Apabila UNIVERSITI di niagakan
Istilah yang dirasakan gah di sebut -pengkorporatan universiti- telahpun dilaksanakan sejak tahun 1997 lagi. Tahukah anda apa yang dimaksudkan pengkorporatan universiti? Universiti di berikan hak menjana hal-ehwal kewangan universiti dan menentukan bagaimana memperolehi duit untuk membangun universiti. Dan antara tujuan utama ianya dilaksanakan adalah untuk mengurangkan pergantungan universiti dengan kerajaan pusat.
Ya, tidak dinafikan usaha ini sangat membantu membangunkan universiti. Lihat saja di Universiti Malaya, pembangunan di sana-sini, kemudahan diperbaiki tahun ke tahun, namun kesan yang besar juga dapat dilihat, universiti menjadi tempat perniagaan. Nilai dan kualiti pendidikan menjadi perkara nombor dua selepas kewangan dan harta universiti.
Bagaimana bentuknya perniagaan di universiti ?
"Universiti awam sekarang ini digalakkan mencari KEWANGAN sendiri melalui YURAN pelajar, menyewakan KEMUDAHAN yang terdapat di universiti kepada orang awam dan PENJUALAN HAK CIPTA penemuan-penemuan penyelidikan kepada syarikat swasta atau sektor perkilangan"- (SHAHRIL @ CHARIL MARZUKI-Masalah Pendidikan Jilid 21)
DUIT penghalang hak mendapatkan PENDIDIKAN
Apa yang kita rasai? Yuran menjadi penentu jatuh bangun mahasiswa di universiti. No Money No Talk, No Money No Education ! Semasa cuti semester bulan lalu, dihebohkan dengan polisi 'zero balance' : tiada hutang walau satu sen baru boleh daftar subjek. Tidak jadi dilaksanakan semester ini, dan bakal dilaksanakan semester hadapan. Ya, tanpa duit banyak benda susah untuk dilaksanakan, namun sesuatu yang kurang wajar apabila meletakkan DUIT sebagai penghalang utama kepada mahasiswa mendapatkan pendidikan Ada hutang walau sesen ,pendaftaran subjek tidak boleh dilakukan.
PILIHAN YANG ADA?
Ada jalan lain untuk memastikan mahasiswa berdisiplin dalam menguruskan hal-ehwal pembayaran yuran. Ada jalan untuk membantu mahasiswa yang tidak berkemampuan dan mengalami masalah kewangan. Bayangkan sahaja, di cekik dengan PTPTN, JPA hanya diperolehi oleh kos-kos yang komersial, Biasiswa Kementerian Pendidikan (KPM) pula telah 2 sesi diberhentikan. Bukan ramai mahasiswa yang kaya raya. Lagi ramai mahasiswa yang tersepit dan terbeban dengan masalah kewangan. Justeru, pertimbangan sewajarnya perlu dibuat, membantu dan memudahkan mahasiswa untuk memperolehi pendidikan dan jalan yang terbaik semestinya BUKAN dengan jalan mempertaruhkan peluang PENDIDIKAN mereka.
BERHENTI MENIAGAKAN PENDIDIKAN
Di sekolah, guru-guru berebut-rebut mengambil peperiksaan PTK untuk membantu kenaikan gaji. Di Universiti, tahun demi tahun yuran pengajian semakin bertambah. Kolej-Kolej swasta yang mahal semakin banyak dibangunkan. Tiada duit tiada pendidikan. Perkara yang perlu difikirkan berkali-kali ialah bagaimana membantu rakyat yang susah dan keciciran dalam pendidikan bukan memikirkan bagaimana pendidikan memberi keuntungan kepada negara.
Saya menyokong sepenuhnya usaha menuntut pendidikan percuma (LINK) (LINK)
Yakin ianya mampu dilaksanakan, tiada yang mustahil boleh dilakukan asalkan bersungguh demi kebajikan rakyat. Pendidikan adalah hak rakyat yang perlu dipenuhi dan bukan untuk diniagakan.
Tinta Saya,