the UNSUNG heroes : 10 pahlawan Islam Kontemporari

Posted by adzlyna86 On 22 April 2010 Comments
"Saya fikir-fikirkan, demikian banyaknya dosa hingga saya merasa khuatir, andai saya menebusnya dengan perbuatan baik,tentu tidak akan tertebus dosa yang demikian melimpah itu, Hanya dengan rahmat Allah sahaja segalanya dapat diampuni. Namun membaca kisah lelaki yang ada di dalam buku ini, saya juga menyakini satu cara yang akan menebus dosa manusia itu adalah dengan JIHAD di jalanNya. Tidak saja menebus kesalahan dan dosa yang dilakukan, JIHAD di jalan Allah memberikan kemuliaan kepada kita. Selain itu JIHAD juga memberikan syafaat kepada keluarga dan orang-orang tercinta. InsyaAllah" -Penulis Buku (Atriza Umar)

Membaca kata pengantar penulis sahaja cukup memotivasikan diri untuk menghabiskan pembacaan kali ini, meskipun di kanan kiri buku,nota,task menanti untuk diselesaikan. Tidak ingin berkongsi keseluruhan isi buku. Kalau nak baca penuh, boleh lah mendapatkan di kedai buku berdekatan. 

Uniknya buku ini, ianya menghimpunkan 10 orang pahlawan Islam dalam zaman dekat dengan kita. Tokoh pejuang Islam yang biasa kita dengar Hassan Al Banna, Sayid Qutub, Abdullah Yusuf Azzam, Abdul Aziz Rantisi. Di muatkan juga tokoh-tokoh yang kurang biasa kita dengar namun apabila membaca sejarah hidup mereka. Dzokahar Musayavich Dudayev, Ibnul Khattab, Abdallah Syamil Basayev, Yahya Ayyash dan Khalid Ahmad Sawki Islambouli. SubhanaAllah. cukup mengujakan hati. Titik persamaaan 10 tokoh ini. Hidup mereka berakhir dengan SYAHID di jalan Allah. Sebab apa lagi yang mendorong saya menghabiskan buku ini melainkan kesemua 10 kisah ini adalah kisah syuhada' yang telah mengotakan janji mereka kepada Allah...

....dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah,  Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka (4) Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka (5) Dan memasukkan mereka ke dalam Jannah yg telah diperkenankanNya kpd mereka (6) - (Surah Muhammad)

Apabila membaca buku ini, berpeluang merasa seolah-olah berada di Checnya, Afghanistan, Palestin dan Mesir. Keadaannya sama, di semua tempat mereka umat Islam di tindas dan tokoh-tokoh ini muncul di atas jalan jihad mengikut cara mereka tersendiri, dan yang paling manis tentunya akhir hidup kesemua mereka adalah SYAHID.

Dzokahar Musayavich Dudayev

Kisah sebagai presiden muslim pertama Republik Checnya Of Ickheria, tanah muslimin di bawah pergunungan Kaukasus amat menginspirasikan untuk dibaca. Jika anda mempunyai cita-cita menjadi ahli politik sehingga syahid di jalan Allah, kisah beliau perlu anda baca.
Ibnul Khattab
Beliau telah mula kenal erti jihad sejak berumur 17 tahun. Beliau amat mencintai setiap ruangan tanah jihad, di situlah kakinya berpijak. Setengah usianya dihabiskan di atas jalan Jihad di Checnya. Petikan puisi nukilan beliau sebelum kesyahidan beliau :
"Pilihlah jalan yang paling mulia untuk kematian,
Jalan yang membawa kemuliaan ke syurga hakiki,
Dan jangan kau mati kerana urusan dunia,
yang tentu melemparkanmu ke neraka"




Syeikh Abdullah Yussuf Azzam
Lahir di Palestin dan jihadnya di Afghanistan. Mempunyai ijazah dan master dalam bidang syariah, manakala PHD Al Azhar dalam  bidang Usul Fiqh. Ilmuwan di medan jihad, sememangnya mampu di realisasikan.
"Saya merasa baru berumur sembilan tahun sahaja. 7 tahun setengah saya gunakan berjihad di Afghanisthan, sedangkan satu tahun saya baktikan untuk jihad di Palestin. Selebihnya tahun-tahun lain, tidak bernilai apa-apa"...


