Balik ke kampung halaman, duduk di rumah. Tidak sama perasaannya semacam duduk di Kuala Lumpur. Perasaan,semangatnya lain. Merasakan 2 semester yang bakal dihabiskan semacam semakin lambat berlalu. Cepatlah habis belajar. Ada ruang perlu di isi. Ada khidmat yang wajib diberi.
Sedikit Cemburu
Cemburu dengan sahabat-sahabat yang medan juangnya di tanah air sendiri. Di negeri bawah bayu ini. Mereka lebih tahu dan lebih arif selok belok keadaan dakwah negeri ini, mereka telah banyak teruji dengan pelbagai cabaran yang bukan calang-calang. Kecintaan mereka terhadap dakwah dan pengorbanan yang mereka telah lakukan demi memastikan Sinar Islam semakin dirasai oleh masyarakat Sabah sememangnya patut dicemburui. Kekuatan dipohon untuk mencontohi mereka. Amin Ya Rabb.
Wajah Mereka
Wajah-wajah ini masih di ingati sehingga kini. Telatah adik Fregnon yang selamba menjawab apabila ditanya sebelum kami berangkat balik, "ada mau cakap apa dengan kakak-kakak ka?"."Terima kasih kakak-kakak". Ucapan yang cukup simple tapi kesannya diingati hingga ke hari ini. Dengannya saya cukup yakin kehadiran kita untuk memberi 'sesuatu' amat dinanti-nantikan. Walau sekecil mana pun, ianya amat bermakna bagi mereka. Mengingati wajah mereka cukup memberikan semangat untuk terus berusaha memberi.
NAFAR yang telah dilalui sebagai kekuatan
Membaca sebuah artikel "Nafar Ke Medan Juang" dalam buku Rindu Bau Pohon Tin. Memberi peringatan terbesar buat diri. Agar mindset diri betul. Perjuangan menuntut ilmu di seberang laut TUJUAN utamanya adalah agar kita mampu memberi ingat kepada ummah apabila kembali. Medan menuntut ilmu juga medan perang, dan apabila selesai medan yang satu ini. Medan lebih luas dan lebih mencabar menanti kita. Medan memberi ingat kepada kaum mu sendiri, medan membaiki umat. Moga nafar selama hampir 7 tahun di seberang laut menjadi bekalan kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang lebih besar selepas ini. Mohon dipanjangkan umur untuk merasai perjuangan di tanah air sendiri pula. Amin Ya Rabb.
Sehijau bumi sabah dengan pokok-pokok dan hutan yang masih ada, semekar itu juga lah saya melihat sinaran dakwah semakin dirasai oleh rakyat sabah...moga diri ini mampu bersama mereka-mereka yang tidak jemu menyebarkan sinaran dakwah itu.InsyaAllah.
Tinta Saya,