADA”. Benda ada didepan mata,namun cukup susah untuk direalitikan.

Konklusi ringkasnya,saya berpegang kepada satu prinsip. Treat Others WELL,then You will get the BEST. Walaupun kadang-kadang realitinya tidak berlaku begitu,layanan dibalas dengan ketidakpedulian. Tapi disini letaknya aplikasi prinsip "hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya". HAVE FUN WITH OTHERS.
READ MORE

Titipan KHAS buat YB MPMUM!

Posted by adzlyna86 On 08 August 2009 Comments
Menggalas sebuah amanah kepimpinan tertinggi diperingkat mahasiswa bukannya mudah. Apatah lagi jika amanah ini disambung dari kesinambungan kepimpinan yang agak kurang berkesan sebelum ini. Memang senang orang bercakap,MPMUM tak buat kerja,MPMUM dok senang je duduk sekreteriat,bla..bla..etc.Bercakap itu mudah,modalnya air liur. Yang membuat kerja memerlukan lebih dari mengeluarkan air liur untuk bercakap.

Saya tidak mengatakan MPMUM kali ini THE PERFECT ONE,jauh sekali. Cuma saya mengagumi sahabat-sahabat yang berada di MPMUM yang dahulunya saya kenali sebagai orang biasa sahaja...kini saya melihat perubahan yang ketara dalam diri mereka. Kepimpinan & Kesungguhan mereka menunaikan amanah yang diberi.Maryam..Fadzil..Aizat..
Zila..Hafiz..Fitrah sekadar menyebut beberapa nama.

Bermula dengan tarikh PRK yang dilambatkan,setahun menunggu piliharaya di adakan. dan penantian itu sungguh berbaloi apabila laungan TAKBIR buat pertama kalinya bergema di DTC,UM setelah 5 tahun kontang dari jeritan bermakna itu!


sungguh,YB-YB ini tidak mengharapkan kemewahan mahupun kesenangan pun. Dengan keadaan kebanyakan mereka tidak diberi kemudahan untuk menetap dikolej kediaman hatta Exco Kolej Kediaman dan luar kampus :Fadzil Jamal pun tidak dapat menetap dikolej. Dan mereka jauh sekali dihamparkan dengan pelbagai kemudahan seperti yang dinikmati oleh mpmum (baca:mpmum aspirasi a.k.a gerak) sebelum ini.

Walaupun mungkin bermula agak lambat dan ada kelemahan di sana-sini. Namun,saya tetap menghargai usaha perubahan yang dilakukan oleh pihak MPMUM (baca:Pro-m) pada kali ini.

Ziarah Luar Kampus siri 1
Jika sebelum ini,saya selaku penduduk luar kampus,belum pernah merasa ziarah yang dilakukan mpmum (baca:aspirasi a.k.a gerak) sebelum ini. namun,permulaan semester ini MPMUM 08/09 telah pun berinsiatif untuk turun ke penginapan luar kampus di Vista Kerinchi,Flat PKNS,Perumahan Pantai Permai,Blok Angkasa,Kondo Rakyat dan sekitar PJ.
dengan berbekalkan sedikit cenderahati dari HEP disertakan dengan seplastik gula yang ditaja hasil kutipan duit YB-YB MPMUM PRO-M sendiri. Ziarah yang singkat ini dirasakan cukup bermakna. Matlamatnya cuma ; menunaikan hak pelajar luar kampus yang selama ini kurang dipeduli dan mengumpul permasalahan yang dihadapi oleh mereka.

Fadzil Jamal tekun mendengar aduan mahasiswa luar kampus


FESKUM 2009
saya terlibat secara tidak langsung dengan FESKUM kali ini, membantu apa yang patut dan
menolong apa yang perlu. Namun, warga FESKUM yang diketuai oleh Saudara Syazwan amat bersemangat untuk memastikan FESKUM kali ini membawa satu PERUBAHAN yang dinanti-nantikan semua.

