SECEBIS KISAH SERIBU MAKNA

Posted by adzlyna86 On 09 June 2008 Comments

Dengan nama Allah yang Maha Esa..

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepadamu Ilahi kerana pada saat ini jari ini masih mampu melakukan sesuatu untuk agamaMu..moga semuanya ada nilai ibadah di sisiMu.

Masa..tenaga..iman..hati..akal kita semuanya adalah pinjaman Allah pada kita. Di pinjamkan untuk digunakan sebaik mungkin. Nilai hidup kita sebagai Hamba adalah pada semampu mana kita dapat memberi kepada yang memerlukan.

Memberi faham orang tentang Islam..Memberi tahu orang baik buruk di sisi Allah,Memberi sumbangan kepada yang tidak mampu,memberi kasih sayang kepada orang disekeliling kita,memberi segala-galanya yang kita mampu bahkan memberi melebihi kemampuan kita..tahap ini kita bukan setakat memberi..malahan berkorban!

Saya ingin berkongsi beberapa kisah yang saya alami sepanjang 7 hari bermusafir :

Betapa Jauhnya mereka dari Dakwah

Sepanjang 7 hari perjalanan dakwah kami,kami telah memasuki 4 buah kampung yang terletak agak jauh dari daerah Matunggong. Perjalanan yang memakan masa 1 jam pulang balik,melalui jalan yang “grabber”,berlopak..


Kampung pertama yang kami datangi terletak ditepi laut..pemandangan yang indah diwaktu petang.KG BINGOLUN LAUT. Kampung ini masih tidak ada bekalan elektrik dan air..air yang mereka gunakan adalah air tadahan hujan dan elektrik bergantung dengan generator. Surau yang begitu dhoif dipandangan kami..bukti jarang digunakan. Namun sambutan penduduk disitu terhadap kehadiran kami dirasai. Seusai solat maghrib,kuliah maghrib bertajuk “kalimah syahadah” disampaikan oleh ust abd halim..dan dalam kuliah itu ustaz mengajak para penduduk mengucapkan kalimah toiyyibah “La ilahha illa Allah” mentajdidkan syahadah mereka.


Dalam penerangan yang dibuat oleh imam surau tersebut..sudah 4 TAHUN dakwah tidak dilakukan disana. Tersentak sebentar. Ini baru SEBUAH kampung yang kami lawati..sememangnya jalan masuk ke kampung ini memustahilkan pendakwah untuk kerap datang. Tetapi tempoh 4 TAHUN itu cukup lama..entah berapa ramai yang mungkin murtad.. semakin jauh dari Islam sepanjang tempoh ini..Ya ALLAH..bersalahnya kami..
yang TAHU AGAMA..yang BELAJAR AGAMA..tetapi tidak mampu untuk membantu golongan ini…malah sebelum ini tidak tahu,tidak sedar masih ramai masyarakat Islam di Sabah ini yang jauh dari seruan mengingati Allah dan seruan kepada Islam itu sendiri…


wahai diri yang mengaku pejuang di jalan Allah..yang mengaku DAIE..inilah jalan kita..inilah tanggungjawab yang kita abaikan selama ini…

Inilah Generasi Mata Rantai Islam di SABAH
Kebanyakan masa kami di kg Pemansukan ini kami bersama-sama dengan anak-anak penduduk kampung yang usia mereka dalam lingkungan 5 tahun – 18 tahun. Melihat wajah mereka yang begitu tulus dan suci menggamit hati kecil saya..moga mereka ini terus ditetapkan menjadi muslim yang beriman sampai bila-bila. Entah bila lagi kami berkesempatan bertemu dengan mereka…


Untuk pengetahuan bersama…bukan semua adik-adik ini beragama Islam..
Ifid,Hilman,Fregnon,Rita..ini adalah anak-anak yang belum Islam lagi. Tapi sangat excited bersama-sama kami..belajar IQRA,belajar wudhu..solat bersama.
Hati saya berdoa dan berharap..moga apa yang mereka rasai sepanjang bersama kami akan menjadikan mereka muslim di masa depan. InsyaAllah…Semasa sesi berkenalan dihari kedua kami bersama mereka..time giliran adik Fregnon yang baru berumur 5 tahun memperkenalkan diri dan mengatakan sesuatu untuk kami..apabila ditanya apa yang kamu mo cakap dengan kakak-kakak nie?
Spontan dia menjawab “TERIMA KASIH”..walaupun ianya hanya ucapan yang simple namun cukup berkesan kepada diri saya…

Berharganya Islam!
Sepanjang pengalaman memasuki kampung-kampung tersebut…saya terfikir betapa gigihnya pendakwah Islam zaman dulu yang sanggup berdakwah begitu jauh tanpa kemudahan yang ada seperti sekarang..jalan raya,kereta..sehingga penduduk-penduduk kampung ini bergelar Muslim walaupun hakikatnya masih jauh dari pengamalan Islam sebenar. Sekurang-kurangnya..sejauh-jauh kampung ini pun ada surau yang didirikan bukti ada sebaran Islam di kampung-kampung ini. Orang dulu sanggup menaiki kerbau,menaiki bukit,mengharungi lalang tinggi untuk menyampaikan dakwah.


Suatu kisah yang diceritakan oleh cikgu jamaluddin (aktivis dakwah)- selepas cikgu menerangkan sedikit sebanyak tentang Islam kepada sepasang suami isteri,sekelip mata suaminya berkata kepada isterinya.. “bah,bagus kita masuk Islam la..”..hidayah itu amat dekat dengan mereka,hanya dengan sedikit kata-kata menyingkap tabir hidayah kepada mereka.Hidayah sebenarnya amat dekat..tinggal lagi usaha kita untuk membawa mereka menuju hidayah Allah.

Melihat orang-orang yang kami temui disepanjang perjalanan ini banyak memberi saya pengajaran..melihat mereka yang begitu bersemangat bertanya itu ini tentang Islam..seorang pakcik berumur 81 tahun yang masih mampu datang mendengar kuliah agama..Islam ini begitu berharga buat mereka..hatta mereka ini baru Islam setahun..beberapa tahun.. namun mereka lebih tahu menghargai keislaman mereka.


Amat jauh berbeza dengan masyarakat yang ISLAM secara warisan..Islam sejak lahir..kemahuan dan “sense of belonging” terhadap Islam agak berkurang..berbanding mereka yang baru ISLAM dan masih hidup dikalangan keluarga yang masih ramai belum Islam…


moga secebis kisah ini mampu membawa semua berkongsi rasa..dan membawa kita untuk melipat gandakan usaha kita demi ISLAM di sabah tercinta..usaha kita masih sedikit cuma.. moga Allah menberikan kita kekuatan...insyaAllah.
Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's