Akukah yang terbaik?

Posted by adzlyna86 On 14 April 2008 Comments
Satu soalan basic yang selalu menjadi konflik dalam diri insan. Dalam apa jua yang kita lakukan semua orang ada perasaan hendakkan yang terbaik dan sekurang-kurangnya memuaskan hati. Satu perasaan fitrah yang dikurniakan Allah kepada kita.
Namun,kadang-kadang kayu ukur yang kita gunakan dalam mengukur apa yang telah kita lakukan kurang sesuai. Yang halal itu jelas..yang haram juga begitu,namun bila berada dipertengahan antara halal dan haram kadang-kadang kita cenderung untuk menghalalkannya. Di sini Nampak kecacatan kayu ukur yang kita gunakan.


Memuaskan hati?
Apa sebenarnya kemuncak kepada kepuasan hati?keluarga yang bahagia?dapat 3.95 dalam exam? Ada steady boyfren yang setia dan hensem?kawan-kawan yang sporting?hiburan-hiburan terkini? Mempunyai laptop..handset yang latest?Masa semakin bertambah dan manusia tak pernah puas-puas menambah harta dan kepuasan hati. Sampai bila kita akan merasa puas dengan apa yang ada dalam hidup?
Hakikatnya,itulah nafsu manusia yang sifatnya sangat tamak dan amat demand terhadap kita. Kadang-kadang kita tidak sedar setiap hari kita berperang dengan nafsu dalam melakukan sesuatu. Dalam pertarungan rutin tersebut,akhirnya akan menatijahkan hasil yang sama ada terbaik dalam kayu ukur nafsu semata-mata atau kayu ukur iman?
Contoh dalam bab couple ;
Kayu ukur nafsu menyatakan bahawa couple tidak salah,kita dapat kenal hati budi,boleh saling bantu-membantu,ibu bapa dah restu..dapat tolong orang jadi baik (dakwah fardiah),bukan berhubung face to face pun..dan banyak lagi ayat-ayat yang menyelesakan hati orang-orang yang bercouple.
Bagaimana pula ayat-ayat yang menggambarkan kita menggunakan kayu ukur keimanan? Dalam Islam tidak ada budaya couple. Allah tegah kita hampiri zina. Couple nie akan buat kita lakukan zina hati, telinga,tangan dan banyak lagi. Tidak halal bercinta kecuali dgn nikah. Matlamat tidak akan menghalalkan cara. Cintai Allah sebaiknya,Allah pasti aturkan yang terbaik untuk kita.


Dan persoalan-persoalan inilah yang sentiasa berlegar dalam kehidupan kita. Pertarungan antara iman dan nafsu untuk membentuk perjalanan hidup kita. Dan hakikatnya sejarah hidup kita juga telah terbentuk di atas asas iman ataupun nafsu. Sebaik-baik manusia,sudah pasti ada sejarah hidup yang terbina atas kekalahan iman dalam pertarungan.
Namun,selagi nafas belum berhenti dengan menyedari pertarungan tersebut juga tidak berhenti, kita jangan sesekali berputus asa untuk memilih dan melakukan yang terbaik mengikut kayu ukur keimanan kita.


Walaupun,sesekali rebah..jangan berubah,rahmat Allah itu luas. Tapi jangan sesekali memudah-mudahkannya. Terus berjuang dan terus berjuang..biar sampai akhir nafas kita masih ada semangat juang untuk memberi kemenangan kepada keimanan kita untuk mencorak hidup kita.-intisor ®
Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's