Sinar perubahan itu mula terserlah sinarnya, apabila Yang Amat Mulia Raja Nazrin sendiri yang mencemar duli turun ke majlis perasmian FESKUM membisikkan kepada NC ~"This is the best FESKUM ever!"

mungkin cukup ringkas,tapi memberikan kredit cukup besar kepada Jawatankuasa Pelaksana FESKUM pada kali ini.

TITIPAN SEMANGAT BUAT SEMUA SAHABAT-SAHABAT MPMUM

Perjuangan ini bukan mudah, masing-masing pasti akan bertemu rencah ujian tersendiri namun saya suka berkongsi kata-kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat : Letakkan dunia di bawah dagu, akhirat di depan mata. Sesungguhnya yang utama sekali ialah kemanisan iman dan kecintaan pada perjuangan Islam,yang Allah telah campakkan dalam hati kita dan kesenangan dunia bukanlah apa-apa.

memetik kata-kata lain pula..
Leaders aren't born they are made. And they are made just like anything else, through hard work. And that's the price we'll have to pay to achieve that goal, or any goal ~vince lombardi

Hanya ini yang mampu saya titipkan buat kalian..Sekian Wassalam!
READ MORE

ISA : akta zalim tiada kompromi

Posted by adzlyna86 On 02 August 2009 Comments
saya merasa begitu jengkel mendengar propaganda media yang mewaja
hkan demo ISA baru-baru ini dengan perhimpunan memusnahkan harta benda negara (1) tidak cukup dengan itu, alasan lapuk yang masih digunakan ~ menyusahkan rakyat (2).

Berbanding dengan AUKU, ISA merupakan akta zalim yang telah lama dibantah oleh rakyat. Berderet forum,perbincangan,memorandum,kempen telahpun dianjurkan untuk mendesak akta ini dimansuhkan. Dan kemuncaknya ialah Demo ISA-1 Ogos 2009.

Jika BERSIH tahun lalu,Bandaraya KL berwarna kuning...kali ini,dilimpahi oleh lautan manusia berwarna merah. Dan kali ini pihak berkuasa lebih bersedia. Bersedia untuk melepaskan tembakan wator canon berkali-kali tanpa kasihan belas, membuang gas pemedih mata tidak mengira tempat.

"Pertarungan yang kita lihat, bukanlah suatu yang baru,
Ia adalah pelampauan, tetapi dengan nama-nama yang baru.
Pertarungan di antara beberapa kumpulan yang saling bercakaran,
Tetapi apabila untuk menentang agama, mereka bersatu"
-Islam Tidak Tertegak Dengan Kata

saya bersetuju forum dan debat terbuka tentang ISA di adakan. Saya sangat bersetuju.
Panel : 1)kalangan menteri atau lebih aula NAJIB sendiri 2)Mangsa ISA : saari sungib/Teresa Kok/ 3)Ahli akademik/Ahli hak asasi manusia/Mufti

satu kisah terdekat dengan kita,tahun lalu 2008. Kisah yang cukup menyayat hati akibat kezaliman ISA : 7 tahun dalam ISA, Shahrial sedih menatap wajah anak yang sudah tidak bernyawa.

Jika benar mereka ini berbahaya untuk keselamatan negara, dan mudarat cukup besar ISLAM tidak pernah menggariskan penghukuman tanpa bicara dan penyeksaan semasa tahanan. Kepada yang masih merasakan ISA releven dan perlu diteruskan.Sila FIKIR-FIKIRkan jika anda yang berada dalam lokap hanyir kamunting!

READ MORE

BAJU dan TUDUNG baru!

Posted by adzlyna86 On Comments
Blog ini telah lama dipendam. Mencari masa dan ruang untuk bermula semula. Jika dulu, sememangnya merasakan tidak begitu penting ruang maya ini. Hanya sekadar tempat mencoret dan mem'posting' apa yang sempat. Apabila masa berlalu, terlalu banyak persepsi-pandangan-cetusan yang hanya terbuku diminda. Tambahan dihambat komitmen dan kerja buat yang tidak putus-putus...Blog hanya tinggal tapak. Tidak berisi.

