10 perkara simple yang kita selalu lupa (2) ~

Posted by adzlyna86 On 11 January 2010 Comments

6) BREAK YOUR ROUTINE
Keluar dari zon selesa. Kadang-kadang sesuatu benda kita rasa susah, kesusahan yang kita hadapi itu berlawanan daripada rutin kebiasaan kita. Kemampuan kita untuk keluar dari rutin kebiasaan akan membantu kita mencapai sesuatu yang mungkin tidak disangka-sangka.












7) BUILD BRIDGE NO WALL

Seringkali apabila dilanda konflik-masalah-ketidaksefahaman, rasanya ada BENDA yang akan kita BINA? adakah DINDING ataupun JAMBATAN? apabila merasakan wujudnya pertentangan aliran/pendapat kita cenderung meletakkan persepsi negatif terlebih dahulu. "Ish,betul ke budak ni cakap..", "eh..bila masa kitaorg buat mcmtu?","ala..cakap ni bukan semestinya betul..". Situasi sebegini lah yang menyebabkan musnahnya ruang-ruang untuk mendengar dengan baik dan penuh empati. Apa yang terjadi kita mendengar dengan mewujudkan sekali dinding persepsi bukannya jambatan toleransi. Kadang-kadang dalam situasi yang tertentu, tidak salah kita memulakan sesuatu persepsi dengan PERSEPSI yang BAIK. sekurang-kurangnya meminimakan peluang untuk bermulanya sebuah prasangka yg merosakkan hubungan.





8) SAY SOMETHING NICE OR SAY NOTHING
Definisi hikmah dalam memberi nasihat/peringatan diinterpretasikan dalam konteks yang pelbagai. Kasar atau lembut kedua-duanya mempunyai asasnya di dalam sirah. Selalu berlaku pada diri saya terutamanya, apabila maksud baik yang hendak disampaikan terkadang bercampur dengan emosi yang negatif, maka apa yang dirancang secara baik, menjadi sebaliknya. Simple rules yang paling mudah untuk di ikuti untuk berkomunikasi  - treat others well and you will get the best & If a deal hurts them, it will also hurt you. 





9) DON'T WAIT FOR EVERYTHING TO BE PERFECT

Dilema sebegini menjadi persoalan lumrah dikalangan para pendakwah, para penuntut ilmu. "Ilmu aku masih kurang, kefahaman aku masih cetek, kemahiran aku pun masih tumpul - aku masih memiliki semua kekurangan ini, bagaimana untuk memulakan gerak kerja dakwah?". Persoalan saya : sampai tahap mana semua ini akan di iktiraf sebagai PERFECT?. Dan di kala umat ada yang berada dalam kritikal dan semakin jauh dari jalan yang sebenar, dan kita yang  memiliki sedikit ilmu dan kefahaman masih dalam keadaan berkira-kira nak melangkah ataupun tidak? Sampai bila masa yang berlalu kita sia-siakan begitu sahaja.


 “Don't wait until everything is just right. It will never be perfect. There will always be challenges, obstacles and less than perfect conditions. So what. Get started now. With each step you take, you will grow stronger and stronger, more and more skilled, more and more self-confident and more and more successful.”



10) PUT OTHERS BEFORE YOURSELF

di kenali sebagai AL ITSAR dalam prinsip ukhwah. Mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri. Senang cakap. Buat cukup susah. Jika kita mengamalkan sikap ini, kita akan berfikir banyak kali untuk menyakiti hati orang lain jika kita merasakan seolah-olah menyakiti hati sendiri. Apa yang perlu kita rasai dalam usaha mengutamakan orang lain ialah pengorbanan hati dan perasaan. Hati bagi seseorang dianggap salah satu benda paling berharga. Dan benda ini menjadi yang paling susah untuk dikorbankan. Yakinlah, perasaan apabila kita berhasil mendahulukan orang lain cukup manis untuk dirasai !




Akhirnya, berhasil juga menamatkan siri artikel ringkas yang merupakan suatu peringatan buat diri dan orang lain dalam konteks membaiki hubungan sesama manusia. Semoga kita sentiasa berusaha untuk menjadi terbaik bukan untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain.



Dari Abdullah bin Umar r.a Rasulullah s.a.w bersabda,:”Orang Islam itu saudara orang Islam, ia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. Sesiapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari akhirat kelak. Siapa yang menutup rahsia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di hari akhirat kelak.” (Hadith riwayat Bukhari)

WaAllahua'lam.




kredit to : http://thingsweforget.blogspot.com






Tinta Saya,

Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's