Untukmu Palestin

Posted by adzlyna86 On 29 December 2008 Comments
READ MORE

saudara kita DI BANTAI !!!

Posted by adzlyna86 On 28 December 2008 Comments




*Dipastikan Korban Bertambah Jadi 350 Orang dan 800 Lainnya Luka
[ 28/12/2008 - 08:05 ]

*Dalam 10 Jam Kemarin, Israel Lakukan 170 Serangan Udara, Ratusan Rakyat Meninggal
[ 28/12/2008 - 08:55 ]

*Pembantaian Gaza, Bertambah Jadi 230 Syahid
[ 28/12/2008 - 12:36 ]

*Serangan paling dahsyat sejak dua tahun terakhir
Pembantaian Israel di Gaza, 155 Gugur Syahid [ 27/12/2008 - 01:55 ]

teruskan ikuti berita terkini di http://www.infopalestina.com!


"Ya Allah,yang kami mampu hanya huluran doa kepada saudara dan nyawa-nyawa kami di Palestin.KAU lebih mengetahui betapa mereka telah berhabis-habisan berjuang mempertahankan tanah air mereka sendiri...melindungi keluarga mereka... mempejuangkan hak mereka...Ya Allah,berikan mereka kekuatan bala tentera Khalid Al Walid,Keutuhan semangat tentera Salahuddin Ayubi..ya Allah,alangkah zalimnya kami di sini...beratus-ratus nyawa kami dibunuh di sana..namun bilangan kami yang ramai di sini,tidak mampu berbuat apa-apa..ya Allah zalimnya kami..ampunkan dosa kami ya Allah.."

READ MORE

TV3 – fitnah menteri besar Terengganu?

Posted by adzlyna86 On 18 December 2008 Comments
Di kala menghadap laptop sambil menonton berita,saya tertarik dengan berita TV3 kali ini. Menteri Besar Terengganu YAB Dato Ahmad Said sedang benggang dan bersyarah panjang di dalam parlimen tentang berita yang di siarkan oleh tv3 yang di dakwanya tidak benar dan ada unsur fitnah. Erm..saya berfikir sejenak.

Jauhnya beza. Alangkah tidak sama. Berbeza sekali.

Kalau kita imbas kembali,dulu sebelum tsunami politik PRU 12 individu yang sering di ‘berita’ kan di dalam TV1 atau TV2 atau TV3 ialah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Antara isu yang menjadi ‘buah mulut mereka’ ialah isu ‘kalau manusia samseng..Allah lagi samseng”-isu “orang Utan” – isu anak Tuan Guru Nik Adli yang masuk ISA- ya Allah..bayangkan kalau kita berada di tempat Tuan Guru. Bukan saja melenting,pastinya mengamuk,memprotes habis-habisan atas kezaliman dan fitnah yang terang-terangan di lakukan. Tapi sungguh TGNZ adalah contoh the REAL LEADER yang tidak pernah mengamuk,benggang dengan kezaliman yang dilakukan terhadapnya. Semua dihadapi dengan senyuman,dengan penjelasan yang tenang tapi penuh berhikmah. Mendepani semua kezaliman dengan akhlak yang mulia. Di mana kita akan berjumpa dengan figur kepimpinan ulama sebegini di zaman ini??



READ MORE

DEDIKASI LAGU BUAT ADIK-ADIK YANG KU TEMUI DI JALAN DAKWAH

Posted by adzlyna86 On 10 December 2008 Comments
Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua











READ MORE


Perkongsian Untuk Semua...
Sepanjang 3 hari,waktu yang singkat di sana.perkara yang betul-betul ditekankan sepanjang program ialah :

1) Kesedaran untuk menunaikan solat
2) Pembetulan dan mengajar amali wudhu dan solat
3) Pembentukan kelab belia masjid yang akan menghidupkan masjid selepas ini.


Seruan kepada diri dan sahabat-sahabat...

Turunlah berdakwah..mudahkanlah diri untuk sama-sama melakukan gerak kerja dakwah..kerja ini memang bukan kerja yang senang, tapi sekali kita mencuba,kita pasti akan merasa gian untuk melakukannya lagi.. sebab kita akan TAHU realiti dan betapa MAHUNYA masyarakat kita di negeri Sabah tercinta ini kepada sentuhan dakwah kita...


jika di ukur dengan ilmu agama yang kita ada..sampai bila kita akan merasakan kita tidak layak untuk menyeru orang kepada Islam,tetapi yakinlah,1 amal kebajikan akan di balas dengan 10 kebaikan.SATU ILMU yang kita curahkan 10 ILMU EXTRA akan kita perolehi.

Yakinlah sepanjang jalan dakwah kita..kita akan belajar,di ajar, di tarbiyah serta pelbagai lagi bonus yang menanti..Yakinlah dengan semua ini..
READ MORE



Aktiviti dan Pengisian Sepanjang 1-3 Disember

bersama generasi muda harapan agama Kg Tanah Merah Keningau

1) games kotak beracun..semua adik-adik ni kecut perut..kesian..
2) eh..adik ain pun kena jugak..nasib la..
3) sesi praktikal & correction amik wudhu
4) sesi praktikal & correction solat
5) ustaz kamil mengajar adik-adik muslimin azan dan iqomah
6) sesi brainstorm adik-adik dalam kumpulan
7) ustaz wadud mengajar adik-adik kecik bernasyid
8) sesi 'pilihanraya' MT kelab belia masjid..Undi jangan x undi =)
9) wajah-wajah penggerak kelab belia Masjid yang telah di pilih..

























READ MORE



Pengajaran Bermakna Sepanjang Program


1) Ke mana hilangnya RUH ISLAMI dalam sistem pendidikan kini?
semua adik-adik yang bersama-sama kami amat bercita-cita besar..apabila kami bertaaruf tentang cita-cita..sebahagian besar menyatakan..saya mo jadi DOKTOR..saya mo jadi polis.. cita-cita saya mo jadi pensyarah..lafaz yang ingin saya dengar..Saya mo JADI USTAZ! -TIADA-
bukan maksud saya ingin membanding beza tahap kepentingan mahu jadi DOKTOR atau mahu jadi USTAZ. Tetapi,di sini kayu ukur sejauhmana adik-adik ini telah dibentuk oleh sistem pendidikan sekular yang sememangnya mendidik adik-adik ini tidak mempunyai ruh islami yang kuat..tiada kemahuan untuk mendalami lagi ilmu agama berbanding ilmu-ilmu lain!

saya kembali teringat dengan sebuah cerita yang saya pernah dengar dari seorang motivator di Sabah yang bertemu dengan seorang PELAJAR SEKOLAH yang dengan berani meletakkan cita-citanya yang pertama mencapai kecemerlangan dan mencapai cita-cita,kedua kerana ibu-bapa dan KETIGA Matlamat belajarnya ialah untuk menyebar agama Kristian!

penekanan yang lebih untuk penguasaan bahasa inggeris,sains,matematik kini sebenarnya telah terang-terangan mengabaikan keperluan kita untuk mengisi dan mendidik generasi muda Islam ini dengan ruh tarbiyyah islamiyyah yang sebenar. Dan sekolah dari dulu kini dan selamanya tidak pasti masih berfungsi sebagai medan PENGAJARAN semata-mata..bukan medan PENDIDIKAN dalam ertikata sebenar!