Dan kali ini nekad juga untuk sama-sama berpencak dimedan maya ini. Medan dakwah yang perlukan partisipasi ahli gerakan untuk berpencak mendepani massa.

Justeru, Blog ini di berikan BAJU dan TUDUNG baru.

http://adzlyna86.blogspot.com
think wider-Do what you can, with what you have, where you are~Theodore Roosevelt

saya bukanlah tukang blog yang hebat. Namun saya akan cuba yang terbaik yang semampunya untuk terus mencanai minda mencetus idea...
READ MORE

Tribute to SMAKKIAN 99-03

Posted by adzlyna86 On 29 April 2009 Comments
Mengingat kembali genap 5 tahun telah meninggalkan bumi SMAKK (sek.men.keb.agama KK) di mana perjalanan hidup sebagai remaja,pelajar bermula disitu. Anak Jati Smakk keluaran tahun 1999-2003. Kini,aku pun tidak pasti apa perkabaran bumi Smakk yang menghijau di atas bukit itu..

Belum pernah lagi di adakan gathering alumni smakk (bakal di adakan ; Oktober 2009) besar-besaran yang mengumpulkan produk-produk kelahiran sekolah menengah keb.agama kota kinabalu ini. Bagaimana agaknya hasilnya? Sudah pasti 'berwarna-warni' dan 'beraneka jenis' hasilnya.

Kerisauan yang tumbuh sejak dulu lagi,semakin bertambah masa demi masa..apabila melihat bagaimana hal ehwal kawan-kawan seperjuangan di smakk dulu. Komuniti Friendster dan Facebook menjadi penghubung utama melihat khabar kawan-kawan yang berselerak satu Malaysia.

Saya menulis di sini bukanlah di atas rasa yang paling baik. Menulis untuk meluahkan sesuatu yang terpendam dan memberitahu semua.

Saya cukup tersentak bila melihat seorang demi seorang puteri smakk merangkap kawan sesekolah AGAMA dahulu telah tiada tudung dikepalanya. Ada yang kejap ada,kejap hilang. Belum lagi mengira gambar-gambar berpasangan bak 'pengantin yang sudah kahwin'...

Tidak tahu bagaimana mahu melafazkan dengan kata-kata...yang terlafaz cuma bait-bait sajak yang serba-serbi ini..



Pesanan Buat Diri Sendiri & Teman-teman Tersayang...

Smakk mencipta seribu satu kenangan terindah kita bersama,
Pahit-Manis-Suka-Duka Semuanya ada,
Masih ingatkah kalian dengan ustaz shahrunnizam?
Yang dari jauh bunyi honnya telah ditakuti..
Masih Ingatkah kalian dengan guru-guru disiplin kita?
yang sering mendenda kita..
Jika Tidak Berstokin
Jika Kedapatan Escape Surau
Jika Kedapatan Merokok
Jika Tangan Baju Kurung berlipat-lipat
Sungguh semua ini mengajar kita...
MASIHKAH KALIAN INGAT?

Surau SMAKK yang kini telah bertukar wajah
Dulunya..di situ gedung ilmu kita
Ustaz Afif
Ustaz Fauzi
Ustaz Hilmi
Ustaz Fadzili
Ustazah Andi
Ustaz Hafizi
dan ramai lagi..
Pendidik kita mencurahkan ilmu tanpa jemu
Demi memberi bekalan buat kita
Untuk menjadi Muslim Yang Baik di masa depan...

KINI,
di manakah kita berada?
Di Universiti..
Di Kolej...
Sudah Berkahwin..
Di mana-mana jua pun..
Masih ingatkah kita dengan SEMUA ITU?

Sungguh..
masa
zaman
merubah kita dengan izin Allah

Namun kita sama-sama
beringat..
Kehidupan di dunia sementara
Yang Luas dan kekal cuma di akhirat...

Dunia bukan diciptakan untuk hidup bersuka ria
sekadar belajar-berkerja-berkahwin...
Namun,Dunia ini adalah ladang akhirat...
Tempat kita membuktikan bahawa
Kita Hidup sebagai Muslim yang sebenar
yang berusaha mengikut segala perintah Allah
Menjauhi larangannya..
Sungguh masa kita tidak lama di dunia ini...