Sungguh, tersangat jauh beza MEREKA dengan diri kita yang merasakan telah berbuat banyak untuk Islam, sedangkan apa yang kita lakukan begitu sedikit berbanding dengan apa yang mereka telah lalui. Kita merasa kita paling hebat di uji, rupanya ujian kita jauh lebih ringan daripada apa yang telah mereka lalui sepanjang menuju syahid di jalan ALLAH.

3 ringkasan tokoh ini yang mampu dikongsi pada kali ini, menulis ringkasan kisah ini  dengan harapan diri terikat dengan sejarah yang telah dibaca. Moga-moga tahu dan wujud perasaan mahu untuk berusaha menjadi seperti mereka. 

p/s: Atriza Umar penulis buku ini, juga mahasiswi muda. Telah mampu menulis buku sehebat ini. Mahu berusaha ke arah itu juga..doakan.

WAALLAHU'ALAM.


Tinta Saya,
READ MORE

Bagaikan Langit dengan BUMI ?

Posted by adzlyna86 On 16 April 2010 Comments



PRESIDEN IRAN : MAHMOUD AHMADINEJAD
Ketika berucap pada persidangan anti perkauman anjuran PBB, di Geneva, Ahmadinejad menuduh Barat menggunakan Holocaust sebagai 'alasan' untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin dan kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dari dewan persidangan. 
"Mereka perlu bertanggungjawab ke atas keganasan yang mereka lakukan" -Ahmadinejad







PERDANA MENTERI TURKI : RECEP TAYYIP ERDOGAN
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bangun meninggalkan sidang ekonomi dunia di Switzerland dalam keadaan berang sebagai bantahan kerana tidak diberi masa yang mencukupi bagi menjawab kenyataan yang dibuat oleh Simon Peres, Presiden Israel, yang berucap panjang dan memberikan pelbagai alasan terhadap penyembelihan dilakukan tentera Israel di Gaza. Beliau dengan tegas menyatakan : “terima kasih kerana anda tidak memberi peluang untuk saya bercakap.. Saya hanya bercakap separuh daripada masa yang digunakan oleh Peres.. Saya tidak akan datang lagi ke Davos.”
“Saya masih teringat kepada kanak-kanak yang terbunuh di tepi pantai, saya masih teringat betapa ramai yang telah anda bunuh di Gaza.” -Recep Tayyip Erdogan


PERDANA MENTERI 1 MALAYSIA 

-77 juta setahun untuk membayar khidmat rundingan komunikasi pada firma perunding antarabangsa Apco Worldwide yang menpunyai talian rapat dengan zionis Israel. Bukti Apco Anti Islam : (LINK)

-Apa salahnya berbaik dengan Amerika Syarikat? Ia hanya akan memanfaat ekonomi kita?-Nazri Aziz

-Najib menjelaskan Malaysia tidak menyokong Iran membangunkan kuasa nuklear dan Obama juga  mengucapkan terima kasih atas penyertaan Malaysia pada sidang kemuncak itu kerana yakin negara ini boleh memainkan peranan mencegah pengembangan senjata nuklear. (Bhairan 14 April) link

Kita sama-sama maklum siapa Amerika Syarikat, Siapa ISRAEL, Mana yang hak mana yang batil. Saya selaku rakyat biasa tidak mengharapkan PM saya angguk-angguk saja dengan Amerika Syarikat dan saya juga tidak REDHA jika benar 77 juta duit rakyat dibelanjakan untuk APCO yang sah-sah milik ZIONIS laknatullah. Bilakah boleh merasai perasaan rakyat Turki dan Iran yang mempunyai perdana menteri yang cukup berani dan berprinsip bagi saya. Bilakah agaknya...??? Sungguh bezanya bagaikan langit dan bumi...



Tinta Saya,
READ MORE

Membaca lah walau sekejap

Posted by adzlyna86 On 15 April 2010 Comments


Sejak dari zaman sekolah rendah, apabila ditanya apa hobi masa lapang kamu? Jawapan mesti ada ialah membaca selain itu main bola jaring,main badminton. Dulu, meletakkan membaca sebagai hobi kerana -jawapan selamat,saja-saja, jawapan skema. 