ini baru dari segi cita-cita mereka..

dari segi keberkesanan PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM ataupun JQAF sendiri..jauh di hati saya ..ya Allah,kesiannya adik-adik ni..bayangkan dalam kumpulan remaja perempuan yang berumur 13-20 tahun..ada dalam 13 orang dalam kumpulan saya..ada 1 orang sahaja yang menunaikan solat penuh sehari semalam..2 orang 3/4 waktu sehari..yang LAIN?
separuh dari mereka TIDAK SOLAT walau SATU WAKTU DALAM SEHARI..adik-adik ini semuanya telahpun baligh..dan kini siapa yang perlu disalahkan?
saya memikirkan kembali,ini REALITI yang berlaku sekarang..pendidikan Islam yang diterima di sekolah tidak membentuk mereka untuk menunaikan perkara ASAS dan TIANG utama di dalam ISLAM...bagaimana pula nanti?4 tahun akan datang?ketika saya pula bergelar ustazah ketika itu..?....

to be continued...
READ MORE
Wajah-Wajah Peserta di Hari Pertama Pertemuan Kami

saksikanlah wajah adik-adik yang tulus mulus..kami datang dengan debaran..mereka datang dengan harapan..

adik-adik :
apalah kakak-kakak ni mo buat dengan kami ni?Best ka program ni?
macam garang ja kakak-kakak nie..

kami :
budak-budak ni tahap pemahaman Islam dorang macamana ya?
dah la budak perempuan dalam 30 lebih..kakak2nya ada dua orang jak..mampu kah kami ni?


ni la antara perasaan dan persoalan yang bermain di fikiran masing-masing..







READ MORE

Our Journey To Keningau

Posted by adzlyna86 On 08 December 2008 Comments
Prolog

Alhamdulillah dengan izinNya...cuti kali ini,saya berpeluang sekali lagi untuk ikut serta program latihan kader dakwah anjuran Yayasan Itmam. Jika bulan Jun lalu,di Kg Pemansukan Kudat. Kali ini medan kami ialah di Kg Tanah Merah,Keningau...walaupun kali ini tidak cukup korum pun,hanya dua orang serikandi.. saya dan sahabat baik saya Nor.setelah berusaha untuk mencari dan melamar sahabat2 lain untuk turut sama,Alhamdulillah tenaga 2 orang muslimat dan 6 orang muslimin diperolehi untuk misi dakwah kali ini.

Dalam cuti yang begitu singkat kali ini,saya amat-amat bersyukur pada Allah atas peluang kali ini…

…Perjalanan Ke program…

Jam 10 pagi bertolak dari pekan membakut..satu sign Allah memudahkan perjalanan kali ini..diwaktu kami berkira-kira cukup atau tidak wang tambang untuk menuju ke keningau..al maklumlah,KPM tak masuk lagi..ongkos pun cukup-cukup makan…abang sahabat saya ; Nor yang kebetulan juga balik ke maktab di keningau telah bermurah hati menumpangkan kami.alhamdulillah.

Jam 2 ptg kami bertolak dari KK menuju ke keningau. Seingat saya sebelum ini,saya pernah menjejakkan kaki ke keningau..ketika berumur 12 tahun. Ketika itu, menaiki kereta api antik dari beaufort ke tenom..kemudian naik van ke keningau. Ini di kira kali kedua..dan kali pertama naik kereta.

Sungguh jalan ke keningau ni sangat ‘BEST’. Tidak pernah saya tidak tidur dalam perjalanan jauh..tapi kali ini mata saya tidak dapat lelap..sebab bak kata nuur,jalannya macam usus..hehe..boleh anda bayangkan?sepanjang perjalanan menikmati panorama dan mengira bukit yang di lalui sambil menghabiskan minyak kayu putih ditangan,sehingga separuh minyak panas ini dihabiskan..pening banget!

Petang Pertama


Selepas pengalaman di kg pemansukan,Kudat…kami memahami dan tahu bahawa tidak mudah menjangkakan apa yang bakal kami hadapi. Kawasan terpencil?Tiada Line?Tiada Air?Kurang Sambutan? Tidur bertemankan nyamuk? Semua kemungkinan ini ada di depan kami…

Kira-kira jam 5 petang kami sampai di Kg Tanah Merah. Kali ini program kami dibuat di masjid dan penginapan kami di teratak mewah di sebelah masjid. Alhamdulillah. Ustaz Abd Halim dan Ustazah rosnani menyambut ketibaan kami.. “Eh..Azlinah,Bukan Berenam?”Sapa Ustazah. Kami tersenyum. “Maaf Ustazah,Yang ni ja’ dapat dtg..yang lain ada hal masing2”...
READ MORE

DILEMA BIDANG PENDIDIKAN : SEKITAR ISU Pengajaran Pembelajaran Sains Matematik Dalam BI

Posted by adzlyna86 On 25 November 2008 Comments


Sekian lama hanya menjadi pemerhati dan pembaca isu PPSMI sama ada di media cetak mahu pun di alam maya. Saya terpanggil untuk menulis berkenaan isu ini. Memandangkan zon saya kini berlegar di sekitar alam pendidikan.Mak Ayah kedua-duanya pendidik,saya sendiri masih berjuang menghabiskan sarjana muda dalam bidang pendidikan. Justeru,isu ini amat dekat pada diri saya.

Setelah keluarnya keputusan UPSR 2008, pelbagai lontaran,analisis,kesimpulan telah dikeluarkan oleh segenap pihak-Kementerian Pendidikan,Pihak Sekolah,Pihak ibu bapa,masyarakat umumnya dan Badan-badan NGO. Isunya berlegar sekitar SEJAUHMANA BERKESANNYA PPSMI KEPADA PELAJAR KITA?

Mengimbas kembali zaman muda-muda dulu,ketika sekolah menengah,walaupun saya adalah aliran sains tulen + pengkhususan agama..penguasaan saya kepada subjek logik seperti matematik, matematik tambahan dan fizik adalah kurang. Berbanding subjek sastera seperti Bahasa Melayu,Inggeris,Sejarah,P.Syariah Islamiah,P.Quran Sunnah. Saya merupakan bukan pelajar favourite dalam kelas matematik tambahan sebab sering terlena di kala pelajar lain bertungkus lumus memahami rumus dan formula dalam add-math =) dan terhasillah saya kini~Meneruskan pelajaran dalam bidang pendidikan dan angan-angan mat jenin saya ingin menjadi doktor telah pun hilang entah ke mana..

Yang ingin saya kaitkan di sini,berdasarkan kisah benar diri sendiri ialah dalam aspek psikologi pelajar yang realitinya memiliki kecenderungan masing-masing. Jika melihat dari penggunaan otak kanan dan otak kiri pun sudah mencetuskan perbezaan yang ketara di kalangan pelajar. Teori multiple intelligence (Howard Gardner) juga menyatakan manusia mempunyai 9 jenis kecerdasan yang berbeza.Pastinya ada pelajar yang tidak minat Matematik dan cenderung pada Bahasa akan menjadikannya halangan untuk menggunakan kemahiran Bahasa yang dimilikinya secara optimum. Begitu juga yang lemah Bahasa Inggeris akan menjadikan faktor ini sebagai penghalang untuk lebih memahami Bidang sains dan Matematik. Sistem pendidikan kini seharusnya lebih fleksibel untuk menerima pelajar yang mahir dalam kedua-dua bidang sama ada sains & matematik mahupun dalam bidang bahasa semata-mata. Perumpamaan yang saya boleh simpulkan ‘kuih-muih yang pelbagai bentuk akan memeriahkan lagi dunia kuih-muih’ Hakikatnya semua kepelbagaian ini merupakan aset berharga buat negara.

