Hujung minggu terakhir di Malaysia...

Posted by adzlyna86 On 12 December 2010 Comments
Assalamualaikum...

Sekali sekala blog ini di buka, ditutup , dibuka kembali...dek kerana tidak berisi, hidup segan mati tak mahu. Mahu menulis buat kali terakhir pada tahun 2010 di hari-hari terakhir di Malaysia. Pergh. Ayat.. macam mahu pergi jauh dan lama. Jauh memang jauh, Yemen. Lama tidak lama. Cuma sebulan.

Hujung Minggu Terakhir
Hujung minggu terakhir di Malaysia mencatat pengalaman yang cukup berbaloi-baloi buat diri sendiri. Peluang berbengkel 2 hari 1 malam bersama LPN dirasakan menjadi suntikan antibiotik yang cukup kuat kepada diri sebelum berangkat meninggalkan bumi Malaysia selama sebulan.

Dengan segala apa yang dilalui, bertambah keyakinan ALLAH akan membantu hambaNya yang mempunyai azam walau sedikit. ALLAH memberi peluang untuk saya bertemu dengan mereka-mereka yang cukup 'mahal' dan 'berharga'. Memberi peluang kepada saya yang serba-serbi kurangnya menimba sebanyak mana pengalaman yang pasti tidak akan saya jumpai di mana-mana. InsyaAllah, lebih jelas, lebih yakin untuk terus mewakafkan diri ini di jalan ini. Alhamdulillah atas segala takdir yang tercatit untuk diri. Terima kasih tidak terhingga kepada Hu Pang Chaw, Cik Kumutha, Dr Rodziah, Ustazah Zailah, Dr. Halimah atas pengisian di hujung minggu terakhir saya di Malaysia dengan cukup-cukup bermakna...

SINERGI HIDUP KITA
Saya cukup yakin, kita tidak akan jadi baik jika hanya bergantung kepada diri sendiri semata-mata. Orang-orang yang ada disekeliling kita, yang kita temui, yang kita kenali, situasi semasa yang berlaku dalam hidup kita, segala macam unsur luaran yang ada sangat membantu kita untuk menjadi lebih baik sehari-hari. Saya sangat berterima kasih kepada kamu-kamu yang ALLAH takdirkan telah bertemu dengan saya. Baik, buruk, sekejap, lama, ok, k.o yang telah berlaku semuanya mencatat sesuatu dalam lipatan sejarah hidup.

Mahu mencari sinergi baru pula dari republik YAMAN. Bumi Anbia yang mengandungi kisah Ratu Saba' dan empangan Maarib. Doakan moga beroleh banyak 'sesuatu' yang berharga di sana. Mohon doa agar selamat pergi dan kembali...



Tinta Saya, 
Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's