Bumi itu...masih dirindui (1)

Posted by adzlyna86 On 18 January 2011 Comments
Sudah lama hasrat dipendam, sebelum ini beberapa kali melepaskan niat bersama sahabat-sahabat yang sebelum ini sudah mendahului pergi bermusafir ke timur tengah. Alhamdulillah di umur yang masih berbaki ini, Allah Maha Merancang perjalanan hambaNya, segala urusan menjelang pemergian Allah mudahkan. Akhirnya, pada tahun terakhir di Universiti Malaya, berpeluang menjejakkan kaki ke sana...bukan ke Mesir, bukan ke Qatar, mahupun ke Dubai. Alhamdulillah buat pertama kalinya rombongan UM di hantar ke Yaman. Dan kami 15 orang sebagai pembuka jalan yang pertama.

PANDANGAN PERTAMA
Tidak tahu apa yang bakal ditempuh sepanjang 25 hari berada di bumi Yaman. Yang tahu Yaman sedang mengalami musim sejuk mencecah 9C dan berdasarkan gambar-gambar yang di google, Yaman kelihatannya klasik. Ajaibnya, walaupun ini kali pertama bermusafir jauh, hati tidak berapa risau, sedikit tenang. Walalupun tidak pasti apa yang menunggu kami di sana.
KEJUTAN BUAT KAMI
di luar kediaman kami (sakan iman)
1. Kejutan pertama, sesampainya kami di airport Sana'a (Ibu Negara) Yaman. Lafaz spontan yang membuatkan kami tergelak dari seorang muslimin adalah "Fuih, kita balik ke zaman Sarjan Hassan ni..". Ya, lapangan terbangnya cukup serba-serbi. Menyusuri jalan raya di Yaman buat kali pertama cukup diingati bagaimana rasanya. Agak menepati ramalan yang ada dalam pemikiran. 


makan malam pertama kami
2. Kejutan kedua, seusai sampai dan mengemas Sakan (tempat tinggal) kami, perut semua berdendangkan lagu pop yeyeh versi Arab. Lapar. Ada dapur tapi belum berasap. Yeah.. kami kena berdikari rupanya di sini. Beli gas-beli barang-masak sendiri. Fuh, seronok. Oleh kerana belum ada apa-apa di dapur, cari jalan. Keluar, tukar duit dan beli makanan. Plan tidak menjadi rupanya, tidak menjumpai money changer yang buka dan kedai makan. Tapi berjumpa pelajar Malaysia yang sudi menukarkan duit dan membantu cari makanan pada sebelah malam. Kejutan kali ini adalah, baru tahu dan diberitahu bahawa wanita di Yaman kebanyakkannya menutup muka. Pakai Burqo'. Adalah ganjil dan asing kalau wanita tidak berburqo'. Erk, kena pakai ka?

kami berenam


3. Kejutan ketiga, hari pertama ke kuliah di Universiti Sains & Teknologi (UST) Yemen. Di sambut meriah oleh tenaga pengajar fakulti sastera dan bahasa. Hari pertama kuliah pula baru tahu kami bakal belajar di bangunan kuliyyah baniin (lelaki).  Membayangkan kami berenam hari-hari kena menempuh 25 hari seterusnya di sana.  Berapa tebalnya muka dirasakan setiap kali berjalan.  Sudahlah cuma berenam muslimat, pakaian warna-warni, burqo jauh sekali. Alhamdulillah, hari-hari tersebut dilalui dengan tabahnya...

Walaupun, hari-hari kami bermula dengan segala macam kejutan budaya. Namun, hari-hari tetap diteruskan dan pelbagai kemanisan lain pula yang kami temui di bumi Yaman...dan akan menulis tentang kemanisan dari Bumi Yaman di entri yang seterusnya...insyaAllah. 

BERSAMBUNG.....



Tinta Saya,
Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's