Polis tidak lagi menjadi HERO dimata rakyat

Posted by adzlyna86 On 03 May 2010 Comments (2)

APAKAH PERSAMAAN KEPADA 4 NAMA DI ATAS?

Persamaannya mereka pernah 'berjumpa' dengan polis. Akhir perjumpaan mereka dengan polis, 3 daripadanya berakhir dengan kematian, seorang sahaja yang bernasib baik masih hidup walaupun telah mengalami 5 tembakan.

Tersenyum sendiri, apabila membaca kenyataan ketua polis negara yang menyatakan beliau akan memberhentikan khidmat polis menjaga keselamatan jika rakyat masih menyalahkan polis berkaitan isu Aminurrashid. Tidakkah beliau memikirkan kerisauan rakyat ada asasnya?

FAHAMI KEBIMBANGAN RAKYAT
Pada tahun ini sahaja, cukup gerun apabila membaca surat khabar, setiap hari ada saja pelbagai versi jenayah berlaku. Kalau dulu, kita merasakan mustahil jenayah tersebut berlaku di Malaysia. Tapi kini segalanya mungkin. Tembak jarak dekat. Bunuh orang kerat tiga masuk tong sampah. Buang bayi dan bakar. Bunuh perempuan mengandung lepas tu dipijak perut pula. 

Membaca surat khabar saja meletakkan diri dalam tidak selamat dan tidak aman. Apatah lagi apabila keluar dari rumah. Macam-macam gambaran kejadian yang dibayangkan boleh terjadi. Rakyat sudah cukup bimbang dengan jenayah setiap hari yang berlaku di depan mata. Polis menjadi harapan terakhir rakyat untuk menjaga keselamatan. 

NAMUN APA IMEJ POLIS DI MATA RAKYAT KINI?
Dulu, saya begitu teruja mengikuti siri cerita polis cina di TV2 dan TV3. Nampak hebat kerja polis dimata saya pada waktu itu. Tapi siri polis versi Malaysia dalam Gerak Khas tidak pula membentuk apa-apa persepsi yang baik terhadap polis. Mungkin  kerana telah mempunyai persepsi sedia ada. Dengan isu-isu sekitar integriti dan kecekapan polis yang berlaku saban tahun. Logik dan rasional sekiranya rakyat biasa seperti saya dan anda merasa RISAU dan TIDAK SELAMAT terhadap polis. Kerisauan ini berasas. Polis tidak lagi dirasakan HERO di mata rakyat. 

KERISAUAN INI PERLU DI HILANGKAN !
Bukan mudah tanggungjawab menjaga keselamatan rakyat. Keluar kerja pagi balik belum tahu hidup atau mati kerana tugas mereka (Polis) berhadapan dengan jenayah setiap hari.  Dan masih ada anggota polis yang tulus ikhlas mendedikasikan kehidupan mereka untuk menjaga keselamatan rakyat. Tidak adil kita menghukum keseluruhan anggota polis di atas kesalahan sesetengah pihak. 

Namun, kerisauan rakyat ini perlu dihilangkan. Jika benar salah, mengaku salah dan hukuman yang setimpal perlu dijalankan.  Lencana POLIS bukan menjadi imuniti untuk sewenang-wenangnya bertindak sesuka hati terhadap rakyat. Tambahan apabila melibatkan ada nyawa rakyat yang melayang. PDRM perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap mereka.  Khidmat Polis masih diperlukan rakyat.

Buat sekian kali, Mengharapkan keadilan yang sebenar tertegak untuk semua pihak. Kepada pemerintah, dengarlah suara rakyat yang semuanya hanya inginkan keadilan dan masa depan Malaysia yang lebih aman dan selamat.

 
 Tinta Saya,

Comments (2)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Kedengaran tajuk entri saudari agak menghukum...

Dari satu sudut, jasa polis juga harus dihargai. Siapa lagi nak jaga ketenteraman di negara, termasuk di kampung2 kita kalau bukan polis. Ramai sahaja hero yang tidak didendang dari kalangan polis.

Tapi, adanya anai-anai pemusnah struktur dan kerbau-kerbau pemalit lumpur yang mungkin cuma ada 10-20 'ekor'. Bagi saya sebaiknya janganlah dipukul rata kepada 10,000-20,000 polis yang lain.

Kita mahu keadilan untuk Aminul Rashid. No doubt. Perkataan 'adil' itu sudah signifikan untuk menjustifikasi tindakan dan penghukuman yang tidak bias. Harus 'adil' untuk polis juga. Mereka juga rakyat Malaysia. Mereka juga pengundi berdaftar dlm PRU nanti. Harus memenangi hati mereka juga.

Sekadar pendangan :)
Terima kasih atas pandang balas saudara. Mungkin tajuk terlalu hiperbola. Namun, isi artikel tidak rasanya. Saya juga tidak bersetuju jika menghukum keseluruhan anggota polis atas kesalahan pihak tertentu. Menghukum sebegitu menempatkan diri sebagai zalim juga. Namun, kita tidak boleh menafikan dalam isu ini ada PART yang harus dibetulkan. PDRM tidak maksum. Beberapa kes sebelum ini yang berlaku yg masih tidak mampu dijelaskan dan diseleasaikan dengan baik menjadi penghalang utk saya meletakkan kepercayaan yang penuh kpd institusi PDRM. Polis seharusnya menjadi pelindung utama kepada rakyat bukan meletakkan pemerintah lebih utama utk dilindungi. Saya juga mengharapkan keadilan yang sebenar tertegak utk semua.

Post a new comment

Comments by

Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's