Dari satu segi pula saya memetik kenyataan PKPIM dalam menolak PPSMI antaranya : Kajian yang “lebih” jujur dan tidak berkepentingan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron dan kajian Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin di bawah payung UKM-DBP misalnya menunjukkan mereka yang di bandar dan mereka yang dari keluarga yang berpendapatan tinggi mendapat manfaat dari PPSMI manakala majoriti pelajar luar bandar lebih terdera. Dengan PPSMI jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar. Yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu kerana mereka kira-kira 70% penduduk luar bandar dan ini amat tidak adil kerana mereka dinafikan pendidikan berkualiti.

Sampai bila kita tidak mempedulikan situasi pelajar luar Bandar yang sukar untuk mencapai tahap piawaian yang ditetapkan iaitu mahir b.inggeris,matematik dan sains. Di kala mereka masih terkial-kial untuk memahirkan diri dalam bahasa inggeris dan bebanan ini di bawa untuk mempelajari subjek matematik dan sains pula.

Alternatif yang saya boleh simpulkan melalui pembacaan dan penelitian pendapat sekitar isu ini ialah jangan di gadaikan terus masa depan tunas muda negara kita. Saya amat yakin Bahasa Inggeris dapat di kuasai oleh pelajar melalui pemerkasaan sistem pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Hakikatnya tidak cukup melalui Gred A-B-C kita menilai penguasaan bahasa. Sistem exam-oriented ini membentuk pelajar-pelajar yang cemerlang di kertas peperiksaan namun gagal dari segi aplikasi dan penggunaannya. Perlu pengajaran dan pembelajaran yang lebih praktikal.

Saya juga beriman jika pelajar ini sudah mempunyai asas yang kukuh dalam Bahasa Inggeris,campak ke mana pun..mereka pasti boleh survive! Situasi yang ada sekarang seolah-olah yang di kejar tak dapat yang di kendong berciciran. Dan realitinya peratusan pelajar yang mampu ‘menggendong’ kedua-dua aspek masih rendah…

Sekadar luahan pendapat diri yang masih merangkak menimba ilmu...

-Zon Cuti Kampus:Tengahari
-Home Sweet Home

READ MORE

i'm going BACK home!

Posted by adzlyna86 On 17 November 2008 Comments


AK5110
(KUL-BKI) KL-KK
1030 Hrs-1255 Hrs
24 Nov 2008

Setelah 2 minggu berdepan dengan exam,kini saya menghitung hari untuk balik ke tanah air tercinta..hari-hari yang berlalu menunggu tarikh penerbangan begitu lambat dirasakan berlalu..
almaklumlah,semua kawan-kawan (ijah..nor..jita..ckyn..aan dll) dah balik sejurus saja exam abis..tinggallah saya masih di Um ..menyelesaikan urusan yang belum selesai..dan masih ada tanggunggjawab masih perlu di penuhi..dan di sebabkan cuti kali ini tersangat pendek,betul-betul rasa tak sabar mo balik rumah... =(

oleh sebab kampung saya terletak nun jauh di sana..overseas..dan pulangnya ke kampung halaman paling kerap 2 kali setahun..jadi tiap2 saat-saat kepulangan sememangnya di tunggu-tunggu..dan setiap kali balik ke kampung..mesti ada AZAM balik kampung menyertai..kali ini saya berazam akan memanfaatkan kepulangan ke rumah dan masa bersama keluarga sebaik mungkin dari cuti yang lalu..rumah adalah Medan dakwah yang paling HAMPIR dan paling BESAR pada kita..

Firman Allah SWT, di dalam Surah at Tahrim : 6
“Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”

saya menulis untuk memberi ingat kepada DIRI yang selalu LALAI dan TERLUPA..pulang kita pulang bermakna..pulang bermisi..moga peluang dan ruang yang ALLAH bagi ini di gunakan sebaik mungkin.. insyaAllah..
READ MORE

I wanna be someone!

Posted by adzlyna86 On Comments
Aku ingin jadi seorang hamba Allah yang…
setiap kerdipan matanya dia ingat pada Allah
setiap helaan nafasnya dia ingat pada Allah
setiap degupan jantungnya berdegup dia ingat pada Allah

Aku ingin jadi seorang muslim yang…
Sedar tahap mana imannya sehari-hari
Tidak pernah jemu memperbaiki hatinya yang kotor & berkarat
Tidak jemu melawan nafsu amarah yang ada di dalam diri
Sentiasa TAHU dan SEDAR bahawa dirin
ya banyak melakukan dosa
Sentiasa berhempas pulas memohon ampunan & bertaubat kpd Mu ya Allah

Tidak lupa pada NIKMAT – NIKMAT yang Allah beri percuma
Hatinya penuh dengan ingatan kepada Allah
Merindui SyurgaNya yang masih jauh dari genggaman tangan..

Ya Allah..
Aku memohon kekuatan untuk memperbaiki HATI ini…




Kolej Kediaman Kinabalu
4:44 PM
Intisor 86
READ MORE

buat warga UM - LAKIUM 08'

Posted by adzlyna86 On 06 November 2008 Comments

~Teambuilding~

~Pengisian Rohani~

~Outdoor Games~

JOm SertaI Sekarang!

Untuk menyertai Lakium 08 emelkan butiran berikut kepada LakiumPMIUM@gmail.com :-

  1. Nama
  2. Fakulti / Tahun pengajian
  3. No Matriks
  4. No telefon
Yuran penyertaan cuma RM15 dan 20 penyertaan terawal akan menerima cenderamata menarik dari kami. Jadi tunggu apa lagi? Jom sertai Lakium 08!
Sebarang masalah, hubungi nombor berikut :
  • 019 3747584
  • 012 5841704

atau datang terus ke Sekretariat PMIUM, No 15, Aras 2, Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya

http://lakium08.blogspot.com/

READ MORE

EXAM MODE!

Posted by adzlyna86 On 02 November 2008 Comments

"setiap kesusahan pasti ada kesenangan"

kepada semua sahabat2 REAL,
semua sahabat2 SMPI 07.08,
semua sahabat2 Marsis seluruh IPT,
semua warga kolej kinabalu,
Adik-adik Usrah
roomate A102..

GOOD LUCK EXAM!
sekiranya kamu berazam..bertawakallah kepada Allah SWT.

GANBATE!!!
READ MORE

AMARAN pada DIRI SENDIRI !!!!

Posted by adzlyna86 On 15 October 2008 Comments
APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG (Qatrunnada)

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan
Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang

Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan
Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan

Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan

Sebenarnya apa yang Engkau hendak perjuangkan...

"Ya ALLAH Bantulah hambaMU memperbaiki HATI ini"
READ MORE

unexpectable LESSON in Taxi?

