“Hujan emas di negeri orang..hujan batu dinegeri sendiri,lebih baik dinegeri sendiri”
Sememangnya inilah realitinya yang sedang berlaku dinegeriku yang tercinta. Meskipun hanya sekadar retorika peribahasa melayu,namun ia amat tepat menggambarkan keadaan Sabah tercinta..
Walaupun dalam tempoh 4 tahun lebih kebanyakan masa,saya berada di oversea (lautan cina selatan) =) merantau membina diri dan menambah ilmu..namun disepanjang tempoh inilah saya menyedari “hujan batu” sememangnya masih melanda negeri tercinta ini.
Sabah merupakan negeri Bungsu dalam salasilah Malaysia,di isytiharkan memasuki Malaysia pada 16 September 1963. Beberapa tahun terlewat dari kemerdekaan tanah melayu 1957. Justeru,berasaskan kepada keterlewatan ini Sabah agak ketinggalan dalam pelbagai aspek. Dalam bidang pendidikan setelah beberapa tahun semenanjung Malaysia menyeragamkan sistem persekolahan,barulah Sabah mengecapi perubahan tersebut. UMS juga salah sebuah IPT yang dibina agak lambat berbanding IPT sedia ada. Dari segi pembangunan material juga agak ketinggalan,jika semenanjung Malaysia telah lama ada KTM yang menghubungkan antara negeri. Di Sabah,Alhamdulillah setakat ini..LANDASAN keretapi yang baru,BARU siap dibina. Menggantikan keretapi antik yang telah lama digunakan. Dan perkhidmatan bas seperti RAPID KL atau METRO?insyaAllah 5 tahun akan datang akan wujud.Sungguh,kita masih jauh lagi..
Baru-baru ini,saya agak terganggu dengan al kisah perjalanan sahabat saya yang begitu bersemangat mencari kerja kosong semasa cuti semester ini. Hampir semua kedai/premis yang didatanginya untuk mencari kerja meletakkan syarat-syarat yang amat mendiskriminasi muslimah. Sebuah premis buku dan stationeri yang agak di kenali di CP-must visit shop- meletakkan syarat tidak boleh bertudung. Sebuah kedai pula yang di dalamnya kedengaran bacaan ayat al quran meletakkan syarat tidak boleh berhenti semasa kerja untuk solat..ini hanyalah 2 kisah sebenar dari mungkin berderet-deret premis/kedai yang ada di sabah yang masih jauh dari islamisasi budaya. Memikirkan kata-kata seorang senior,jika disemenanjung orang yang free hair,berpakaian ketat,berseluar pendek sekurang-kurangnya mereka lakukan solat lima waktu. Tapi disabah..golongan seperti ini masih jauh dari jangkauan islamisasi. Tidak solat,main sport toto, minum arak seperti air coca cola. Kebiasaan yang jauh dari redha Allah.
Cukup meruntun jiwa kita..namun,tidak disalahkan golongan berkenaan ; yang masih mempunyai pengetahuan atau kefahaman Islam yang kurang. Harapan disandarkan kepada anak-anak sabah yang menuntut ilmu di semenanjung atau di mana-mana sekalipun,untuk menjana perubahan di negeri ini. Saya bersetuju dengan kenyataan dari YB Anifah Aman baru-baru ini yang menuntut kuota kemasukan anak-anak Sabah ke IPT perlu ditambah kerana Sabah masih lagi ketinggalan dalam pelbagai aspek. Satu cadangan usaha yang perlu dilaksanakan juga ialah membuka Sekolah Pengajian Islam di UMS. Memudahkan dan meluaskan peluang anak-anak sabah mendalami bidang pengajian Islam. Walaupun kekangan sumber tenaga pengajar,namun ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk di atasi.
Ini mungkin luahan peribadi dari diri yang masih kurang pengalaman dan ilmu..namun saya yakin dan percaya,setiap dari kita yang mempunyai kefahaman Islam yang baik,perlu melakukan sesuatu demi membantu penyebaran faham Islam di negeri kita tercinta.
Dan walaupun Hujan Batu di negeri sendiri..sememangnya lebih baik dinegeri sendiri kerana itulah yang mendidik kita untuj jadi lebih kuat.Practice makes Perfect!