Masuk zaman besar sikit, zaman sekolah menengah. Memang betul-betul membaca jadi hobi. Sebut saja novel yang ada pada zaman tu. Lagenda budak setan, Pilot Cafe, Damya Hana, Bikash Nur Idris, Aisya Sofea, dan novel paling tebal pernah dihabis sehari semalam novel "Bukan Puteri Lindungan Bulan". Setiap bulan menyimpan duit menunggu novel terbaru yang akan keluar di Eatons. Hadiah hari lahir, mentor-mentee pun wishing listnya adalah novel. Belum masuk cerita banyak mana air mata yang keluar sebab terlebih feeling menghayati cerita.  Ini cerita zaman 'kegelapan'. Fikir-fikir balik, perasaan, duit, masa yang dibelanjakan ke atas semua ini, ke mana hasilnya? melajukan tangan menulis karangan, mungkin ya, kalau  semakin mendekatkan diri kepadaNya..hurm. Memang banyak kena TEBUS balik...

Masuk era zaman 'pencerahan' zaman Nilampuri. Kalau sesiapa yang pernah mengaji di NP. Mesti masih ingat bagaimana ketatnya undang-undang bumi tarbiyah NP. Kami budak-budak Sabah yang datangnya dengan pelbagai ragam dan budaya mengalami 'kejutan budaya'. Budaya biah solehah. Novel menjadi barangan larangan di NP. Fuh, kebiasaan yang lama memang 'terpaksa' di tinggalkan. Alhamdulillah keterpaksaan itu berhasil mendidik kebiasaan lain pula. Buku pertama di miliki di zaman Nilampuri. "APA ERTI SAYA MENGANUT AGAMA ISLAM"-Fathi Yakan. Walaupun dimiliki atas sebab wajib beli, menjadi turning point penting dalam hidup. 


Lama kelamaan, mula memahami kenapa dan mengapa perlunya segala suasana dan input-input yang diterima, baik dari segi bahan pembacaan, pengisian adalah sumbernya betul-betul dari apa yang Islam anjurkan. Yang paling terbaik yang Islam ajar, menjadi pilihan pertama untuk kita lakukan dan buat dalam hidup. Pengajaran terbesar yang diperolehi sepanjang 3 tahun duduk di Nilampuri. Apabila balik ke Sabah dan pergi ke Eatons untuk membeli buku, novel pertama di beli di Eatons selepas di asuh di NP adalah KOMBAT1511. 

Saya menyakini bahawa 'kita adalah apa yang kita BACA' dan atas premis ini lah, membaca masih perlu tetap dijadikan hobi. Cuma versi bahan bacaan sememangnya berubah mengikut zaman dan keperluan. Kalau zaman Nilampuri, buku-buku Fathi Yakan, Mustafa Mashyur, Yusuf Qardawi menjadi bahan bacaan wajib milik. Masuk zaman UMKL, sememangnya paradigma yang berkembang menuntut kita meluaskan zon pembacaan kepada horizon yang lebih luas. Buku Farish A.Nor, Hishamuddin Rais, Stephen Covey, Riduan Mohd Nor, Faisal Tehrani,Ust Hasrizal dll. 

Saya tidaklah mencapai tahap 'ulat buku' lagi..baru peringkat larva barangkali.  Cumanya, moral yang ingin dikongsi dari coretan kali ini. 
Jangan jemu untuk terus membaca. Bukan setakat membaca untuk peperiksaan. Bukan membaca sekadar mengisi masa lapang.  Membaca perlu menjadi rutin harian. Nilai termahal yang membentuk diri kita antaranya dengan ilmu yang diperolehi melalui pembacaan. Dan faktor pendesak untuk kita perlu rajin membaca adalah kerana fikiran kita sangat diperlukan oleh umat. 

Sekian coretan kali ini, Rajin-rajin membaca deh.. :)


Tinta Saya,
READ MORE

Jom ber 'AGM' buat ahli keluarga PMIUM ~

Posted by adzlyna86 On 06 April 2010 Comments
bukan sekadar alat
yang bisa diganti dengan alat lain
bukan sekadar saluran
yang bisa ditukar bergantian
arena yang telah kita pilih
sebagai saluran
membina generasi muslim...
keriangan kita ada di dalamnya
kesusahan kita ada di dalamnya
detik perpisahan terjadi juga
relakanlah segalanya buat yang
masih tinggal
kerja-kerja kita yang tidak pernah
selesai
yang di susun baru ditingkat awal
semoga diteruskan
banyak perubahan-perubahan perlu dilakukan
yang harus dirintis atau diteruskan 
oleh yang tinggal dibelakang kita...
(edited from 'perpisahan'-a.wahib 1969)


Secara rasminya amanah sebagai timb.exco penerbitan & penerangan PMIUM akan ditamatkan pada 9 APRIL ini. Dari bertatih hingga berlari, kadang-kadang terjatuh sekali sekala..semuanya dirasai semasa menggalas amanah ini. 'buah tangan' terakhir yang ingin dikongsi, Montaj Pertama yang dihasilkan bersama team multimedia. Baru dijumpai setelah lama mencari... (LINK VIDEO)





Tinta Saya,
READ MORE

Pastikan otak kita sentiasa bergerak !