Posted by adzlyna86 On 10 October 2008 Comments

Bismillahirahmanirrahim..
Salam lebaran buat semua sahabat-sahabat yang mengenali diri. masih nda terlambat rasanya kan?lama nda menulis entry diblog yang serba kurang berupdate ni..hehe.selalu lalu dan singgah ja tanpa mengisinya. namun kali ini saya tersangat ingin berkongsi sesuatu melalui blog nie..


Jam 11.30 malam
UM-Vista Angkasa
Dalam Teksi

"masa yang ada sangat singkat dan kerja ni mesti disiapkan..mesti pi rumah aan ni",setelah berusaha menyiapkan task yang ada,namun masih kekurangan bahan dan idea..first aid dari sahabat amat-amat diperlukan. Justeru,saya mengambil keputusan. Pegi rumah aan. walaupun jam telah mencecah 11 malam..saya nekad.fikiran serabut dan rasa tension menguasai..EQ saya tidak berfungsi dengan baik malam tu..sehingga menitis juga airmata..huhu.

tempat menunggu teksi terdekat dgn api,di kolej 12..nsb baik Allah memudahkan perjalanan.. bertembung dgn sahabat yang sudi menumpangkan ke kolej 12. selama 3o minit menunggu teksi..2-3 teksi berlalu..masih xda rezeki..hati sudah mula risau,nda lama lagi jam 12 ni.
at last..jam 11.30 malam barulah ada rezeki..sebuah teksi berhenti.Driver teksi nie india..
perjalanan ke vista amik masa dalam 5 minit ja sebenarnya.

Pakcik teksi ni memulakan perbualan :

Pakcik : Naib baik adik tak pakai semua hitam,kalau tidak pakcik tak berhenti tadi. ingat itu orang arab la..
Saya : yeke pakcik..kenapa dgn orang arab pakcik?
Pakcik : itu orang sangat kasar..dia main buang saja itu duit dgn pakcik,pakcik lempar balik itu duit..
Saya : oh..ada juga org cmtu ke pakcik?
Pakcik : dia tidak tau ka..semua orang ada malaikat yang menjaga kita dan kita perlu berbuat baik tidak kira agama lain..bangsa lain..
saya : betul2 pakcik
Pakcik : dalam kehidupan kita,kita perlu lakukan yang terbaik untuk diri kita dan juga pada orang lain.

saya tersentak..Ya Allah..rasa terlepas beban yang ada dalam fikiran..sangat berkebetulan dengan apa yang saya lalui. disaat saya rasa hilang tenaga dan semangat tuk meneruskan kerja yang perlu diselesaikan..butir-butir kata pakcik teksi ini sangat bermakna utk saya pada saat itu.
jangan putus asa dalam melakukan sesuatu sama ada utk diri dan orang lain!kerana itu tugas asasi kita..mesti buat!

lagi yang sempat dibualkan dalam perjalanan ke vista..

Pakcik : adik sudah ada boyfren ka?
Saya : tkdela pkck,belajar dulu..
pakcik : satu nasihat saya kepada kamu sebagai pelajar..semasa belajar tidak payah ada boyfren. kalau dulu time pakcik muda2 dulu pakcik pun marah kalau orang bagi nasihat dengan pakcik, tapi ini pakcik bagi nasihat pada kamu..tidak perlu ada boyfren semasa kamu belajar..kamu kena belajar bagus-bagus...

...perbualan kami terhenti kerana sudah sampai ke destinasi...terima kasih banyak2 pakcik!
saya mengakhiri perbualan kami.

masa yang singkat..dari orang yang x dijangka pun..namun pengalaman dan pengajaran yang diberi cukup memberikan saya kekuatan.untuk terus kuat melakukan yang terbaik untuk diri dan orang lain. di kala manusia sekarang yang ramainya tidak tahu erti hidup sebenar..pakcik teksi ini cukup jelas dgn falsafah kehidupan..moga hidayah Allah akan menyapa dirinya..thanks 4 da lesson pakcik!

"saya bertambah yakin dan percaya...setiap apa yang ada dan berlaku disekeliling kita amat bernilai buat kita. kecil atau besar..dan perkara kecil itu kadang-kadang membawa erti yang besar utk kita.setiap hari adalah anugerah dan berusahalah memaknakan kehidupan kita dengan sepositif mungkin!"
READ MORE

eksperimen BANDURA : kaitan dengan dakwah bilhal?

Posted by adzlyna86 On 21 September 2008 Comments

bismillahirahmanirrahim..

saya ingin berkongsi satu teori yang dibuktikan melalui EKSPERIMEN BANDURA-albert Bandura berkaitan dengan teori pembelajaran permodelan..sungguhpun subjek kali ni dibawah pengajaran Mr Ananda yang begitu mencabar..tapi cukup banyak mengajar diri untuk lebih memahami diri dan orang lain...psikologi is all about to understand people in a proper way.

EKSPERIMEN BANDURA
kanak-kanak pra sekolah dibahagikan kepada 5 kumpulan : di beri pengalaman berbeza...
1) kanak-kanak tengok LIVE seorang dewasa memukul patung bobo doll
2) kanak-kanak tengok filem yg menayangkan situasi yg sama
3) kanak-kanak tgk kartun yang bertingkahlaku sama mcm di atas
4) kanak-kanak tidak diberi pengalaman langsung
5) kanak-kanak perhati seorang dewasa yang tidak agresif

dan selepas menjalakankan 5 situasi ini,test telah dilakukan kepada kanak-kanak tersebut.
mereka diberikan bobo doll juga dan akan dilihat apa yang akan mereka lakukan kepada bobo doll itu..hasilnya mengikut rangking paling agresif tindakan kepada bobo doll..
1) TENGOK LIVE
2) TENGOK FILEM
3) TENGOK KARTUN
4) Kumpulan 4 & 5 ; TIDAK AGRESIF
paling minima tindakan kepada bobo doll adalah kumpulan 5.

moral of this story ; action speak louder than words. segala-galanya melalui teladan. Mesti sedar bahawa kita yang bergelar daie dan mujahid adalah model terbaik kepada orang lain..dakwah bil hal itu kesannya lagi hebat kepada mad'u kita...
READ MORE

BICARA KEKUATAN BUAT DIRI

Posted by adzlyna86 On 08 September 2008 Comments
SALAM RAMADHAN AL MUBARAK..
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. dia Telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. dia (Allah) Telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, Maka Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. dia adalah Pelindungmu, Maka dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik- baik penolong.

(SURAH AL HAJJ :78)
READ MORE

KEMERIAHAN HUJUNG MINGGU INI

Posted by adzlyna86 On 30 August 2008 Comments
Kita sangat bertuah pada tahun ini kerana berkesempatan meraikan dan menyambut dua peristiwa yang begitu signifikan kepada kita selaku warganegara Malaysia dan selaku seorang Muslim. Ramadhan Al Mubarak dan Hari Kemerdekaan ke 51.

Baru saja kita melepasi kemeriahan Pilihanraya Permatang Pauh diteruskan dengan Pembentangan Bajet ke 9 dan menjelang 31 Ogos 2008 laungan kemerdekaan pula akan bergema dan diteruskan dengan kemeriahan menyambut kehadiran Ramadhan Al Mubarak..sememangnya minggu ini sangat meriah.