Entah,Saat ini..
Detik ini..Masa ini..
Nafas Kita bakal berhenti!

adanya kita kini..
dengan masa yang masih berbaki..
gunakan ia untuk memperbaiki..
Allah tidak pernah melupakan kita walau sesaat..
Hanya Allah sebaik-baik tempat kita kembali
dan memohon segalanya..
Moga hidup kita berakhir dengan iman
kepada Allah dan sebaik-baik penghabisan..Amiiin..
"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”-An Nahl : 96
tribute to all smakkian 99-03 ;
Nana,reny,amyzah,nad,ckyn,a-an,juana,faye,patiyah,mila,azwilah,ferrawana, alyt,nisa,rani,masnani,nonong,farihah,fahmi,sulamin,xibo,rizal,kerol,pejul, hisham,hafiz,ari,fendi,beckham and others..nda larat mau tulis semua.. =)

READ MORE

Filem Bohsia : FILEM kita WAJAH kita?

Posted by adzlyna86 On 26 April 2009 Comments
“Bohsia adalah cerita remaja. Jangan lihat pada judulnya tetapi pada keseluruhan cerita filem ini. Kalau kita melihat dari sudut negatif, memanglah semuanya dianggap negatif saja. Ia paparkan apa isu yang ada sekarang. Ia realiti yang berlaku sekarang”-Shamsul Yusof

Saya tidak melihat genre filem sebegini masih releven untuk ditayangkan di kala kita masih tercari-cari solusi terbaik untuk mengubati gejala sosial remaja yang semakin tenat hari ini. 3 tahun kebelakangan ini sudah terlalu banyak filem rosak akhlak yang telah ditayangkan dengan hasil kutipan yang dibangga-banggakan pembuat filem yang mencapai juta-juta. Dari filem KL Menjerit 1,remp-it, anak halal,KL-Drift,Castello,Haru-Biru,Impak Maksima,dan KAMI the movie semua ini dikatakan salah satu cara membanteras gejala sosial melalui filem. Dan ternyata masih GAGAL.

MENGAPA MASIH GAGAL?
Sudah terang tidak perlu bersuluh,membuat filem genre rosak akhlak untuk mengajar masyarakat untuk menjadi baik adalah tidak berkesan. Begin with the end in mind. Pepatah ini sangat bertepatan apabila membicarakan tentang matlamat sebuah filem diterbitkan. Jika filem-filem ini diniatkan dan bermatlamat tulus semata-mata untuk mengajar masyarakat tentang nilai dan norma yang baik sudah pasti ianya tidak akan gagal. Saya tidak melihat mana-mana lagi filem yang jujur. Dalam setiap filem genre rosak akhlak pastinya ada unsur-unsur pelaris yang sangat menjejaskan niat sebenar sesebuah filem. Adegan LUCAH, PANAS,REMPIT,MENCARUT diadun sama untuk menjadikan filem ini terhangat dipasaran. Di sini titik tolak saya melihat bahawa tiada lagi filem yang jujur yang berjaya dihasilkan pembuat filem di Malaysia. Nilai komersial dan materialisme masih menjadi kepentingan utama penerbit filem! Jika begini,sampai bila akan berjaya?

FILEM KITA WAJAH KITA
Bila lagi kita mahu menonjolkan wajah BAIK masyarakat kita yang boleh diteladani dan mampu mengajar masyarakat? Sedarkah kita bahawa disebalik kebobrokan akhlak dan kecelaruan sahsiah remaja kini, masih ada nilai-nilai baik yang cukup kuat yang perlu diwajahkan dalam filem buat tatapan masyarakat yang barangkali sudah lupa sebenarnya kita masih memiliki nilai baik ini. Nilai-nilai budaya yang baik masih ada dalam masyarakat kini antaranya masih ada lagi remaja yang berhempas pulas belajar dalam keadaan diri serba kedhoifan dan akhirnya cemerlang juga seperti adik nurmadihah. Masih ada lagi kisah keluarga yang amat susah kehidupannya namun keadaan keluarga masih bahagia dan anak-anaknya berjaya. Masih ada lagi sudut kehidupan di kampus yang mana mahasiswa kampus berjaya dan bersahsiah baik bukannya seperti kehidupan kampus yang digambarkan dalam Drama Dunia Baru serta masih ada lagi kisah guru yang betul-betul ikhlas berkorban untuk mendidik anak-bangsa kini. Semua ini nilai-nilai baik yang saya fikirkan perlu untuk ditonjolkan dan dijadikan core values dalam sesebuah filem di Malaysia kini!