Posted by adzlyna86 On 05 April 2010 Comments
Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin. Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?(Adzariyat 20-21)

Sesungguhnya Telah kami turunkan kepada kamu sebuah Kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu. Maka apakah kamu memikirkannya? (Al Anbiya 10)

Terlalu banyak ayat-ayat Al Quran yang menggesa kita menggunakan akal untuk memerhati dan berfikir. Namun, kita tetap malas untuk berfikir dan memerhati. Saya tidak bangga untuk mengatakan yang saya pun kadang-kadang termasuk dalam golongan yang malas berfikir.

Saya adalah seorang yang bersikap introvert. Lebih suka memendam dan bermonolog dalaman. Itulah saya dulu,kini..selamanya tak pasti lagi. Kebiasaan ini membuatkan saya terbiasa untuk mengomen dan mengkritik sendiri. Bila kita boleh mengeluarkan komen atau kritikan maknanya kita adalah seorang yang berfikir. Komen atau kritikan dihasilkan bila kita berasa tidak puas hati atau berasa senang dengan sesuatu,ini memerlukan proses berfikir. Walaupun,kritikan dan  komen yang terhasil hanyalah dari rakyat biasa yang hanya mampu memprotes kecil-kecilan dan kadang-kadang merapu. Namun,sekurang-kurangnya kita berfikir.

Jika dulu,saya hanyalah pemerhati dan penonton setia berita TV. Tapi sekarang saya terlatih untuk mempersoalkan setiap berita yang didengar. Banyak ayat persoalan yang timbul.. kenapa?betulkah?bagaimana pula..? pengalaman dan pengetahuan yang tidak sebanyak mana membuatkan saya jadi begitu. 

Media perdana kini pula, telah terlalu lama berwarna biru pekat. Kepekatan warna tersebut sangat-sangat menjengkelkan saya sebagai rakyat biasa. Sudah terlalu lama kita diperkotak-kotakkan oleh media dan menjadikan minda rakyat untuk malas berfikir dan hanya menerima bulat-bulat apa yang diwar-warkan. Belum lagi berbicara tentang sistem pendidikan yang hanya mengajar kita memikirkan tentang peperiksaan semata-mata. Pendidikan tidak disistemkan untuk memandaikan rakyat. Hanya menjadikan pak angguk yang memiliki CGPA 4.0 semata-mata. Kita berada dalam keadaan zon pemerintahan 'zoluman jahula'. Kita dizalimi dan dijahilkan.

Menghabiskan buku ini dalam tempoh 2 minggu, memberikan satu kesimpulan penting, Orang Yahudi sangat bersungguh-sungguh dalam merealitikan penjajahan mereka dalam dunia sekarang. Antara fokus utama mereka adalah bidang pemikiran. Melupakan kita daripada sejarah-sejarah yang tulen. Mencipta pelbagai keseronokan dunia yang menjauhkan diri kita dari memikirkan hal-hal ummah. Dan kita kadang-kadang termakan juga umpan-umpan mereka. 

Oleh itu, Kita perlu berusaha menjadi umat yang terbaik dengan melakukan apa yang kita mampu untuk memastikan Islam akan kembali tertegak sehingga tiada lagi fitnah terjadi di muka bumi. Dan salah satu usaha yang paling penting kita lakukan - aktifkan otak dan pemikiran kita dengan ilmu. Rajin bertanya dan berbincang untuk memastikan pemikiran kita sentiasa bergerak. Baru namanya ahli gerakan. Sesungguhnya,  Allah menciptakan akal dan otak yang ada dengan kita untuk digunakan untuk berfikir sebaik mungkin. Dan kerana akal dan otak ini lah kedudukan manusia itu lebih dari makhluk lain yang ada di muka bumi.

Moral Of the Story pada kali ini : Think wider for Islam..jangan jemu untuk terus berfikir. Dan dalam masa berfikir itu jangan lupa untuk terus bergerak. Kedua-duanya diperlukan untuk bergerak sejalan.

Tinta Saya,
READ MORE
Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's