"Saya fikir-fikirkan, demikian banyaknya dosa hingga saya merasa khuatir, andai saya menebusnya dengan perbuatan baik,tentu tidak akan tertebus dosa yang demikian melimpah itu, Hanya dengan rahmat Allah sahaja segalanya dapat diampuni. Namun membaca kisah lelaki yang ada di dalam buku ini, saya juga menyakini satu cara yang akan menebus dosa manusia itu adalah dengan JIHAD di jalanNya. Tidak saja menebus kesalahan dan dosa yang dilakukan, JIHAD di jalan Allah memberikan kemuliaan kepada kita. Selain itu JIHAD juga memberikan syafaat kepada keluarga dan orang-orang tercinta. InsyaAllah" -Penulis Buku (Atriza Umar)
Membaca kata pengantar penulis sahaja cukup memotivasikan diri untuk menghabiskan pembacaan kali ini, meskipun di kanan kiri buku,nota,task menanti untuk diselesaikan. Tidak ingin berkongsi keseluruhan isi buku. Kalau nak baca penuh, boleh lah mendapatkan di kedai buku berdekatan.
Uniknya buku ini, ianya menghimpunkan 10 orang pahlawan Islam dalam zaman dekat dengan kita. Tokoh pejuang Islam yang biasa kita dengar Hassan Al Banna, Sayid Qutub, Abdullah Yusuf Azzam, Abdul Aziz Rantisi. Di muatkan juga tokoh-tokoh yang kurang biasa kita dengar namun apabila membaca sejarah hidup mereka. Dzokahar Musayavich Dudayev, Ibnul Khattab, Abdallah Syamil Basayev, Yahya Ayyash dan Khalid Ahmad Sawki Islambouli. SubhanaAllah. cukup mengujakan hati. Titik persamaaan 10 tokoh ini. Hidup mereka berakhir dengan SYAHID di jalan Allah. Sebab apa lagi yang mendorong saya menghabiskan buku ini melainkan kesemua 10 kisah ini adalah kisah syuhada' yang telah mengotakan janji mereka kepada Allah...
....dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka (4) Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka (5) Dan memasukkan mereka ke dalam Jannah yg telah diperkenankanNya kpd mereka (6) - (Surah Muhammad)
Apabila membaca buku ini, berpeluang merasa seolah-olah berada di Checnya, Afghanistan, Palestin dan Mesir. Keadaannya sama, di semua tempat mereka umat Islam di tindas dan tokoh-tokoh ini muncul di atas jalan jihad mengikut cara mereka tersendiri, dan yang paling manis tentunya akhir hidup kesemua mereka adalah SYAHID.
Dzokahar Musayavich Dudayev
Kisah sebagai presiden muslim pertama Republik Checnya Of Ickheria, tanah muslimin di bawah pergunungan Kaukasus amat menginspirasikan untuk dibaca. Jika anda mempunyai cita-cita menjadi ahli politik sehingga syahid di jalan Allah, kisah beliau perlu anda baca.
Ibnul Khattab
Beliau telah mula kenal erti jihad sejak berumur 17 tahun. Beliau amat mencintai setiap ruangan tanah jihad, di situlah kakinya berpijak. Setengah usianya dihabiskan di atas jalan Jihad di Checnya. Petikan puisi nukilan beliau sebelum kesyahidan beliau :
"Pilihlah jalan yang paling mulia untuk kematian,
Jalan yang membawa kemuliaan ke syurga hakiki,
Dan jangan kau mati kerana urusan dunia,
yang tentu melemparkanmu ke neraka"
Syeikh Abdullah Yussuf Azzam
Lahir di Palestin dan jihadnya di Afghanistan. Mempunyai ijazah dan master dalam bidang syariah, manakala PHD Al Azhar dalam bidang Usul Fiqh. Ilmuwan di medan jihad, sememangnya mampu di realisasikan.
"Saya merasa baru berumur sembilan tahun sahaja. 7 tahun setengah saya gunakan berjihad di Afghanisthan, sedangkan satu tahun saya baktikan untuk jihad di Palestin. Selebihnya tahun-tahun lain, tidak bernilai apa-apa"...
Sungguh, tersangat jauh beza MEREKA dengan diri kita yang merasakan telah berbuat banyak untuk Islam, sedangkan apa yang kita lakukan begitu sedikit berbanding dengan apa yang mereka telah lalui. Kita merasa kita paling hebat di uji, rupanya ujian kita jauh lebih ringan daripada apa yang telah mereka lalui sepanjang menuju syahid di jalan ALLAH.
3 ringkasan tokoh ini yang mampu dikongsi pada kali ini, menulis ringkasan kisah ini dengan harapan diri terikat dengan sejarah yang telah dibaca. Moga-moga tahu dan wujud perasaan mahu untuk berusaha menjadi seperti mereka.
p/s: Atriza Umar penulis buku ini, juga mahasiswi muda. Telah mampu menulis buku sehebat ini. Mahu berusaha ke arah itu juga..doakan.
WAALLAHU'ALAM.
Tinta Saya,