Membaca lah walau sekejap

Posted by adzlyna86 On 15 April 2010 Comments


Sejak dari zaman sekolah rendah, apabila ditanya apa hobi masa lapang kamu? Jawapan mesti ada ialah membaca selain itu main bola jaring,main badminton. Dulu, meletakkan membaca sebagai hobi kerana -jawapan selamat,saja-saja, jawapan skema. 


Masuk zaman besar sikit, zaman sekolah menengah. Memang betul-betul membaca jadi hobi. Sebut saja novel yang ada pada zaman tu. Lagenda budak setan, Pilot Cafe, Damya Hana, Bikash Nur Idris, Aisya Sofea, dan novel paling tebal pernah dihabis sehari semalam novel "Bukan Puteri Lindungan Bulan". Setiap bulan menyimpan duit menunggu novel terbaru yang akan keluar di Eatons. Hadiah hari lahir, mentor-mentee pun wishing listnya adalah novel. Belum masuk cerita banyak mana air mata yang keluar sebab terlebih feeling menghayati cerita.  Ini cerita zaman 'kegelapan'. Fikir-fikir balik, perasaan, duit, masa yang dibelanjakan ke atas semua ini, ke mana hasilnya? melajukan tangan menulis karangan, mungkin ya, kalau  semakin mendekatkan diri kepadaNya..hurm. Memang banyak kena TEBUS balik...

Masuk era zaman 'pencerahan' zaman Nilampuri. Kalau sesiapa yang pernah mengaji di NP. Mesti masih ingat bagaimana ketatnya undang-undang bumi tarbiyah NP. Kami budak-budak Sabah yang datangnya dengan pelbagai ragam dan budaya mengalami 'kejutan budaya'. Budaya biah solehah. Novel menjadi barangan larangan di NP. Fuh, kebiasaan yang lama memang 'terpaksa' di tinggalkan. Alhamdulillah keterpaksaan itu berhasil mendidik kebiasaan lain pula. Buku pertama di miliki di zaman Nilampuri. "APA ERTI SAYA MENGANUT AGAMA ISLAM"-Fathi Yakan. Walaupun dimiliki atas sebab wajib beli, menjadi turning point penting dalam hidup. 


Lama kelamaan, mula memahami kenapa dan mengapa perlunya segala suasana dan input-input yang diterima, baik dari segi bahan pembacaan, pengisian adalah sumbernya betul-betul dari apa yang Islam anjurkan. Yang paling terbaik yang Islam ajar, menjadi pilihan pertama untuk kita lakukan dan buat dalam hidup. Pengajaran terbesar yang diperolehi sepanjang 3 tahun duduk di Nilampuri. Apabila balik ke Sabah dan pergi ke Eatons untuk membeli buku, novel pertama di beli di Eatons selepas di asuh di NP adalah KOMBAT1511. 

Saya menyakini bahawa 'kita adalah apa yang kita BACA' dan atas premis ini lah, membaca masih perlu tetap dijadikan hobi. Cuma versi bahan bacaan sememangnya berubah mengikut zaman dan keperluan. Kalau zaman Nilampuri, buku-buku Fathi Yakan, Mustafa Mashyur, Yusuf Qardawi menjadi bahan bacaan wajib milik. Masuk zaman UMKL, sememangnya paradigma yang berkembang menuntut kita meluaskan zon pembacaan kepada horizon yang lebih luas. Buku Farish A.Nor, Hishamuddin Rais, Stephen Covey, Riduan Mohd Nor, Faisal Tehrani,Ust Hasrizal dll. 

Saya tidaklah mencapai tahap 'ulat buku' lagi..baru peringkat larva barangkali.  Cumanya, moral yang ingin dikongsi dari coretan kali ini. 
Jangan jemu untuk terus membaca. Bukan setakat membaca untuk peperiksaan. Bukan membaca sekadar mengisi masa lapang.  Membaca perlu menjadi rutin harian. Nilai termahal yang membentuk diri kita antaranya dengan ilmu yang diperolehi melalui pembacaan. Dan faktor pendesak untuk kita perlu rajin membaca adalah kerana fikiran kita sangat diperlukan oleh umat. 

Sekian coretan kali ini, Rajin-rajin membaca deh.. :)


Tinta Saya,
Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's