Para pembuat filem Malaysia mungkin perlu berguru dengan Majid Majidi :Children From Heaven atau Riri Reza : Laskar Pelangi ataupun berguru dengan pembuat drama One Litre Of Tears (Japan Drama). Sekadar menyebut beberapa filem dan drama luar yang betul-betul mampu mengajar nilai yang baik kepada masyarakat. Walaupun tanpa ada elemen pelaris filem yang tidak sepatutnya, filem ini juga mampu memecah panggung. Menjadi fenomena.

ZAMAN PENCERAHAN INDUSTRI FILEM HARUS BERMULA!
Memetik teori pembelajaran sosial daripada Albert Bandura. Apabila eksperimen Bobo Doll di lakukan kepada kanak-kanak. Ternyata kanak-kanak yang melihat secara langsung apa jua bentuk tingkah laku di depan mata atau ditelevisyen lebih cepat meniru dan terpengaruh. Teori ini juga menyatakan Individu dalam proses interaksi sentiasa bergerak balas kepada rangsangan alam sekitarnya dan saling membuat pentafsiran tertentu serta menukarkan persepsinya kepada suatu tingkahlaku.

Jadi untuk apa perlu menambahkan lagi kecelaruan sahsiah remaja yang sememangnya sudah terpengaruh dengan budaya negatif? Adalah tidak releven lagi untuk memasakkan lagi otak dan minda mereka dengan budaya-budaya negatif melalui filem.

Sudah tiba masanya bermulanya zaman pencerahan industri perfileman. Ianya perlu dimulakan dengan mewajahkan nilai yang baik melalui filem kita. Masyarakat,remaja kini perlu ditunjukkan secara jelas tentang "what should we be" dalam acuan agama dan budaya yang sebenarnya!

10.10 am
rumahku syurgaku
READ MORE

it's really TEACH ME a LOT : Laskar Pelangi

Posted by adzlyna86 On 19 April 2009 Comments
Di saat mood sendiri berperang dalam tuntutan menghadap nota dan buku. Sempat juga aku mencuri masa untuk menonton filem laskar pelangi selama sejam lebih. Hasil promosi tini yang bersungguh-sungguh menyatakan dan mempromosi "kak..tengokla kak ; laskar pelangi,best kami tengok kemarin..kalau sedih sedih betul.kalau lucu lucu betul..".Thanks tini.Memang Berbaloi. ada dua filem yang memang teringin mau tengok sebenarnya : laskar pelangi dan slumdog millionaire,dan kini ; satu dah tertunai.

Filem Kita Wajah Kita
saya tidak tahu bila lagi aktivis-aktivis filem malaysia mampu menghasilkan filem SEBEGINI :
"sebegini" yang saya maksudkan ialah :
1)fokus kepada pendidikan nilai dan akhlak
2)mempunyai jalan penceritaan yang tulus ; tidak bercampur baur dengan sebarang elemen pelaris filem seperti adegan rempit-pergaulan bebas-aksi panas dll
3)bersifat moral-oreinted dan bukan popularist/material-oreinted
4)melambangkan nilai dan moral yang BAIK dalam FILEM kerana melalui filem lah salah satu medium paling sesuai untuk mendidik masyarakat. Orang lebih ingat apa yang ditengok dan lebih mudah untuk dicontohi.

saya percaya filem kita adalah wajah kita. Kebanyakan filem terkini yang dihasilkan memang melambangkan wajah KITA. Rempit-Anak Halal-Gubra-Mualaf-Sepi-Diva Popular-Anak Mami, sekadar menyebut beberapa filem. Celaru memang celaru. Melalui filem,kita dapat melihat budaya-budaya dan dogma-dogma negatif dalam masyarakat ditonjolkan atas alasan meng'ajar' masyarakat.

