Pastikan otak kita sentiasa bergerak !

Posted by adzlyna86 On 05 April 2010 Comments
Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin. Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?(Adzariyat 20-21)

Sesungguhnya Telah kami turunkan kepada kamu sebuah Kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu. Maka apakah kamu memikirkannya? (Al Anbiya 10)

Terlalu banyak ayat-ayat Al Quran yang menggesa kita menggunakan akal untuk memerhati dan berfikir. Namun, kita tetap malas untuk berfikir dan memerhati. Saya tidak bangga untuk mengatakan yang saya pun kadang-kadang termasuk dalam golongan yang malas berfikir.

Saya adalah seorang yang bersikap introvert. Lebih suka memendam dan bermonolog dalaman. Itulah saya dulu,kini..selamanya tak pasti lagi. Kebiasaan ini membuatkan saya terbiasa untuk mengomen dan mengkritik sendiri. Bila kita boleh mengeluarkan komen atau kritikan maknanya kita adalah seorang yang berfikir. Komen atau kritikan dihasilkan bila kita berasa tidak puas hati atau berasa senang dengan sesuatu,ini memerlukan proses berfikir. Walaupun,kritikan dan  komen yang terhasil hanyalah dari rakyat biasa yang hanya mampu memprotes kecil-kecilan dan kadang-kadang merapu. Namun,sekurang-kurangnya kita berfikir.

Jika dulu,saya hanyalah pemerhati dan penonton setia berita TV. Tapi sekarang saya terlatih untuk mempersoalkan setiap berita yang didengar. Banyak ayat persoalan yang timbul.. kenapa?betulkah?bagaimana pula..? pengalaman dan pengetahuan yang tidak sebanyak mana membuatkan saya jadi begitu. 

Media perdana kini pula, telah terlalu lama berwarna biru pekat. Kepekatan warna tersebut sangat-sangat menjengkelkan saya sebagai rakyat biasa. Sudah terlalu lama kita diperkotak-kotakkan oleh media dan menjadikan minda rakyat untuk malas berfikir dan hanya menerima bulat-bulat apa yang diwar-warkan. Belum lagi berbicara tentang sistem pendidikan yang hanya mengajar kita memikirkan tentang peperiksaan semata-mata. Pendidikan tidak disistemkan untuk memandaikan rakyat. Hanya menjadikan pak angguk yang memiliki CGPA 4.0 semata-mata. Kita berada dalam keadaan zon pemerintahan 'zoluman jahula'. Kita dizalimi dan dijahilkan.

Menghabiskan buku ini dalam tempoh 2 minggu, memberikan satu kesimpulan penting, Orang Yahudi sangat bersungguh-sungguh dalam merealitikan penjajahan mereka dalam dunia sekarang. Antara fokus utama mereka adalah bidang pemikiran. Melupakan kita daripada sejarah-sejarah yang tulen. Mencipta pelbagai keseronokan dunia yang menjauhkan diri kita dari memikirkan hal-hal ummah. Dan kita kadang-kadang termakan juga umpan-umpan mereka. 

Oleh itu, Kita perlu berusaha menjadi umat yang terbaik dengan melakukan apa yang kita mampu untuk memastikan Islam akan kembali tertegak sehingga tiada lagi fitnah terjadi di muka bumi. Dan salah satu usaha yang paling penting kita lakukan - aktifkan otak dan pemikiran kita dengan ilmu. Rajin bertanya dan berbincang untuk memastikan pemikiran kita sentiasa bergerak. Baru namanya ahli gerakan. Sesungguhnya,  Allah menciptakan akal dan otak yang ada dengan kita untuk digunakan untuk berfikir sebaik mungkin. Dan kerana akal dan otak ini lah kedudukan manusia itu lebih dari makhluk lain yang ada di muka bumi.

Moral Of the Story pada kali ini : Think wider for Islam..jangan jemu untuk terus berfikir. Dan dalam masa berfikir itu jangan lupa untuk terus bergerak. Kedua-duanya diperlukan untuk bergerak sejalan.

Tinta Saya,
Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's