mahu merdekakan diri ? jom tengok 3 idiots !

Posted by adzlyna86 On 01 September 2010 Comments
Banyak perkara yang bersarang di otak yang mahu dikongsi dan ditulis. Tapi kelihatannya saya kehilangan rentak sejak sebulan ini. Sempena hari kemerdekaan negara dan fasa kritikal bulan Ramadhan ini, saya mengagahkan diri untuk menulis sesuatu. Menonton filem 3 Idiots menjadi 'trigger' kepada diri untuk terus menguatkan diri untuk berkongsi.

3 Idiots : hasil tangan yang unik
Lama telah mendengar tentang filem 3 idiots ini, namun baru ada peluang untuk menonton filem ini. Betul jangkaan teman yang memberi cerita ini, filem ini mampu mengalirkan airmata dalam masa yang sama menggeletek hati penonton. Filem ini sudah unik dan INDIA tidak buta untuk menilai filem ini dengan mengiktirafnya dengan anugerah "Filmfare Award for the Best Film of 2010".

Pendidikan yang melahirkan mesin dan keldai?
Dua perumpamaan ini sering digunakan oleh Rancho untuk mengkritik sistem pendidikan yang dilaluinya di ICE. Pendidikan yang melahirkan jurutera-jurutera yang skema dan akhirnya hidup matinya cuma demi pekerjaan dan untung semata-mata. Salah satu dialog menarik ketika Rancho bertegang leher dengan pengetua kolejnya :
 "Apa gunanya no.1, sedangkan tiada idea dan penciptaan baru di sini, kami tidak diajar pengetahuan, kami hanya di ajar cara mendapatkan markah yang baik di sini"
 
Orientasi pendidikan sebegini mematikan keseronokan yang sebenarnya dalam menuntut ilmu dan belajar sesuatu. Apabila yang dipentingkan hanyalah markah, pointer, kejayaan semata-mata. Keseronokan untuk mengeluarkan idea baru, pengalaman melakukan kesilapan dan pengalaman mencuba sesuatu yang baru menjadi tersekat dan terhad.


Untuk MERDEKA dan BERJAYA : hiduplah sejujurnya

Dalam cerita ini, konflik yang terjadi apabila Farhan yang meminati fotografi dipaksa ayahnya masuk aliran kejuruteraan kerana tanggapan semasa, kerjaya jurutera paling stabil dan dikagumi ramai. Raju pula berhadapan dengan konflik dalaman yang teruk apabila kekangan masalah keluarga menyebabkan ketidakyakinan dirinya untuk mencapai cita-cita. 

Semuanya terungkai cuma dengan satu langkah. Apabila Farhan mengambil langkah berani berdepan dengan ayahnya menyatakan cita-citanya menjadi fotografer. Dan Raju memberanikan diri menghadiri temuduga dan dengan beraninya berkata "Selepas 16 tulang pecah, baru saya dapat peluang berfikir, hari ini saya tidak minta Tuhan bagi pekerjaan ini, saya hanya bersyukur untuk hidup ini, kalau kamu menolak saya pun saya tidak menyesal, saya pasti akan lakukan sesuatu yang berguna dengan hidup saya". Dan mereka berhasil. Saya juga cukup yakin, masih ada tempat, masih ada peluang yang cukup besar bagi mereka yang jujur dalam hidup.

FALSAFAH HIDUP YANG CUKUP BERMAKNA
"Ayam tak tahu apa yang berlaku kepadanya, samaada menetas atau digoreng dikuali, tiada siapa tahu masa depannya..katakan pada hati ALL is WELL"
Segalanya bermula dengan hati yang telah di setup dengan betul. Hati kita takut dengan SENANG, kita mesti menipunya, tidak kira dalam masalah besar apapun dlm hidup, sentiasa beritahu hati kita 'semuanya baik', sekurang-kurangnya memberi kekuatan untuk kita menghadapi hidup. Di sini terletak kekuatan kita untuk menghadapi apa jua dalam hidup, sentiasa positif dan bersiap sedia menghadapi pelbagai kemungkinan dalam menghadapi hidup. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Dan akhirnya, pengajaran terbesar dalam cerita ini. apapun dalam yang kita lakukan KEBERANIAN itu penting. RANCHO berani menongkah arus, bertindak lain dari yang lain. Berani untuk mencuba sesuatu yang baru. Walau adanya virus yang menentang, di uji dengan persahabatan, di uji dengan kekurangan dalam hidup. Namun, kerana RANCHO cukup jelas matlamat yang mahu dicapai dalam hidup, dia berjaya menempuh semuanya. 

Saranan terakhir saya, jika mahu memerdekakan pemikiran anda, mahu memahami falsafah kehidupan. Filem ini boleh membantu anda sedikit sebanyak. Enjoy the show!


Tinta Saya,


Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's