Apabila melalui minggu ini,ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya untuk diperkatakan. Saya begitu tertarik dengan filem pendek 10 tahun sebelum merdeka yang telah ditayangkan semasa Malam Forum kemerdekaan PMIUM baru-baru ini. Menyedari bahawa usaha mencapai kemerdekaan Negara adalah bukan mudah dan terlalu banyak UNTOLD STORIES & HISTORY yang tidak kita ketahui. Melihat filem ini,kita akan menyedari dan lebih faham SIAPA yang lebih IKHLAS dan lebih BERJASA dalam mencapai kemerdekaan yang kita ada sekarang. Melihat dan mendengar bicara mantan-mantan pejuang-pejuang yang tidak disebut dalam buku sejarah kita,cukup memberikan pengajaran pada diri. Kesusahan menjadikan kita lebih kuat.

Sekitar isu merdeka juga, saya masih memikirkan di atas rasional apa kabinet meluluskan konsert Avri Lavigne pada malam ini 29 Julai 2008. Ni kata pak menteri ;
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Mohd Shafie Apdal berkata, kebenaran itu dibuat Kabinet kelmarin selepas meneliti jaminan penganjur konsert, Galaxy Group dan mengarahkan kementeriannya memantau perjalanan konsert itu.

"Pemantauan harus dilakukan oleh Kementerian supaya ia (konsert) tidak bercanggah dengan budaya dan nilai masyarakat Malaysia," katanya kepada Bernama semalam.
Shafie berkata,kementeriannya menetapkan prasyarat dan peraturan kepada penganjur agar konsert itu tidak menjejaskan budaya dan penerapan nilai yang tidak baik di kalangan anak-anak muda khususnya dalam bulan Merdeka


Saya memikirkan apakah yang akan dilakukan penganjur agar konsert ini tidak menjejaskan budaya dan penerapan tidak baik di kalangan anak muda?Pilihan jawapan yang ada :
a) menyuruh avril menyanyi dengan bersopan santun,tidak terkinja-kinja.
b) tidak ada percampuran semasa konsert ; lelaki asing perempuan asing ~ macam konsert di Kelantan ~
c) menetapkan kod etika pakaian. Berpakaian sopan.
d) lagu-lagu orang putih yang dinyanyikan mestilah berfaedah.

Mustahil untuk dilakukan. Jadi kenapa masih tega membenarkan konsert ini di jalankan. Sedangkan mustahil syarat yang di tetapkan itu dipenuhi secara sempurna. Hanya untuk menyedapkan hati dan telinga pihak-pihak yang membantah. Pendirian yang sama saya kemukakan kepada semua konsert-konsert mungkar yang telah ataupun bakal di adakan di Negara kita yang tercinta. Tidak patut di adakan. Isunya di sini , layakkah kemurnian sambutan kemerdekaan kita dari tangan penjajah ; walaupun tidak sepenuhnya,di sambut dan dimeriahkan dengan konsert-konsert sebegini? Bukan kah kita ada alternatif lain buat anak-anak muda. Setiap tahun setiap detik 31 ogos akan berjumpa isu yang sama. Bilakah pembaharuan akan dilakukan? Didiklah generasi yang kemaruk hiburan ini dengan sesuatu yang lebih bermakna.

Dan apabila kita menyusuri kembali kepada pokok asas masalah ialah sudah tentunya semua ini berlaku kerana setiap pelaksanaan dan penguatkuasaan adalah tidak berasaskan kepada apa yang Islam perintahkan. Kalau ada Islam hanya separuh-separuh,suku-suku..Islam hanya pada Doa dan Solat mereka sahaja. Redha Allah bukan menjadi Core Bussines dan matlamat penting.

Semoga kedatangan Ramadhan yang bakal menjelang sejurus selepas kemerdekaan akan memuhasabah kita dan menjadikan kita lebih baik dari masa ke masa. Semoga Negara kita yang tercinta akan menjadi baldatun tayyibatun wa rabbun ghaffur..negara yang sejahtera dan dirahmati Allah pada satu hari kelak. Itu impian kita. Ke arah itu..dont just talk,work for IT!

-Jumaat 29 Julai 2008 Jam 8.00 malam-
READ MORE

DO WE CARE???

Posted by adzlyna86 On 11 August 2008 Comments

KAHWIN BERLAINAN AGAMA SEMAKIN SERIUS
Oleh Nabila Abdullah

KOTA KINABALU - Masalah kahwin campur berlainan agama semakin serius di Sabah disebabkan kurangnya pemantauan dan kawalan yang lemah oleh Jabatan Agama Islam Sabah, kata Ustaz Anuar Ali. Menurutnya, tindakan perlahan oleh jabatan agama negeri apabila menerima aduan orang ramai terhadap masalah itu menyebabkan kes berkenaan bertambah.Setakat ini telah berusaha menangani masalah ini dengan memberi kaunseling bagi menyedarkan mereka melalui persatuan mualaf di bawah Yayasan Mualaf, kata beliau yang dihubungi Harakahdaily.
Katanya, pergerakan Islam lain seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) turut memainkan peranan dalam menangani masalah ini tetapi peranan itu agak terhad, katanya.Selain kahwin campur berlainan agama, beliau juga bimbang gejala murtad yang semakin teruk di Sabah.
Sumber; www.harakahdaily.net ( 29 Mei 2006) dengan sedikit pindaan

ILLEGALS GO INTO HIDING
from : http://pemudasabah.blogspot.com/

More than 1,000 Filipinos and Indonesians have been detained over the last 72 hours after Ops Bersepadu was launched to flush out illegal immigrants. The comprehensive multi enforcement agency operations aimed at regularising migrant workers but at the same time deporting illegal immigrants saw over 3,000 people brought to two screening centres set up here.
Deputy Sabah Police Commissioner Datuk Abdul Razak Abdul Ghani said a total of 1,032 were found to be illegal immigrants as of Saturday. Those detained were sent to the temporary immigration detention centres in Menggatal here as well as in the newly opened one in Kota Belud. From there they will be deported once their travel documents are in place.


Perkembangan Islam di Sarawak (1960 – 2000)

Melayu 18.7- 20- 20- 22- 23
Iban 0.05-0.1-0.2-0.3-0.6
Bidayuh 0.01-0.02-0.1-0.15 0.2
Melanau NA- 4.3- 4.4- 4.6- 4.5
Bumiputera Lain NA-0.9-0.9-1.1-1.1
Cina 0.06-0.05-0.1-0.1-0.4
Lain-lain NA-0.5-0.6-0.6-0.2
Jumlah 23 26 26 28 30Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Sarawak 1960 - 2000
Jadual ini menunjukkan pertambahan umat Islam sebanyak 7% dalam tempoh 40 tahun berbanding dengan jumlah keseluruhan penduduk di negeri Sarawak. Walau bagaimanapun, sebahagian besar pertumbuhan tersebut disumbang oleh peningkatan jumlah umat Islam dari kalangan orang-orang Melayu yang asalnya beragama Islam (4.3%). Manakala perkembangan Islam dalam kalangan penduduk bukan Melayu berkembang secara amat perlahan (2.7%) dalam tempoh yang sama.