Bila lagi mahu menampilkan wajah baik kita di dalam filem? Antara filem yang saya impikan untuk difilemkan ~ kisah nurmadihah yang dapat 20A walaupun hidup susah, filem tentang kehidupan mahasiswa yang bergelumang dengan aktiviti dakwah dan berjaya menjadi seseorang (boleh compete dengan filem 'Dunia Baru' cerita tentang kehidupan kampus yang ntah apa-apa).
Jika mahu memenuhi minat filem cintan-cintun pula ; barangkali filem ayat-ayat cinta versi malaysia? wah,impian yang mungkin mustahil sekarang,tapi saya berharapan besar filem genre sebegini mampu dihasilkan. Menggambarkan wajah BAIK kita. Filem kita wajah kita.

Kata-Kata Penuh Makna ~ Laskar pelangi
Kagum dengan pembentukan skrip yang berfokus dan ada NILAI jelas yang mahu ditonjolkan.
contohnya:

dalam babak pelajar 10 orang itu mahu pergi berjumpa dukun meminta pertolongan ; dengan pantas sahara berkata : "apa kamu tidak ingat pelajaran akidah yang kita belajar setiap hari selasa?aku tidak mahu pergi.ini SYIRIK."

Pak Harfan juga menyatakan ini apabila ditanya tentang apa pentingnya sekolahnya untuk dipertahankan ;
"sekolah ini adalah sekolah di mana pendidikan agama pendidikan budi pekerti bukan sekadar kurikulum. Kecerdasan bukan dilihat sekadar nilai-nilai dan angka. tetapi dari hati.."

dan tagline utama dalam filem ini ialah kata pak harfan "hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya"

LINTANG - his spirit never dies
di saat semua berduka dan terumbang ambing selepas kematian pak harfan. Dia yang begitu bersemangat untuk membangkitkan semangat kawan-kawannya sampai dia yang menjadi guru sementara menggantikan bu mus.

setiap hari ke sekolah dia berbasikal dari rumah yang jauh dan akan berdepan dengan buaya yang tinggal dilubuk. sehingga di waktu-waktu akhir menghadapi pertandingan kuiz pun yang menghalangnya adalah buaya itu, namun dia memang tidak kenal perkataan PUTUS ASA.

part yang membuatkan airmata menitis jua,adalah saat-saat di mana lintang meninggalkan sekolah kerana bapanya yang telah meninggal dan dia terpaksa menanggung beban menjaga dan menjaga 3 lagi adiknya yang masih kecil. Pelajar genius didikan alam ini mengorbankan masa depan disekolah untuk menjaga adik-adiknya.

namun,di sini terbukti kayu ukur KEJAYAAN adalah bukan pada kejayaan di alam persekolahan semata-mata. Akademik bukan kayu ukur utama. LINTANG tetap berjaya dengan caranya sendiri,dalam hidupnya sebagai nelayan dan yang paling penting LINTANG berjaya mendidik anaknya menjadi lebih baik darinya.

kejar pelangimu sehingga ke hujung dunia..jangan pernah menyerah -Lintang

sungguh.filem ini banyak memberi erti yang baru dalam kamus nilai di dalam diri sendiri..
it's really teach me a lot.wassalam.

12.43 am
rumahku syurgaku


Laskar Pelangi - Nidji







READ MORE

Suntikan Semangat !

Posted by adzlyna86 On 05 April 2009 Comments
STEP BY STEP AZLINAH!

When my existence seems to dissapear,
I will look the PLACE where I can do my best ,
I can
From now on i'll deliberate slowly...
i Won't be impatient
i Won't be greedy
i Won't give up
Becoz Everyone takes thing Step By Step...
(Aya : One Litre Of Tears)
READ MORE
Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's