"Ok. Bertenang, Mencontohi Utusan? Tang mana nak contohi tu? "
"ok, nak habaq la ni. Sabaq sikit."
Satu trend yang dimulakan oleh Utusan Me-layu, Berita Hairan, malah RTM kini diikuti secara pantas oleh stesyen radio swasta yang lain malah akhbar Harian Metro. Me'lokal'kan produk masing-masing mengikut selera tempatan.
Saya bukan belajar tentang bisnes mahupun pemasaran, tapi minat untuk mengetahui bagaimana strategi pemasaran yang baik. Orang bisnes berfikir macamana mahu memasarkan produk dengan jayanya. Justeru, orang yang punyai kefahaman dakwah dan mahu mengajak orang ke arah 'produk'nya juga perlu memahami sedikit sebanyak tentang pemasaran. Perlu lebih berusaha barangkali, kerana dia yakin produknya 'mahal' dan sangat bernilai.
|
Kawan saya tak puas hati sebab ada tangan gorila. sebab apa letak gorila? |
|
ERA.FM versi KOTA KINABALU |
|
Saya suka taglinenya "MALATUP BAH!" |
Apakah persamaan semua 'produk' ini? SEMUANYA VERSI SABAH.
apa dia : NICHE MARKETING?
Lebih berminat mengetahui strategi pemasaran, google dan jumpa poin menarik yang mahu dikongsi tentang
niche-marketing. Walaupun belajar tak habis. Apa yang difahami sedikit mahu dikongsi, yang kurang bolehlah ditambah. Apa dia
niche-marketing? (wikipedia) : the market niche defines the specific product features aimed at satisfying specific market needs, as well as the price range, production quality and the demographics that is intended to impact. Ringkasnya, produk yang dihasilkan untuk memenuhi kehendak pasaran. Dari segi harga, kualiti produk dan demografi.
Tiga peraturan asas "niche-marketing" :
1. Meet their unique needs : apa yang ditawarkan memenuhi kehendak sasaran. Apa yang penting adalah mengenalpasti apa selera dan kemahuan mereka.
2. Say the right thing : Apabila mendekati pasaran baru. Kita perlu bercakap dengan 'bahasa' yang difahami oleh mereka. Bersedia untuk berinteraksi dengan sasaran sebagai 'ahli sedia ada' bukan sebagai orang luar.
3. Always test-market : Analisis perbandingan perlu dibuat dengan pesaing. Perlunya membuat muhasabah terhadap strategi pesaing. Apa yang mereka gunakan? apa yang berkesan buat mereka? Bagaimana cara mereka? Analisis juga diperlukan untuk menilai kebolehterimaan orang terhadap produk kita.
Menarik bukan strategi pemasaran ini, mungkin teorinya sudah lama kita genggam cuma belum cukup dihadam. Utusan, Bhairan, Suria.FM, ERA, METRO mungkin telah mempertimbangkan 'niche-marketing' sebelum membuat keputusan melahirkan 'versi sabah'.
DAKWAH,POLITIK dan Niche Marketing
Dakwah kerjanya menyeru orang ke arah kebaikan. Politik kerjanya membentuk persepsi orang. Tarbiyah juga membina jiwa orang. Kesemuanya menjadikan ORANG sebagai subjek utama. Justeru, saya merasakan strategi niche-marketing sangat releven untuk diaplikasikan. Dakwah kita perlu ada versi SABAH. Politik kita juga perlu berwajah SABAH. Bahkan TARBIYAH kita ngam dengan 'waqie' (keadaan semasa) negeri Sabah. Barulah malatup!
Kita bersungguh-sungguh untuk diterima. Untuk diterima, perlu memenuhi kehendak, bertindak dengan 'bahasa' yang betul, dan perlu tepat membuat jangkaan kehadapan.
Mereka (baca : utusan, bhairan, suriaFM, eraFM, Metro) bersungguh-sungguh menjenamakan produk mereka dalam versi SABAH untuk lebih dekat dan diterima. Bagaimana dengan yang lain? Harakahdaily versi Sabah mungkin? One Fine Day, InsyaALLAH.
Tinta Saya,