Perkembangan Kristian di Sarawak 1960 – 2000

Melayu NA/0.02/0 /0/ 0
Iban 3.6/ 5.8/ 11/ 16/ 21
Bidayuh 2.1/ 4.4/ 5.9/ 7.3/ 7.6
Melanau NA/0.5/ 0.7/ 0.9 1
Bumiputera Lain NA/ 3.2/ 3.7/ 4.4/ 4.5
Cina NA/5.1/ 6.8/ 7.5/ 9.3
Lain-lain NA/ 0.2/ 0.4 /0.1 /0.1
Jumlah 16 /19/ 28.5/ 37/ 43Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Sarawak 1960 – 2000
berbanding dengan kadar pertumbuhan umat Islam yang bergerak secara perlahan seperti yang dapat dilihat dalam Jadual di atas, perkembangan agama Kristian pula menyaksikan kadar pertumbuhan yang amat pesat iaitu sebanyak hampir tiga kali ganda dalam tempoh yang sama dalam kalangan semua bangsa bukan Melayu di negeri Sarawak.
sumber : LATIHAN DAKWAH DI SARAWAK : SOROTAN DAN MASA DEPAN OLEH ;
Dr Azhar Ahmad,Jabatan Pelajaran Sarawak (http://disertasi.blogspot.com/)

ANGKA DAN FAKTA YANG DIBAWA MENUNTUT PERHATIAN KITA UNTUK LEBIH
BERSEDIA DAN LEBIH SEDAR BAHAWA TANAH AIR KITA..SABAH SARAWAK MEMERLUKAN
KITA...!!!
READ MORE

ITS SUCH A LONG TIME =)

Posted by adzlyna86 On 27 July 2008 Comments
wah..its such a long time saya tidak menulis sesuatu di jendela blog ini.
i'm restructring back my life...my studies,mymarsis,mylajpen,mylife...
i will come back soon for my blog. InsyaAllah.

"kepenatan yang dirasai cuma secebis usaha untuk menebus dosa-dosa
kita,kekuatan yang hakiki datangNya dari yang Esa,teruskan meniti JALAN
INI"
READ MORE

my journey of dakwah

Posted by adzlyna86 On 11 June 2008 Comments
READ MORE

"belajar dari gambar"

Posted by adzlyna86 On Comments
`sebuah rumah di kg suang suka'
pemandangan pantai kg suang suka
barisan mujahidah sabah
subhanaAllah
realiti masyarakat sabah





READ MORE

SECEBIS KISAH SERIBU MAKNA

Posted by adzlyna86 On 09 June 2008 Comments

Dengan nama Allah yang Maha Esa..

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepadamu Ilahi kerana pada saat ini jari ini masih mampu melakukan sesuatu untuk agamaMu..moga semuanya ada nilai ibadah di sisiMu.

Masa..tenaga..iman..hati..akal kita semuanya adalah pinjaman Allah pada kita. Di pinjamkan untuk digunakan sebaik mungkin. Nilai hidup kita sebagai Hamba adalah pada semampu mana kita dapat memberi kepada yang memerlukan.

Memberi faham orang tentang Islam..Memberi tahu orang baik buruk di sisi Allah,Memberi sumbangan kepada yang tidak mampu,memberi kasih sayang kepada orang disekeliling kita,memberi segala-galanya yang kita mampu bahkan memberi melebihi kemampuan kita..tahap ini kita bukan setakat memberi..malahan berkorban!

Saya ingin berkongsi beberapa kisah yang saya alami sepanjang 7 hari bermusafir :

Betapa Jauhnya mereka dari Dakwah

Sepanjang 7 hari perjalanan dakwah kami,kami telah memasuki 4 buah kampung yang terletak agak jauh dari daerah Matunggong. Perjalanan yang memakan masa 1 jam pulang balik,melalui jalan yang “grabber”,berlopak..


Kampung pertama yang kami datangi terletak ditepi laut..pemandangan yang indah diwaktu petang.KG BINGOLUN LAUT. Kampung ini masih tidak ada bekalan elektrik dan air..air yang mereka gunakan adalah air tadahan hujan dan elektrik bergantung dengan generator. Surau yang begitu dhoif dipandangan kami..bukti jarang digunakan. Namun sambutan penduduk disitu terhadap kehadiran kami dirasai. Seusai solat maghrib,kuliah maghrib bertajuk “kalimah syahadah” disampaikan oleh ust abd halim..dan dalam kuliah itu ustaz mengajak para penduduk mengucapkan kalimah toiyyibah “La ilahha illa Allah” mentajdidkan syahadah mereka.


Dalam penerangan yang dibuat oleh imam surau tersebut..sudah 4 TAHUN dakwah tidak dilakukan disana. Tersentak sebentar. Ini baru SEBUAH kampung yang kami lawati..sememangnya jalan masuk ke kampung ini memustahilkan pendakwah untuk kerap datang. Tetapi tempoh 4 TAHUN itu cukup lama..entah berapa ramai yang mungkin murtad.. semakin jauh dari Islam sepanjang tempoh ini..Ya ALLAH..bersalahnya kami..
yang TAHU AGAMA..yang BELAJAR AGAMA..tetapi tidak mampu untuk membantu golongan ini…malah sebelum ini tidak tahu,tidak sedar masih ramai masyarakat Islam di Sabah ini yang jauh dari seruan mengingati Allah dan seruan kepada Islam itu sendiri…


wahai diri yang mengaku pejuang di jalan Allah..yang mengaku DAIE..inilah jalan kita..inilah tanggungjawab yang kita abaikan selama ini…

Inilah Generasi Mata Rantai Islam di SABAH
Kebanyakan masa kami di kg Pemansukan ini kami bersama-sama dengan anak-anak penduduk kampung yang usia mereka dalam lingkungan 5 tahun – 18 tahun. Melihat wajah mereka yang begitu tulus dan suci menggamit hati kecil saya..moga mereka ini terus ditetapkan menjadi muslim yang beriman sampai bila-bila. Entah bila lagi kami berkesempatan bertemu dengan mereka…


Untuk pengetahuan bersama…bukan semua adik-adik ini beragama Islam..
Ifid,Hilman,Fregnon,Rita..ini adalah anak-anak yang belum Islam lagi. Tapi sangat excited bersama-sama kami..belajar IQRA,belajar wudhu..solat bersama.
Hati saya berdoa dan berharap..moga apa yang mereka rasai sepanjang bersama kami akan menjadikan mereka muslim di masa depan. InsyaAllah…Semasa sesi berkenalan dihari kedua kami bersama mereka..time giliran adik Fregnon yang baru berumur 5 tahun memperkenalkan diri dan mengatakan sesuatu untuk kami..apabila ditanya apa yang kamu mo cakap dengan kakak-kakak nie?
Spontan dia menjawab “TERIMA KASIH”..walaupun ianya hanya ucapan yang simple namun cukup berkesan kepada diri saya…

Berharganya Islam!
Sepanjang pengalaman memasuki kampung-kampung tersebut…saya terfikir betapa gigihnya pendakwah Islam zaman dulu yang sanggup berdakwah begitu jauh tanpa kemudahan yang ada seperti sekarang..jalan raya,kereta..sehingga penduduk-penduduk kampung ini bergelar Muslim walaupun hakikatnya masih jauh dari pengamalan Islam sebenar. Sekurang-kurangnya..sejauh-jauh kampung ini pun ada surau yang didirikan bukti ada sebaran Islam di kampung-kampung ini. Orang dulu sanggup menaiki kerbau,menaiki bukit,mengharungi lalang tinggi untuk menyampaikan dakwah.


