05/09/2010 6:27pm-Utusan Malaysia
SERDANG 5 Sept. - Kelab Belia Graduan 1Malaysia hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran risalah dan buku berbaur hasutan terhadap institusi perlembagaan negara ini.
Setiausaha Agung kelab itu, Ezaruddin Abdul Rahman berkata, risalah tersebut yang dinamakan ‘Perlembagaanku’, mendakwa rakyat berhak meminda perlembagaan negara jika memilih anggota Parlimen yang mampu berbuat demikian.
"Kami difahamkan risalah itu diedarkan di beberapa institusi pengajian di sekitar Lembah Klang dan beberapa kolej di Kedah melalui kempen mereka.
"Kita percaya ia dibiayai NGO (badan bukan kerajaan) asing bersifat antikerajaan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Balai Polis Serdang di sini. - Bernama
Merasa malu dengan label 'graduan' yang di sandang oleh mereka ini. Saya juga memiliki brosur perlembagaanku atau myconstitution yang comel ini. Dan bagi mereka yang juga mendapat brosur ini, jauh sekali melihat risalah ini berbaur hasutan. Buta ke apa?
ini adalah usaha mencelikkan dan memandaikan rakyat tentang apa sebenarnya ISI PERLEMBAGAAN MALAYSIA yang kita cintai. Selama ini betapa teruknya perlembagaan Malaysia dicabuli sesuka hati oleh mereka-mereka yang berkuasa. Institusi kehakiman? Hak asasi rakyat Malaysia? Keadilan sama rata? apa lagi yang masih tinggal?
Merasakan label graduan yang disandang tidak setaraf dengan pemikiran yang dimiliki. Biarkan rakyat pandai, biarkan rakyat memilih, itu hak rakyat. Dan kita yakin, semua orang mahukan impian yang sama. Melihat Malaysia kembali aman dan harmoni, keadilan dan kesaksamaan di rasai sama rata.
Mendoakan rakyat Malaysia semakin bijak untuk menilai mana Emas Zhulian dan Emas Habib Jewel di PRU 13 nanti. Supaya pisang tidak berbuah berkali-kali lagi.
Tinta Saya,