Sejak sebulan kebelakangan ini, isu-isu negara yang timbul menyesakkan hati, melukakan hati kita selaku rakyat Malaysia !
1)Kerajaan terang-terang bersekongkol dengan Zionis Israel Laknatullah !
LINK
Sehingga kini, saya belum mendengar sendiri penjelasan daripada Perdana Menteri sendiri tentang penggunaan khidmat APCO, syarikat Zionis dengan bayaran 77 Juta setahun demi menjaga imej dan memastikan Malaysia di kenali seantero dunia.
Zionis Israel pembunuh saudara seakidah kita di Palestin. APCO adalah milik Zionis. Mengapa mesti bertoleransi dengan mereka? Mengapa rela menyalurkan duit rakyat sewenang-wenangnya kepada mereka?
Teori yang difahami rakyat cukup mudah. Kerajaan bayar APCO seumpama membeli butir -butir peluru untuk anak-anak di Palestin. Bayar APCO = Sokong Zionis Israel Laknatullah. Namun, teori ini tidak di fahami pemerintah. Mereka dibutakan mata dari melihat segala kebenaran ini.
2) Kerajaan Meluluskan LESEN JUDI yang menambahkan 'pelanggaran' terhadap suruhan ALLAH !
Ketika mendengar tentang ura-ura kerajaan akan meluluskan lesan judi sempena Piala Dunia, yang terlintas di fikiran saya. Apa yang nak dihairankan jika sekarang Kerajaan BN berkira-kira meluluskan lesen perjudian untuk Piala Dunia, di kala UTUSAN MELAYU, BERITA HARIAN milik kerajaan terang-terangan setiap hari memaparkan no.sport Toto. Juga tambah tidak menghairankan apabila pusat perjudian 'HALAL' di GENTING HIGHLAND juga antara yang tersohor di dunia.
Kita juga tidak hairan apabila jawapan ini di terima daripada pak-pak menteri BN yang kita sayangi.
"Kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini" -Muhyiddin Yassin
"Meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam" -Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli parlimen Kota Belud
Mengapa tidak keluar dari mulut mereka "Ya, judi adalah haram. Kerajaan telah mengambil keputusan yang silap apabila meluluskan lesen judi ini, kita seharusnya lebih takutkan kemurkaan Allah daripada kemarahan Vincent Tan"
Sayang, kita tidak akan dapat mendengar jawapan ini keluar dari mulut pak-pak menteri. Selagi mana mereka mengasingkan Islam daripada pemerintahan mereka, meletakkan Islam hanya di sudut-sudut tertentu, selagimana mereka tidak meletakkan kemurkaan Allah sebagai kerisauan utama. Selagi mana harta dan pangkat menjadi kecintaan mereka yang utama.
Hari demi hari mereka semakin berani, semakin rakus melanggar hukum hakam Allah. Suara ulama, suara rakyat yang inginkan hukum Islam ditegakkan dan judi dibanteras tidak di endahkan.
3. Tarik Subsidi untuk rakyat ? Kesenangan mereka KESUSAHAN rakyat !
31 Ogos 2009 : Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok. Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.
27 Mei 2010 : Kerajaan mungkin terpaksa menaikkan harga petrol dan diesel masing-masing 15 sen serta 10 sen bagi setiap liter untuk mengurangkan subsidi bernilai RM200 bilion yang ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Harga minyak bakal dinaikkan lagi ? Mengapa tiba-tiba kenyataan ini dikeluarkan? Seolah-olah mahu rakyat menerima bulat-bulat dan berkata "OO..kalau harga minyak tak naik, negara akan muflis...", Bravo. Teruskan usaha membodohkan rakyat.
Persoalannya :
1. Mengapa hanya apabila melibatkan pemberian kepada rakyat (subsidi) baru perihal MUFLIS di sebut? Tidak pernah rasanya kes-kes rasuah dan pecah amanah berjuta-juta ringgit yang berlaku sebelum ini di hebah-hebahkan sebagai penyebab KEMUFLISAN negara.
2. Selama ini, sejauhmana kebenaran berita yang gah menyatakan ke mana hasil ekonomi negara yang semakin stabil? ke tersilap lapor?
"Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada 8.0 peratus pada 2010, disokong oleh pengukuhan keadaan domestik dan luaran, kata AmResearch Sdn Bhd" LINK
3. Minta rakyat redha dengan penarikan subsidi, tetapi mereka semakin hari tidak pernah insaf membazirkan duit rakyat. Buktinya. Setiap kali pilihanraya kecil, setiap kali itu juga lah 'hujan duit' dan 'hujan janji' membasahi kawasan pilihanraya. Berapa banyak duit rela dileburkan untuk menang. (LINK) Lihat saja, pembaziran yang juga telah berlaku, apabila sanggup membayar 10 Juta semata-mata terpampang di surat khabar luar negara. (LINK)
Saya mengharapkan
segala caca-marba dan kecelaruan ini dihentikan. Kita perlu berubah dan mengubah
sesuatu. Bukan masa untuk mencegah kali ini, masa untuk merubah. Cukup-cukuplah mereka menyakiti dan menzalimi rakyat. Cukup-cukuplah mereka menzalimi hak Allah dan hak manusia dan sesungguhnya jika kita duduk redha atas kezaliman yang dilakukan ke atas diri kita juga adalah satu kesalahan.
Juga menantikan zaman keadilan kembali tertegak, termaktub ciri-ciri pemimpin yang di impikan memerintah Malaysia dalam firman Allah berikut. Dan saya yakin saat itu akan tiba dan janji Allah itu pasti berlaku.
"Orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan" Al Haj : 41
Tinta Saya,