Suatu kisah yang diceritakan oleh cikgu jamaluddin (aktivis dakwah)- selepas cikgu menerangkan sedikit sebanyak tentang Islam kepada sepasang suami isteri,sekelip mata suaminya berkata kepada isterinya.. “bah,bagus kita masuk Islam la..”..hidayah itu amat dekat dengan mereka,hanya dengan sedikit kata-kata menyingkap tabir hidayah kepada mereka.Hidayah sebenarnya amat dekat..tinggal lagi usaha kita untuk membawa mereka menuju hidayah Allah.

Melihat orang-orang yang kami temui disepanjang perjalanan ini banyak memberi saya pengajaran..melihat mereka yang begitu bersemangat bertanya itu ini tentang Islam..seorang pakcik berumur 81 tahun yang masih mampu datang mendengar kuliah agama..Islam ini begitu berharga buat mereka..hatta mereka ini baru Islam setahun..beberapa tahun.. namun mereka lebih tahu menghargai keislaman mereka.


Amat jauh berbeza dengan masyarakat yang ISLAM secara warisan..Islam sejak lahir..kemahuan dan “sense of belonging” terhadap Islam agak berkurang..berbanding mereka yang baru ISLAM dan masih hidup dikalangan keluarga yang masih ramai belum Islam…


moga secebis kisah ini mampu membawa semua berkongsi rasa..dan membawa kita untuk melipat gandakan usaha kita demi ISLAM di sabah tercinta..usaha kita masih sedikit cuma.. moga Allah menberikan kita kekuatan...insyaAllah.
READ MORE

Bingkisan Latihan Dakwah 1

Posted by adzlyna86 On 07 June 2008 Comments
1st day-bersama adik-adik kg pemansukan
(ipid,hilman,azrul,azmi,izam,siti)

perkongsian ilmu bersama cikgu jamaluddin (aktivis dakwah)
jelajah kampung pertama -KG BINGOLUN LAUT-
Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Maha Penguasa Alam...

Kerana dengan izinnya jua PROGRAM LATIHAN KADER DAKWAH..~sebuah perjalanan mencari erti hidup seorang hamba ALLAH~ telah berakhir hari ini,walau dengan pelbagai kesukaran..suka-duka...kekurangan..semuanya telah kami lalui.


sedikit gambaran awal mengenai program yang julung-julung kami sertai ini..

Area jelajah dakwah ini ialah Daerah kecil Matunggong Kudat,bermula pada 1 sehingga 7 Jun 2008. tempat penginapan kami di KG PEMANSUKAN,Kudat. disertai 7 mahasiswa ipt dan diketuai oleh aktivis dakwah yang telah lama berkecimpung didunia dakwah bumi dibawah bayu..SABAH TERCINTA..ustaz Abd Halim Abbas dan Ustazah Rosnani..
7 hari dirasakan terlalu singkat untuk bersama masyarakat..turun ke gelanggang sebenar..

di bumi tanah air sendiri..melihat sendiri keadaan masyarakat yang rata-ratanya baru bergelar muslim..amat menguji hati dan banyak memberi erti kepada diri.
moga di masa depan..Allah masih memberi kekuatan pada diri untuk berkhidmat demi AGAMA di bumi sabah tercinta...
READ MORE

my First Journey in KUDAT

Posted by adzlyna86 On 04 June 2008 Comments
1-7 Jun 2008
Program Latihan Kader Dakwah
Matunggong Kudat

~perjalanan dakwah yang pertama
~menguji diri dan menambah nilai diri

....nantikan bingkisan cerita saya nanti......
READ MORE

Malaysia Kini : Ulasan Ringkas

Posted by adzlyna86 On 22 May 2008 Comments

Tsunami politik yang melanda Negara kita telah mengubah lansdkap perjalanan politik Negara sekarang.Era Pasca pilihanraya ini menunjukkan kepada kita sehingga hari ini BN masih belum stabil dan semakin goyah. Ada beberapa isu yang menarik untuk sama-sama kita kongsi.


1) media pasca pilihanraya :
TV3 dan RTM seolah-olah tidak mengambil pengajaran dari apa yang berlaku pada PRU12. Masyarakat tidak lagi merasakan media-media ini relevan dan kempen-kempen gah di TV tidak mempengaruhi pun sebahagian masyarakat yang inginkan perubahan. Kini,media-media ini disibukkan pula dengan agenda membela maruah BN yang telah tercalar semasa PRU 12. Isu-isu yang diwar-warkan hanyalah sekitar propaganda terancang untuk memprovokasi pentadbiran negeri-negeri pimpinan Pakatan rakyat ; contoh isu BABI di sepang ; macamlah sebelum ini binatang-binatang itu bukan “bermastautin” di Selangor, Isu perlantikan pengarah JHEIP di perak,isu manifesto pakatan rakyat di Selangor ; beria-ia mereka menuntut manifesto tersebut dibuktikan terlaksana , sehingga membuat laporan dibalai polis. Lucu. Hakiktnya belum genap setahun pun kerajaan baru ini memerintah. Perubahan perlukan masa. Sedangkan mereka tidak terhitung pun manifesto dan janji-janji emas mereka yang tidak terlaksana lagi sejak berpuluh tahun. Mereka semakin tidak rasional. Isu yang dimainkan mereka juga berkenaan ketuanan Melayu. Tidak salah gagah mempertahankan bangsa,tetapi sepatutnya dengan cara yang lebih baik. Jika separuh berita di TV adalah isu-isu mereka sahaja,di mana kesungguhan pula untuk membela isu-isu rakyat. Hentikan bertikai sesama bangsa. Sedangkan ramai rakyat melayu yang melarat,bermasalah sosial..Stop all of these crap!!! (maaf kalau agak kasar)

2) jenayah kelas pertama??
Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini,perasan atau tidak..jenayah yang terjadi di Malaysia sudah mencapai kelas pertama. Kes-kes yang selama ini kita dengar hanya berlaku di AS,Negara-negara Barat..telah pun terjadi di Negara kita. AMAN kah kita? SELAMAT kah kita?MAKMUR kah Negara? Bermula dengan kes tragis arwah adik nurin jazlin. Kanak-kanak dirogol,dibunuh,dibuang.KEJAM. Kes adik sharlinie dan adik asmawi yang hilang tanpa jejak. Kes rompakan terbuka di KLIA ; ala-ala filem org putih dah. Baru-baru nie ; kes penemuan kepala..kemudian badan tanpa tangan dan kaki..DAHSYAT. Kes orang awam mengamuk di bank sebab wang pencen dan menjadikan 15 orang tebusan. ASTAGFIRULLAH..apa dah jadi??semua kes-kes ini biasa ditonton dalam CSI di TV..kini berlaku di Negara kita??sedarkah kita..wahai pemimpin..wahai rakyat..masih kita berasa selamat duduk di Negara ini?


ini cuma cebisan ulasan situasi sebenar negara kita...moga kerajaan sekarang tergerak hati untuk mencuba solusi yang mungkin tidak digunakan seoptima mungkin sebelum ini..untuk mengatasi segala kebobrokan yang sedang berlaku dinegara kita tercinta ini.BACK TO AL QURAN AND AS SUNNAH..pasti selamat dunia akhirat.InsyaAllah.
READ MORE

Sabah negeriku tercinta!!!

