Pengajaran Bermakna Sepanjang Program1) Ke mana hilangnya RUH ISLAMI dalam sistem pendidikan kini?semua adik-adik yang bersama-sama kami amat bercita-cita besar..apabila kami bertaaruf tentang cita-cita..sebahagian besar menyatakan..saya mo jadi DOKTOR..saya mo jadi polis.. cita-cita saya mo jadi pensyarah..lafaz yang ingin saya dengar..Saya mo JADI USTAZ! -TIADA-
bukan maksud saya ingin membanding beza tahap kepentingan mahu jadi DOKTOR atau mahu jadi USTAZ. Tetapi,di sini kayu ukur sejauhmana adik-adik ini telah dibentuk oleh sistem pendidikan sekular yang sememangnya mendidik adik-adik ini tidak mempunyai ruh islami yang kuat..tiada kemahuan untuk mendalami lagi ilmu agama berbanding ilmu-ilmu lain!
saya kembali teringat dengan sebuah cerita yang saya pernah dengar dari seorang motivator di Sabah yang bertemu dengan seorang PELAJAR SEKOLAH yang dengan berani meletakkan cita-citanya yang pertama
mencapai kecemerlangan dan mencapai cita-cita,kedua kerana ibu-bapa dan KETIGA Matlamat belajarnya ialah untuk menyebar agama Kristian!penekanan yang lebih untuk penguasaan bahasa inggeris,sains,matematik kini sebenarnya telah terang-terangan mengabaikan keperluan kita untuk mengisi dan mendidik generasi muda Islam ini dengan ruh tarbiyyah islamiyyah yang sebenar. Dan sekolah dari dulu kini dan selamanya tidak pasti masih berfungsi sebagai medan PENGAJARAN semata-mata..bukan medan PENDIDIKAN dalam ertikata sebenar!
ini baru dari segi cita-cita mereka..
dari segi keberkesanan PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM ataupun JQAF sendiri..jauh di hati saya ..ya Allah,kesiannya adik-adik ni..bayangkan dalam kumpulan remaja perempuan yang berumur 13-20 tahun..ada dalam 13 orang dalam kumpulan saya..ada 1 orang sahaja yang menunaikan solat penuh sehari semalam..2 orang 3/4 waktu sehari..yang LAIN?
separuh dari mereka TIDAK SOLAT walau SATU WAKTU DALAM SEHARI..adik-adik ini semuanya telahpun baligh..dan kini siapa yang perlu disalahkan?
saya memikirkan kembali,ini REALITI yang berlaku sekarang..pendidikan Islam yang diterima di sekolah tidak membentuk mereka untuk menunaikan perkara ASAS dan TIANG utama di dalam ISLAM...bagaimana pula nanti?4 tahun akan datang?ketika saya pula bergelar ustazah ketika itu..?....
to be continued...