Hampir genap sebulan tidak mengisi blog dari apa-apa post. "Maraton" kerja yang bersambung-sambung menyebabkan hanya mampu melintasi blog sendiri tanpa menambah apa-apa post. Hari-hari yang berlalu, peristiwa-peristiwa, isu-isu yang berlaku di tekuni seadanya dan menambah banyak pengajaran pada diri.
Mengajak sahabat-sahabat untuk menghadamkan buku al Munthalaq karangan tokoh ikhwanul muslimin Iraq : Sheikh Abu ‘Ammar Muhammad Ahmad ar-Rashid. Sentuhan berseni buku haraki tokoh ini wajar kita manfaat kan sebaiknya. Beberapa sub-topik yang menarik untuk menambah sisi pandang kita seperti :
-Hanya Gerhana, Bukan Terbenamnya Matahari
-Golongan Baik Yang Dibinasakan
-Fiqh Amal Jamai’e Dalam Bentuk Baru
-Fokus, Bukannya Meramaikan
-dan lain-lain...
Petikan sajak yang di tulis oleh Dr.Yusuf Al Qaradawi dalam buku ini :
Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah,
anda hidup untuk pemikiran yang benar dan kukuh
Untuk akidah terbesar yang menyelesaikan,
Permasalahan alam yang lampau
Persoalan yang di soal oleh orang yang tertanya-tanya
Semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir
Dari manakah aku datang?Ke manakah aku hendak pergi?
Kenapa aku dijadikan? Adakah aku hidup kembali?
Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa
Terusir segala keraguan yang degil
Terdidiklah fikiran yang waras
Terciptalah akhlak yang mulia
Dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng kepada jalan yang benar dan lurus
Hidupmu akan dikurniakan nilai
Oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina
Supaya matamu memandang di segala ufuk
Ke arah cita-cita yang tinggi
Lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat
Di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana’
Kau tudung bumimu dengan langit
dan para malaikat menjadi saksi
Itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia
Itulah asas, itulah tiang serinya
Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik
dengan namanya; dialah orang yang berbahagia
Kata mereka:
Kebahagiaan terletak pada sikap berdiam diri
pada malu dan kebekuan
hidup di bersama ahli keluarga, bukan hidup orang berhijrah dan terusir
Dengan berjalan di belakang kenderaan
dalam ketenangan dan langkah yang longlai
dengan kamu katakan apa yang dikatakannya
tanpa tentangan dan penolakan terhadapmu
Dengan mengikuti sekumpulan kambing
kamu dipimpin, bukan memimpin
Dengan berteriak untuk setiap penguasa: Hidup kamu…..
Aku berkata:
Hidup ini mesti bergerak, bukan diam dan bukannya beku
hidup adalah perjuangan
Akan berjuangkah orang yang duduk berpeluk tubuh?
Hidup adalah menikmati kelazatan susah, bukan bersedap-sedap dengan tidur
nyenyak.
Ia adalah membela hak, orang merdeka mana tidak membela haknya?
Ia adalah anda merasakan kehinaan itu laksana meminum air nanah.
Ia adalah hidup sebagai khalifah di bumi laksana seorang pemimpin
boleh berkata ‘NO’ dan ‘YES’, apabila anda mahu
dengan pandangan yang tajam.
*Yusuf al-Qardhawi, Majalah al-Tarbiyah al-Islamiyah
Catatan di masa senggang sebentar untuk sama-sama berkongsi & me'refresh' fikrah dan menyucikan hati..Moga terus di kuatkan HATI dan IMAN untuk terus menjadi HAMBA berjiwa PEJUANG untuk SEMUA !
Tinta Saya,