Rebut MINAT,KEPERCAYAAN....

Posted by adzlyna86 On 05 June 2010 Comments
Dr. Yusuf Qardawi menyatakan dalam buku ini bahawa asas pembinaan dakwah dan tarbiyah ialah bidang pemikiran. 

Banyak ilmuwan dan pemikir telah menyatakan bahawa cabaran terbesar Umat Islam kini adalah serangan pemikiran.

Jika rajin membaca dan memahami protokol zionis kita akan sedar perancangan terbesar mereka ialah bersangkut paut dengan pemikiran dan psikologi manusia.




BAGAIMANA AGAKNYA PEMIKIRAN MEREKA INI?
1)Keengganan Gadis Terlanjur Guna Prasarana Yang Disediakan Dikesali
PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil kesal dengan sikap sesetengah pihak terutamanya gadis terlanjur yang tidak memanfaatkan prasarana yang disediakan oleh kerajaan tetapi mengambil jalan mudah dengan membuang bayi. "Kita telah sediakan prasarana untuk bantu mereka (gadis terlanjur) menerusi 55 institusi kebajikan, 104 pejabat kebajikan daerah dan 53 klinik LPPKN. "Kerajaan telah belanja berjuta-juta ringgit untuk membinanya tapi kalau ia tidak digunakan, amatlah rugi"

2)Rahman: Lesen judi supaya tak berlaku penipuan
Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerjaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini. Katanya, tindakan berkenaan bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan.

3) Bantahan Sebatan SIS
Sisters in Islam (SIS) membidas tindakan Jabatan Penjara melaksanakan hukuman sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi terhadap kaum wanita.

3) Konsert Inul TIDAK lucah
Bro Nick betul2 marah..
KUALA LUMPUR: Penganjur Konsert 1 Inul Daratista, Apex Event Network, mempertahankan pendirian bahawa konsert melibatkan artis dari seberang itu tidak akan mendatangkan masalah kepada orang ramai. “Saya mendapat tahu konsert ini mendapat protes kerana bimbang ia akan menjatuhkan akhlak pemuda-pemudi di Tawau dan Keningau, Sabah. Atas sebab itu, pihak polis menasihatkan saya untuk menunda konsert ini sehingga hujung bulan ini. Kalau fikir secara logik, takkanlah persembahan selama tiga jam itu boleh mendatangkan masalah kepada penonton?"



APA KESIMPULAN YANG BOLEH DI BUAT ?
1. Memikirkan kembali, segala kecelaruan yang berlaku di segenap peringkat dalam negara ini adalah disebabkan pemikiran yang melatari segenap peringkat adalah senada. satu irama. satu rentak. Perasan atau pun tidak?

2. Satu rentak pada pemikiran yang meletakkan logik akal  semata-mata sebagai sumber asas tindakan. Yang juga di kenali sebagai pragmatisme. Satu irama pada pemikiran yang mengutamakan dunia belaka sebagai segala rujukan dan membebaskan manusia dari unsur-unsur agama. Yang juga merupakan musuh terbesar bagi pemikiran umat Islam kini iaitu sekularisme. Aliran pemikiran dan ideologi ini bukan tumbuh atas asas ajaran Islam.

3. Di setiap ruang yang ada. Buka TV - dari celik mata hingga tutup mata, hiburan hampir 24 jam. Balik sekolah - berjumpa pula dengan pembelajaran yang mengutamakan kejayaan dunia semata. Masuk pejabat - memikirkan pula tentang untung rugi syarikat dan kerja yang bertimbun-timbun. Buka surat khabar -menghadap masalah moral dan akhlak umat setiap hari, tiada yang baru pun dalam usaha menyelesaikannya. Di mana ruang Islam di lihat dominan pada masa kini? Hampir tiada. Kefahaman Islam, Pemikiran Islam belum mampu disebar dan diperluas di ruang-ruang yang ada di atas.

4. Bukan masanya sudah untuk kita hanya membantah hiburan, drama, filem yang ntah apa-apa yang ada di kaca TV. Kita hanya mampu menyalahkan sistem pendidikan sekular yang mendidik anak-anak, adik-adik kita. Kita hanya mampu menghantar memorandum bantahan konsert mungkar yang di adakan saban tahun. Kita hanya mampu mengeluh dan mengutuk para pembunuh bayi-bayi yang di buang merata tempat.  Kita hanya mampu menarik minat golongan 'alim-alim' sahaja untuk bersama dengan kita.

5. "Kita kena berani menongkah arus !" kata semangat yang diperolehi daripada ustaz Zul  Kg Pandan, semasa meeting terakhir Konsert Aura Ungu -Konsert wanita pertama anjuran Nisa' Malaysia. Ya. Berani menongkah arus dan memperlihatkan keunggulan Islam dalam setiap aspek kehidupan. Memperlihatkan WAJAH ISLAM yang sememangnya mempunyai penyelesaian terbaik dalam setiap inci urusan kehidupan kita. Kita mesti menyediakan PILIHAN beracuan Islam kepada masyarakat.


6. Yakin, peringkat sekarang telah banyak usaha pelbagai pihak menggerakkan untuk mewajahkan dan membumikan ajaran ISLAM kembali dalam masyarakat. Dan usaha ini kena giatkan lagi. Kita kena berusaha merebut minat masyarakat, merebut kepercayaan masyarakat dan mendominasi pemikiran masyarakat demi memastikan Islam kembali bertapak di hati dan jiwa mereka. InsyaAllah. Kita mampu.







‘ Di antara faktor penting dalam pembaharuan Gerakan Islam adalah, Gerakan Islam mampu merealisasikan pandangan umum Islam sebagai sumber kaedah yang terbaik berasaskan dakwah kepada Islam" -Yusuf Al Qaradhawi.


P/S : artikel agak berat kali ini, harapnya ilham yang diperolehi di sana ada manfaat dan mesej yang boleh dikongsi.


Tinta Saya,
Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's