Celaru memang celaru...

Posted by adzlyna86 On 10 May 2010 Comments

Sebulan ini sahaja beberapa isu besar yang berlaku dalam negara menyuntik semangat saya untuk menulis sesuatu untuk memberi pencerahan kepada diri sendiri dan berkongsi dengan anda. Ulama dihina : serangan peribadi terhadap TGNZ , perkara mungkar dihalalkan secara terang-terangan : isu menghalalkan perjudian bola sepak dan pelbagai isu lain lagi. 


Cuba membawa diri memikirkan di mana punca sebenar kecelaruan ini bermula? dan hasilnya 3 poin berikut :



1) KEKABURAN DAERAH KEKUASAAN ALLAH DAN DAERAH TANGGUNGJAWAB MANUSIA
Kita harus jelas mana daerah kekuasaan Allah dan mana daerah tanggungjawab manusia. Pembahagian daerah ini secara jelasnya perlu agar kita meletakkan sesuatu pada tempatnya kembali, dan tidak sewenang-wenangnya mengunakan akal manusia pada masalah yang dibenarkan atau ditegah dalam ajaran Islam.

Selama ini, batas ini tersangat kabur dan seringkali dilanggar. Bertindak, bercakap seolah-olah tidak ingat ada batasnya. Daerah kekuasaan Allah tidak dihiraukan. Peringatan Allah, Undang-undang Allah, Hadith Nabi tidak menjadi rujukan utama. 

Mengambil hanya yang difikirkan perlu, meninggalkan tuntutan utama dalam Agama.   Yang menjadi rujukan utama Perlembagaan jahil ciptaan manusia, Akta zalim ciptaan manusia dan juga Nafsu dan kepentingan diri semata-mata. Ulama dihina, ulama diperlekeh. Sudah terlalu lama mereka melampaui batas. Bukan sahaja tidak menghiraukan daerah kekuasaaan ALLAH, hak dan tanggungjawab sebagai hamba Allah juga sering dilupakan.


  “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang telah dihalalkan Allah SWT kepadamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”
(al-maidah:5:87)

2) FAHAMAN SEKULAR YANG TELAH LAMA MEROSAKKAN

‘Berikan kepada Tuhan apa yang menjadi hak Tuhan, dan berikan kepada Kaisar apa yang menjadi hak Kaisar’.  

Tidak ingin membahas panjang apa yang di maksudkan sekularisasi. Cukup merujuk kepada salah satu doktrin sekular yang saya kira amat berjaya meresap dalam pemikiran masyarakat sejak sekian lamanya.  Di segenap peringkat beriman dengan fahaman yang merosakkan ini. Agama dipisahkan daripada menguasai seluruh kehidupan.

Pemerintah - Melepaskan ajaran agama daripada kegiatan pemerintahan.  Politik suku, agama suku. Memang sampai ke sudah pelbagai masalah tetap tidak akan selesai sekiranya pemerintah masih beriman dengan fahaman ini. 

Individu - Melepaskan diri daripada tanggungjawab agama dan menjalani kehidupan yang tidak beragama. Agama dilihat sebagai pengongkong. Agama tidak dirasakan indah untuk di amalkan sebagai cara hidup.

Cukup firman Allah berikut sebagai jawapan  : 

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan " (al-Baqarah : 208)
 
"Dan janganlah kalian mencampuradukkan yang haq dengan yang bathil, dan kalian menutupi yang hak padahal kalian mengetahui"
(al-Baqarah : 42) 

3) TIDAK LAGI BERBANGGA DENGAN AGAMA 

Sakit hati, Sakit telinga apabila mendengar ucapan pemimpin "mereka menggunakan agama untuk mendapat sokongan, mereka menggunakan agama untuk politik"
SO WHAT? Agama letaknya untuk digunakan dalam seluruh aspek kehidupan. Masuk ke dalam ISLAM secara keseluruhan. Bukan sipi-sipi. Kalau bukan agama yang digunakan sebagai asas tindakan, apa lagi ? DUIT? KEKUASAAN? MATLAMAT DUNIA?  Agama  bagi mereka tidak menjadi kebanggaan untuk di amalkan, tidak biasa dijadikan sebagai syiar, tidak gah dijadikan sebagai slogan. 

Harapan terakhir tulisan kali ini, kita jelas apa punca masalah yang berlaku, dan semuanya bermula daripada keyakinan-akidah-pegangan hidup yang tidak jelas dan celaru. Semoga setiap daripada kita diberi kekuatan dan petunjuk untuk menapak kembali mengamalkan Islam secara keseluruhan. Kerana saya yakin, hanya  dengan cara kembali kepada ISLAM secara keseluruhan dapat menyelamatkan dunia, masyarakat dari segala kekalutan dunia yang berlaku kini.



 Tinta Saya,
Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's