Kita sedang dipujuk?

Posted by adzlyna86 On 16 October 2010 Comments
Salah satu teori media massa dalam berfungsi dalam sesebuah negara adalah melalui teori pemujukan massa.  Memujuk rakyat demi mengekalkan status quo sesebuah kerajaan. Ini yang saya rasakan selama ini menjadi pengamalan di negara kita.

Ada APA dengan ANGKA?
Sekian lama yang selalu mengubat hati rakyat, yang melegakan hati rakyat ialah apabila disebut : Pinjaman rumah 100 % untuk golongan muda , RM100 juta tingkat taraf hidup Orang Asli, Pribumi, Ekonomi negara dijangka meningkat kepada 7 peratus, Tiada bonus: kakitangan awam diberi bantuan RM500.



Ya, rakyat akan merasa lega apabila di ubati dengan janji berbentuk ANGKA dan JUMLAH yang begitu besar selalunya. Saya cuba bawakan di sini bagaimana contoh 'terbaik' mereka mempermainkan emosi rakyat. Salah satu intipati Bajet 2011 baru-baru ini menyebut :
Penjawat awam wanita di negara ini akan diberi fleksibiliti kemudahan mengambil cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari, berbanding 60 hari pada masa ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata kemudahan, yang bertujuan menambah baik kemudahan cuti bersalin penjawat awam wanita, bagaimanapun tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan Cuti Bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. -Bernama
Jumlah 90 dan 60 sememangnya dilihat berbeza. Nampak seperti ada pertambahan. Namun, apabila melihat jumlah keseluruhan cutinya tetap 300 hari. Tiada yang berkurang tiada yang bertambah. Yang di adjust dan di highlight cuma 90 hari. Sedangkan tiada pertambahan yang lebih bermakna. 60 hari = 300 hari (5 orang anak), 90 hari = 300 hari (3/4 orang anak) ? Saya melihat sendiri bagaimana kesusahan makcik sendiri yang melahirkan anak ke 6 dan tidak mendapat cuti bersalin, cuma cuti sakit. Di manakah penambahbaikan sebenarnya berlaku?

Ada APA dengan NAMA?
Judge a book by it cover - kadang-kadang aplikasi prinsip ini sangat perlu. Menilai apakah intipati sebenar sebuah slogan dan kata-kata. Bukan setakat kagum, tertarik, terkasima. Seharusnya menilai, padankah slogan yang indah-indah ini jika pelaksanaannya tidak seperti yang diharapkan?

Tersangat banyak slogan dan istilah yang indah-indah dilonggokkan di depan mata rakyat. Dari bidang pendidikannya : Sekolah Harapan, Permata Pintar. Bidang Ekonomi nya : MBE, NKRA, RMK-10, Akta Gaji minimum. Bidang sosial : Dasar Sosial Negara, Akta dan peruntukan bla..bla..

Saya bukan anti-establishment membuta tuli. Rakyat mahu cakap serupa janji. Laksana segala slogan dan janji dengan sebenar-benarnya. Jangan disalahkan rakyat yang bersikap prejudis dengan apa jua janji pemerintah dikala rakyat belum mampu mengubah pandangan umum mereka tentang kebiasaan janji orang besar-besar. Kunci mendapatkan kepercayaan rakyat kembali senang. satu perkataan jawapannya. JUJUR. Terlalu banyak perbuatan tak bikin serupa apa yang dicakap yang berlaku kini. Cuba anda kira sendiri?

                                     PENUTUP
Sebenarnya, menghimpun beberapa isu untuk ditulis dan isu ini menjadi pilihan pertama untuk di kongsi. Kerana saya yakin, kita perlu sedar bahawa ruang untuk merasa sangsi dan risau perlu diwujudkan. Bak kata sebuah filem yang ditonton : "Jangan takut untuk berasa sangsi, dan risau. Bagi peluang untuk diri mencari sendiri baik buruk setiap sesuatu" dan sesungguhnya kesedaran untuk berani menyoal kembali dan bertanya sememangnya perlu dipupuk. Ianya tidak akan datang sendiri. Harapan terakhir saya tidak besar, saya cuma mahu mengajak para pembaca untuk melakukan kebiasaan ini sahaja, iaitu berani BERTANYA.



Tinta Saya,
Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's