Seronok Berkerja

Posted by adzlyna86 On 24 April 2008 Comments


Dalam setiap apa yang kita lakukan..study,berkerja,

berdakwah,beribadah..semuanya akan lebih mudah dan ringan kalau kita dapat mewujudkan perasaan seronok dan enjoy semasa melakukan semua itu..


Hatta,kerja yang ada bertimbun..semua tak siap lagi..semua belum sempurna...kerja yang lalu banyak kesilapan..paling penting kita kena positif dan seronok melakukannya.

Kadang-kadang perkara ini kita terlepas pandang,maka terjadilah situasi di mana buat kerja separuh hati...malas dan culas dalam belajar,berkerja..inspirasi dalaman tidak ada dan menyebabkan kita kurang berenergi dalam melakukan sesuatu.
Bagi saya,inilah sumber kekuatan (merasa seronok berkerja) selain pergantungan harap dengan Allah di kala kerja-kerja berbaris menunggu untuk disempurnakan dan apabila hasil kerja yang dihasilkan tak seperti yang dijangka..semangat ini juga diperlukan. Iaitu Merasa cukup dengan apa yang dah dilakukan dan menerima semua kekurangan sebagai pendorong untuk menjadi lebih baik di masa depan.so..pesanan pada diri..dan semua..Have Fun in doing everythings..studies..Dakwah..Tarbiah =)
Step By Step
When my existence seems to dissapear
I will look the PLACE where I can do my best I can
From now on i'll deliberate slowly..
i Won't be impatient
i Won't be greedy
i Won't give up
Becoz Everyone takes thing Step By Step...
(Aya : One Litre Of Tears)
READ MORE

exam Mood (^_^)

Posted by adzlyna86 On 21 April 2008 Comments
salam imtihan...
hari-hari permulaan exam semakin berlalu..
Semacam je perasaan bila rutin hidup bertukar..perasaan yang jarang-jarang dirasai.
bangun..menghadap buku..konsentret depan buku..
apa jadi agaknya jika sedari awal sem..sehingga kini..
sekirannya begitulah rutin hidup..
bangun,solat,sarapan,pegi kuliah,makan,balik kolej,buka buku..makan,tidur..
fuh..macam best jer..

namun hakikatnya..my routine life agak berbeza dari situasi di atas..walaupun x skema mana,
belajar bila nak test,buka buku 10 minit sebelum kelas..balik kolej x tentu masa..tetapi jadi dah terbiasa dengannya..yang penting i'm satisfied with my life now..sebab,disebalik semua itu.. keyakinan dengan pertolongan Allah disebalik semua kesusahan dan kesukaran yang paling utama..insyaAllah..Allah sentiasa membantu hambaNya..dan saya betul2 nak merasai bagaimana rasanya jika hidup kita menpunyai kewajipan yang cukup banyak melebihi masa yang ada...moga tetap dalam perjuangan...keep on strive for jannah.
READ MORE

Fighting 4 EXAM !!

Posted by adzlyna86 On 15 April 2008 Comments
semangat Exam ni..salam imtihan pada semua..yakinlah dalam kesusahan pasti ada kesenangan.
usaha mesti SMART dan keyakinan pada nasruminallah itu paling utama...gud luck 4 You ALL..
READ MORE

Akukah yang terbaik?

Posted by adzlyna86 On 14 April 2008 Comments
Satu soalan basic yang selalu menjadi konflik dalam diri insan. Dalam apa jua yang kita lakukan semua orang ada perasaan hendakkan yang terbaik dan sekurang-kurangnya memuaskan hati. Satu perasaan fitrah yang dikurniakan Allah kepada kita.
Namun,kadang-kadang kayu ukur yang kita gunakan dalam mengukur apa yang telah kita lakukan kurang sesuai. Yang halal itu jelas..yang haram juga begitu,namun bila berada dipertengahan antara halal dan haram kadang-kadang kita cenderung untuk menghalalkannya. Di sini Nampak kecacatan kayu ukur yang kita gunakan.


Memuaskan hati?
Apa sebenarnya kemuncak kepada kepuasan hati?keluarga yang bahagia?dapat 3.95 dalam exam? Ada steady boyfren yang setia dan hensem?kawan-kawan yang sporting?hiburan-hiburan terkini? Mempunyai laptop..handset yang latest?Masa semakin bertambah dan manusia tak pernah puas-puas menambah harta dan kepuasan hati. Sampai bila kita akan merasa puas dengan apa yang ada dalam hidup?
Hakikatnya,itulah nafsu manusia yang sifatnya sangat tamak dan amat demand terhadap kita. Kadang-kadang kita tidak sedar setiap hari kita berperang dengan nafsu dalam melakukan sesuatu. Dalam pertarungan rutin tersebut,akhirnya akan menatijahkan hasil yang sama ada terbaik dalam kayu ukur nafsu semata-mata atau kayu ukur iman?
Contoh dalam bab couple ;
Kayu ukur nafsu menyatakan bahawa couple tidak salah,kita dapat kenal hati budi,boleh saling bantu-membantu,ibu bapa dah restu..dapat tolong orang jadi baik (dakwah fardiah),bukan berhubung face to face pun..dan banyak lagi ayat-ayat yang menyelesakan hati orang-orang yang bercouple.
Bagaimana pula ayat-ayat yang menggambarkan kita menggunakan kayu ukur keimanan? Dalam Islam tidak ada budaya couple. Allah tegah kita hampiri zina. Couple nie akan buat kita lakukan zina hati, telinga,tangan dan banyak lagi. Tidak halal bercinta kecuali dgn nikah. Matlamat tidak akan menghalalkan cara. Cintai Allah sebaiknya,Allah pasti aturkan yang terbaik untuk kita.


Dan persoalan-persoalan inilah yang sentiasa berlegar dalam kehidupan kita. Pertarungan antara iman dan nafsu untuk membentuk perjalanan hidup kita. Dan hakikatnya sejarah hidup kita juga telah terbentuk di atas asas iman ataupun nafsu. Sebaik-baik manusia,sudah pasti ada sejarah hidup yang terbina atas kekalahan iman dalam pertarungan.
Namun,selagi nafas belum berhenti dengan menyedari pertarungan tersebut juga tidak berhenti, kita jangan sesekali berputus asa untuk memilih dan melakukan yang terbaik mengikut kayu ukur keimanan kita.


Walaupun,sesekali rebah..jangan berubah,rahmat Allah itu luas. Tapi jangan sesekali memudah-mudahkannya. Terus berjuang dan terus berjuang..biar sampai akhir nafas kita masih ada semangat juang untuk memberi kemenangan kepada keimanan kita untuk mencorak hidup kita.-intisor ®
READ MORE

salam mahabbah

Posted by adzlyna86 On 13 April 2008 Comments
hope this will be a kick start for my life...
READ MORE
Powered by Blogger.

Followers

My Devotion Is My Passion

Nzlaa86 Production's