Posted by adzlyna86 On 21 May 2008 Comments

“Hujan emas di negeri orang..hujan batu dinegeri sendiri,lebih baik dinegeri sendiri”
Sememangnya inilah realitinya yang sedang berlaku dinegeriku yang tercinta. Meskipun hanya sekadar retorika peribahasa melayu,namun ia amat tepat menggambarkan keadaan Sabah tercinta..

Walaupun dalam tempoh 4 tahun lebih kebanyakan masa,saya berada di oversea (lautan cina selatan) =) merantau membina diri dan menambah ilmu..namun disepanjang tempoh inilah saya menyedari “hujan batu” sememangnya masih melanda negeri tercinta ini.

Sabah merupakan negeri Bungsu dalam salasilah Malaysia,di isytiharkan memasuki Malaysia pada 16 September 1963. Beberapa tahun terlewat dari kemerdekaan tanah melayu 1957. Justeru,berasaskan kepada keterlewatan ini Sabah agak ketinggalan dalam pelbagai aspek. Dalam bidang pendidikan setelah beberapa tahun semenanjung Malaysia menyeragamkan sistem persekolahan,barulah Sabah mengecapi perubahan tersebut. UMS juga salah sebuah IPT yang dibina agak lambat berbanding IPT sedia ada. Dari segi pembangunan material juga agak ketinggalan,jika semenanjung Malaysia telah lama ada KTM yang menghubungkan antara negeri. Di Sabah,Alhamdulillah setakat ini..LANDASAN keretapi yang baru,BARU siap dibina. Menggantikan keretapi antik yang telah lama digunakan. Dan perkhidmatan bas seperti RAPID KL atau METRO?insyaAllah 5 tahun akan datang akan wujud.Sungguh,kita masih jauh lagi..

Baru-baru ini,saya agak terganggu dengan al kisah perjalanan sahabat saya yang begitu bersemangat mencari kerja kosong semasa cuti semester ini. Hampir semua kedai/premis yang didatanginya untuk mencari kerja meletakkan syarat-syarat yang amat mendiskriminasi muslimah. Sebuah premis buku dan stationeri yang agak di kenali di CP-must visit shop- meletakkan syarat tidak boleh bertudung. Sebuah kedai pula yang di dalamnya kedengaran bacaan ayat al quran meletakkan syarat tidak boleh berhenti semasa kerja untuk solat..ini hanyalah 2 kisah sebenar dari mungkin berderet-deret premis/kedai yang ada di sabah yang masih jauh dari islamisasi budaya. Memikirkan kata-kata seorang senior,jika disemenanjung orang yang free hair,berpakaian ketat,berseluar pendek sekurang-kurangnya mereka lakukan solat lima waktu. Tapi disabah..golongan seperti ini masih jauh dari jangkauan islamisasi. Tidak solat,main sport toto, minum arak seperti air coca cola. Kebiasaan yang jauh dari redha Allah.

Cukup meruntun jiwa kita..namun,tidak disalahkan golongan berkenaan ; yang masih mempunyai pengetahuan atau kefahaman Islam yang kurang. Harapan disandarkan kepada anak-anak sabah yang menuntut ilmu di semenanjung atau di mana-mana sekalipun,untuk menjana perubahan di negeri ini. Saya bersetuju dengan kenyataan dari YB Anifah Aman baru-baru ini yang menuntut kuota kemasukan anak-anak Sabah ke IPT perlu ditambah kerana Sabah masih lagi ketinggalan dalam pelbagai aspek. Satu cadangan usaha yang perlu dilaksanakan juga ialah membuka Sekolah Pengajian Islam di UMS. Memudahkan dan meluaskan peluang anak-anak sabah mendalami bidang pengajian Islam. Walaupun kekangan sumber tenaga pengajar,namun ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk di atasi.

Ini mungkin luahan peribadi dari diri yang masih kurang pengalaman dan ilmu..namun saya yakin dan percaya,setiap dari kita yang mempunyai kefahaman Islam yang baik,perlu melakukan sesuatu demi membantu penyebaran faham Islam di negeri kita tercinta.
Dan walaupun Hujan Batu di negeri sendiri..sememangnya lebih baik dinegeri sendiri kerana itulah yang mendidik kita untuj jadi lebih kuat.Practice makes Perfect!
READ MORE

my ilham

Posted by adzlyna86 On 11 May 2008 Comments











all of my inspirational pictures
2007.2008 collections

READ MORE

HOLIDAY TIME !!!!

Posted by adzlyna86 On 09 May 2008 Comments


Bagi majoriti mahasiswa IPT/S yang telah pun sehabis upaya memerah keringat dan otak menghadapi exam. Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba..Holiday Time !!

bagi yang telah selamat balik..atau yang akan balik satu kegembiraan yang dikongsi bersama ialah kegembiraan menemui Keluarga..ibubapa,adik beradik,saudara mara yang selama ini jauh di mata.


Sudah tentu di dalam flight lagi sudah terbayang-bayang apa agenda..aktiviti..perancangan kita semasa balik ke negeri tercinta,sabah ataupun sarawak..balik nak makan masakan rumah, nak jumpa kawan-kawan,nak tengok TV,nak jalan-jalan..dll. Apapun jua perancangan kita..pastikan ianya adalah perancangan yang baik dan set pemikiran yang mesti kita miliki ialah Setiap DETIK yang kita ada adalah amat berharga.


atas keyakinan inilah,kita perlu membetulkan paradigma dan tindakan kita..CUTI bukanlah mutlaknya untuk berehat semata-mata..kehidupan..tanggungjawab asasi kita tetap berjalan tanpa mengira waktu cuti ataupun tidak. Tanggung jawab asasi yang kita sedia maklum ialah mengajak orang melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran (amar maaruf nahi mungkar). Lebih-lebih lagi inilah RUANG dan PELUANG kita berada dekat dengan keluarga, masyarakat dan negeri kita tercinta. Manfaatkan RUANG dan hargai PELUANG yang Allah kurniakan untuk membuat sesuatu yang bererti dan berguna. Biar kepulangan kita ada kesannya kepada keluarga walau sedikit. Dan masa kepulangan ke Sabah Atau Sarawak inilah masa kita untuk menyumbang kepada pengislahan masyarakat di tempat kita. Sertai apa jua aktiviti bersama masyarakat yang kita mampu. Kerana kita sama-sama maklum bahawa masyarakat negeri kita amat memerlukan suntikan kefahaman ISLAM.


PESAN ANA PADA DIRI DAN SAHABAT-SAHABAT ;

Berusahalah Menyumbang Walau
sedikit

Kerana Nilai amalan disisi Allah bukan pada Hasilnya tetapi pada
APA yang telah kita lakukan untuk menolong agama Allah. Dan gerak kerja DAKWAH
ini tidak akan gemilang jika kita hanya memberikan masa LAPANG kita untuknya.
Kita adalah daie fulltime,bukan part time..


Wallahua'lam..siiru ala barakatillah..teruskan mencari keredhaan Allah
READ MORE
Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's